Selasa, 23 November 2010

musim kawin...

penah dengo keris berdiri?

kata sorang pakar senjata melayu, "apa nak heran dengan keris berdiri. itu perkara biasa. so jangan le tertipu kalu orang tu kata kerisnya hebat boleh berdiri. tapi kalu keris tu boleh berdiri sendiri, haaa tu luar biasa... tapi semua tu bohong je. tak pon mesti ada antu le tu"

"keris berdiri ni sebenonya menunjukkan betapa 'pandai keris' (empu) tu sorang yang hebat. sebab dalam pembuatan keris, keseimbangan sangat penting. orang dulu-dulu bukan guna timbangan. dorang ukur pon main ibu jari je..." aku dengo penuh minat.

"err... saya pnah masuk satu seminar keris. dia kabo sekarang ni ramai beno orang yang pakai keris tapi tak tau adab dan adatnya..."

dia ketawa sambil mengia-giakan dan terhangguk-hangguk setuju macam burung belatuk.

"bila kita pakai keris di pinggang, hulunya mesti le ke perut. kalu hulunya kluo mengadap orang maknanya kita bersedia untuk dicabar atau kita nak gaduh le tu."

"tapi pengantin takpe pakai gitu..." bila aku tanyakan hal orang kawin pakai keris ikut suka ati je... "sebab dia menjadi raja sehari. bila jadik raja, maka dia boleh buat ape je la. kalu kita nak cabar dia, hulubalang (pengapit) ramai. ko kena lawan dulu la dorang tu." dia abihkan crita pasal keris pada aku.

kali ni, aku pulak terhangguk macam burung belatuk. maknanya lepas ni sapa nak jadik pengapit mesti kena pandai bersilat. maklum la, zaman dulu kekadang orang berebut awek time tengah bersanding. time tu le dorang tunjuk jantan nak rebut balik awek tu dari tangan pengantin... kang pengantin cabut lari, ape ke heinya dengan pengapit!

kapsyen pic 2: contoh kain cindai. kain ni sukar ditembusi oleh mata keris. oleh itu, ia sering digunakan sebagai ikatan bengkung. dikatakan hang jebat menggunakan kain ini untuk membalut luka selepas bertarung dengan hang tuah untuk menghentikan aliran darah.


* hebatnya pandai keris tu gunakan matematik tanpa perlu alat penimbang,

30 zmn org suka mengomen:

sahromnasrudin berkata...

salam cemomoi..saya baru tahu cindai tue adalah sebuah kain...saya ingat ia cume lagu siti je huhuhuhuh

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Fakta menarik..saya baru tau sal kain cindai tuh..huhuh...ade beli tapi nama jer cindai kot..jenis material kainnye x sama mcm dulu2..

~fisha~ berkata...

ternganga den membaco nye.. hhuhu.. dulu fisha masuk kelab silat gayung malaysia...haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
seni yang seni bukan murah harganya tu

Aku Anak Pahang berkata...

Aok sebut CINDAI koi teringat lagu Dato' Siti te..Cindai lah mana :)

Jom singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

Unknown berkata...

byk jgk kena tahu pasal keris ni yer..

zulkbo berkata...

salam..
biasa jumpa kawan melayu bila
susah cari kita..bila senang batang hidung pun tak nampak..berlainan kawan bangsa lain..susah senang bersama..jadi tak tahu nak bangga tak dengan gelaran MELAYU ni..kadang-kala malu je ke bangsa lain..

Mimie.Candy Cane berkata...

Keris orang kawin tu pun bukan keris betul2.olok2 je pun..hehehe

saharul berkata...

keris berdiri....hehehe...leh wat tarik duit tu....

ckLah @xiiinam berkata...

Teringat masa kecik, potong dahan jambu batu jiran...untuk diukir buat main keris-keris. Sudahnya, awak kena balun dengan mak..hehehe

Cindai tu kain sutera...
Sutera tenunan lama memang tinggi nilainya.

Tanpa Nama berkata...

gempak giler keris!

I'm Seri berkata...

Saya paling tertarik dengan kain Cindai dan keistimewaannya itu.

Abd Razak berkata...

Salam...

Di tempat saya jarang adanya orang bersilat masa kenduri kahwin...

syaf berkata...

wooo ade gak ek adab main keris nih...inga main belasah jerk...nyesal x blaja siliat betul2 ngan arwah atok dulu..he3

ikan emas berkata...

selain memakai keris..orang sekarang pun tak tau cara memakai tengkolok...belasah aje hala ke kiri ke kanan ke ???...tu org istana dok senyum jeling2( kerabat dan org istana pun ramai yang tak tau.....)

nur berkata...

wah.. cara pakai keris pun ada makna gak ye..
ALL IN ONE
hepi belated bday..

oya berkata...

melayu hebat..kamu pon melalui penerangan..byk info sy xtau ni

Mohamad berkata...

Salam cemomoi..
.. kata seorang ustaz masa ceramahnya, dia tak heran kalau tengok keris berdiri, tikar sejadah berdiri kerana bila masa hantaran kawin semua boleh jadi.. tikar sejadah boleh jadi bunga, boleh jadi kipas.. kalau berdiri tu biasa je..

Lawak masa ceramah.. kalau tak, orang tak beri perhatian, mengantuk...

Werdah berkata...

Salam cemomoi..

Ya lah sekarang ni musim kawin.. cuma tengok ada lah pengantin pakai keris tu.. tapi tak terfikir pula kenapa nak kena pakai keris.

Bersilat tu dah jarang tengok.

ummu berkata...

salam cemomoi,
saya baru tahu kegunaan kain cindai tu,nampaknya banyak nilai sejarah yang perlu saya pelajari kembali, ni
terima aksih atas informasi

intanrh berkata...

salam, mudah lg ker nk dpt kain cindai tu?

Asmi Asmidar berkata...

mmg ader keris berdiri niy. .tapi niy semua dgn izin ALLAH taala. .

Anaasuria berkata...

baru tahu yang cara pakai keris tu boleh membawa makna tersurat dan tersirat..ingat boleh pakai ikut sesedap rasa, asal selesa dan tak 'tercucuk' mana2 bahagian badan..

Nizam Awang Brahim berkata...

Orang sekarang ramei dah yang tak tau hal2 berkeris.

Hanisham Ab Halim berkata...

Info aok ni mmg buat koi tertarik amat.

Ati Masrif berkata...

salam kenal.

teringat pula keris yg hubby pakai time sanding dulu..masih ada dlm simpanan..hehe

terokai seni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
terokai seni berkata...

assalamualaikum:

sahrom: hee sama le kita kot

cik shinju: ntahnya selama ni tau pasal cendol je

fisha: la takan silat gayung tak pakai keris kut tapi jangan ko kata pakai gayung dah le

brutalsolo: hasil seni tak de spesifik nilainya, tu yang main tala je harganya

akuanakpahang: koi tengoh nyanyi ni nok imagine muka dato' siti jap

nick irfan: kenaaaa... warisan kita tu

zulkbo: peribadi dengan kekayaan warisan bangsa suatu yang berbeza walaupun peribadi buruk tu bole mencalarkan nama bangsa

koi stuju dengan oak sebab tu koi pnoh tulih n3 cenggitu dulu

mimie: koi nok nikoh beli keris, taknok pakei hok palsu, kang ande hok nok rebut bini koi, jebnuh terik tak mboh, putih mata....

cekgu jang: kalu nok narik panggil le koi skali... nok tengok jee

ckLah: saya koi kenit dulu buat juga keris kayu, siap berjual bagai

amar: keris ni senjata yang ada pada bangsa melayu je, bangsa lain takde...

iris: kain tu mahal tuuu

abd razak: di kebanyakan tempat memang dah takde buat bahkan orang melayu pon ramai yang tak reti bersilat pon

syaf: orang melayu kaya dengan adab, dengo crita nak bergaduh pon masih ada adab sebab tu kalu tengok filem hang tuah dia bagi kawan tu senjata, tak bule bertempur kalu musuh takde senjata

ikan emas: tul tu malah tengkolok dan keris juga ada kaitan dari sudut pemakaiannya

nur: huuu bukan 'baik' je ada makna....

cikgu mohammad: Allah je yang berdiri sendiri 'qiamuhu binafsihi'

kak werdah: dulu-dulu memang syok dan happening tengok orang kampung kawin... la ni takat berarak gitu je la

ummu: ilmu kena kongsi, semoga orang kita tau hargai warisan kita

kak intahrh: kena carik kat pantai timur kabonya

mida: tul tu, kalu Allah tak izinkan amenda pon tak jadik

aanas: orang melayu suka berahsia, dalam setiap gerak ada 'rasa'

jejaka desa: koi harap oak dapat le cerita juga sebab rasanya oak lebih berkecimpung berbanding koi ni hok ngaji silat pon tak dan khatam

echam: koi pon blajo dari orang juga...

ati: koi pon simpan juga keris nikah dulu.. kot la nak guna lagik heeeee

afro berkata...

stiap gerak geri silat ade sains dan logik disebaliknya. macam saya kt uni blaja silat, kebetulan cikgu silat juga bekas pelajar uni saya, dan seorang engineer, so dapat 2 ilmu la dengan die.. silat dan akedemik..

terokai seni berkata...

paan sabri: tu dah bagus, kita patut terokai lebih banyak ilmu warisan nenek moyang kita dari perspektif lain pulak

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak