ada jumpa?
1. lailatul qadr
2. amil
1. tiga orang ustaz cramah tentang lailatul qadr, 3 perkara berbeza diorang kabo;
(i) sekiranya dalam 10 malam terakhir tu ada satu malam jumaat, maka malam itulah dikatakan oleh sebilangan ulama akan berlakunya malam al qadr. ulama tu ada le hujah tersendiri tapi besanya yang femes kita tau, ia dijangka berlaku pada malam ganjil. so cuba le check, malam jumaat baru ni malam ganjil ke tak?
(ii) nuzul quran yang kita sambut pada 17 ramadhan baru ni dikatakan tidak tepat berdasarkan kajian seorang ulama mutakhirin (ustaz ado sebut namo dio, lupo la pulakkk). pendapat lama tu datang dari ibn ishak yang dok amik kira perang badr sebagai 'al-farq bainal-haq wal-batil' (perang membezakan kebenaran dan kebatilan) yang berlaku pada 17 ramadhan dan diqiaskan dengan al-quran sebagai 'al furqan' ni tadi. manakala ulama mutakhirin ni kata, nuzul quran berlaku pada malam 21 ramadhan berdasarkan surah al-qadr “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) pada malam Lailatul Qadar” [maksud Surah Al Qadar:1]. ada la kira-kira dan sandaran yang dipegang dek ulama tu yang mengatakan pada malam 21, bukan pada malam ganjil yang lain. kalu nak lebih jelas bule baca kat sini bila aku dok cari info tambahan tu
(iii) yang ni berat la sikit ... minimum melayakkan seseorang untuk mendapat lailatul qadr ialah dia hendaklah bersolat jemaah pada isyak dan subuh keesokan harinya termasuk solat sunat tarawikh malam tu. so kalu subuh esoknya tak jemaah, pakat tak dapat la, kabo dek ustaz tu.
2. nak bayo fitrah, ustaz kabo ikut beras yang kita makan. kalu hari-hari melantak beras basmathi, beras poni taj mahal yang memang mahal tu... jadik jangan le bayo fitrah dengan rega rm7.00. kena le bayo ikut harga beras yang deme makan tu. kalu mahal, fitrah pon kena lebih la. kalu kita makan beras paling murah, patutnya kena le bayo lagi murah pada kadar yang ditetapkan sekarang ni. kebetulan ustaz tu orang terengganu, dia kabo di sana disediakan tiga harga kadar fitrah mengikut kategori tu tadi.
brasa nak senang g la bayo kat 'ganu kita'...
Jumaat, 3 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 zmn org suka mengomen:
Salam,
Lain ustaz lain sikit pandangannya. Macam manapun kita buat je. Ini tinggal beberapa hari saje Ramadhan. InsyaAllah, dengan keizinanNYA, kita akan menemuinya.
asben koi bayo fitrah ikut rate selangor... :)
salam..apepun, semoga kita yakin dan ikhlas dgn ibadah kita..tak perlu nak harapkan ganjaran krn ia akan dtg dgn sendirinya...
Salam rodong kawan bior fitrah ikut ketetapan dema aje tak de nokok tambah dah :)
** ada pendapat ngabor kalau tak bayor fitrah tak boleh nok raya :)
cemomoi....
dah bayo fitrah ??
bayo berapa ??
Salam.
Pendapat yang berbeza di kalangan ulama adalah lumrah.
1.ermmm mintak2 jumpa la....
2.Zakat tahun ni ayoh dah tlg bayor kan, dah 2 tahun dia nak bayorkan , alhamdulillah rasa mcm budak kecik pulak.
salam..
koi hanyut
di ulit intan
semalam..melepas
la gitu??
assalamualaikum:
luahfikiraan: tul tu... beribadah kerana ta'abbud kepada Allah, jadikan ganjaran sebagai nombor dua
kak intan: ada orang payung...
sahrom: setuju, tayah le terlalu memikir sangat tentang balasan tu nanti orang kata buat baik 'ada makna' plak
akuanakpahang: ikut ketetapan deme, deme terlbih tau yerk... ikut le mana yang patut. besa koi dengo hok tak posa tak bule raya, abad baru ni gamoknya ada pepatah baru la pulok
ikan emas: koi ikut kadar ditetapkan pasei tu le beras koi makan. tambah sikit bayo zakat pendapata, cukup ke idok moga Allah ampunkan...
kak werdah: ustaz kabo perselisihan dalam masalah fikh takpe, jangan perselisihan dalam masalah akidah, bencana nanti
cekwa: kalu berharap insyaallah Allah kabulkan doa kita, aik dak kija takan ayoh bayokan lagi ter
zulkbo: topup malam ni, mana tau tak datang lagi malam al qadr ter
Catat Ulasan