Isnin, 18 Oktober 2010

sementara menunggu waktu rehat abih... nak kontek orang, semuanya sibuk berehat jadik aku melalut le dulu

aduhai langit yang mengerti tentang usia
dingin pagi menggigit tulang
sum-sum terasa enak
diselimuti embun

aduhai langit yang mengerti lajak waktu
remang panas meruwap
recik peluh keringat meleleh
kunang mataku menangkap gelegak maya

aduhai langit yang mengerti alpa manusia
sesekali bertempik guruh
gerimis sedih hujan menangis
memangkah kilat memalit petir
menyentak tangkai jantung
kita sekadar berdiam
seketika

aduhai lagit yang mengerti kesal
merangkak payah dalam kedutan senja
menarik gebar malam dalam kecewa
tiada yang berasa
kerana kita masih leka
dinihari bertandang
kita sudah lena
masih ada yang bersuka-ria
aduhai langit yang kecewa

Related Posts:

  • DaH SaRaPaN ke LuM? Diceritakan bahawa suatu masa dahulu dua beranak, ibu dan si anak dara tinggal di hujung kampung. Ketika pagi yang damai mula menjengah, si ibu telah bersiap-siap hendak ke ladang sambil berpesan... Ibu : … Read More
  • insan kecil lagi kerdildah blogspot demam, mood nak nulih pon kantoi. patutnya nak share pengalaman ni jemaat lepas. ... sema orang punyai pengalaman kerja yang hebat. kalo mereka orang yang hebat, memang patut la lalui pengalaman tu, kan? tapi y… Read More
  • bila aku lukih potret je... aku mula melukih potret masa derejah nam lagi, gambar p.ramlee menjadi pojaan atiku ketika itu, kendian aku lukih gambar jamal abdillah... malangnya kedua-dua gambar tu tak tau mana peginya, sayang tul… Read More
  • dah londeh, londeh lagihubaya! hubaya! melayuku cerita tentang masalah orang melayu memang tak penah abis... bercakap banyak tak mendatangkan kesan, langsung tak bercakap memburukkan keadaan. ramai: sang pemimpin dengan lagak masing-masing tak a… Read More
  • spirit of china"dorang punya pakaian ni colorfull and beautiful yea" jadik, sema peserta tak lepas peluang nak bergambo dengan pelajar atau pemandu pelancong yang memakai pakaian etnik masing-masing. (buah labu yang dikeringkan dan dimasu… Read More

23 zmn org suka mengomen:

Mimie.Candy Cane berkata...

sedap jugak acara merepek ni...terbaek!

al-lavendari berkata...

aduhai sajak kenapa kabur sangat .. tak terjangkau dek otak saya untuk mentafsirnya.

Abd Razak berkata...

Salam...

Ermmm...kecewa kerana ada yang masih leka dan bersuka ria

Aku Anak Pahang berkata...

Salam sahabat aok bersyair ker bersajak hehehe.. sesekali kawan kenan juga buat keje ginie keknya sekarang ilham tak de :)

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah...itu bahasa sastera tahap mana tue?? sukar untuk difahami huhuhuhu

Unknown berkata...

aduhai cemomoi..memang betoi2 melalut ni..heee..
teman 'fail' sorry..ilmu sastera tak tinggi.

Nur -al- Ain berkata...

ehehemmmm, bakat terpendam nii.. nice2 ;)

Unknown berkata...

huh! lwpn merepek menarik jgk? hehe

zulkbo berkata...

salam..
kira okey la tu bang
sajak nya..sound sad..hu hu

New Entry at www.zulkbo.com
cara-upload-gambar-guna-hosting-selain-blogger

oya berkata...

mengarut smpi berpuitis bagai..

Anaasuria berkata...

salam,
tu dia, udah kuar dah bakat yang terendam... punyalah puitis, orang2 berotak penyajak jer boleh tangkap makna ...

akie berkata...

perg..kalah osman awang..

piewahid berkata...

hebat cara repekan aok. koi suka gaya & diksi bahasa aok ter. itulah beza merepek org berilmu dgn merepek merapu meraban.

I'm Seri berkata...

Cantik gambar tu. Saya suka gambar awan.

Wah Cemomoi, entri ini berjiwa. :)

Tanpa Nama berkata...

ini merepek ke??

deena farhana berkata...

pehh..terpaksa meninggikan daya sastera yg ada..kehkeh..

apapun, nice. sgt puitis..ni bkn melalut namanya, ni meluahkan bakat..

Relevan berkata...

Sabar sabar..gaji tak lama dah..!

nur berkata...

merepek thru puisi.. nice
ALL IN ONE

Nida n' Hanafi berkata...

Salam tuan..

Dalam keadaan kalut pun sempat berpuisi ye... kalau tak kalut agaknya macam mana pulak ye... ermmmmmm

Unknown berkata...

sajak yg agak sedih tp menarik nnt buat lagi encik cemomoi.... hehehe

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

tima kasih la komen positif... negatif pon takpe, baru tau kekurangan diri...

heh! takyah la sampai nak bukak tutorial sastera plak rasanya untuk memahami apa yang direpekkan ni yea dak? koi pon tak pasti nak masuk kategori menda ni kalu bule dikatakan pusi... cuma rasa-rasanya suara ati sekadar ingin membayangkan bahawa itu le crita dan rasa langit tentang masa, manusia dan kekecewaan

Werdah berkata...

Salam.

Langit masih cerah.. usahlah kecewa..

terokai seni berkata...

kak werdah: yea... jika dilihat pada masa barangkali kita ada sedikit masa lagi walaupun dah senja. malangnya dari segi usia sebenarnya kita sebenarnya dah semakin berkurangan tenaga untuk berbuat sesuatu yang memberi manfaat untuk diri dan orang lain... harapnya kita tak tersesat dihujung jalan...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,986

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak