memanjangkan nasihat dan amalan yang baik di bulan barakah ni:
Kekuatan Sedekah Seseorang
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"
Allah menjawab, " Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah
Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, "Allah Ta'ala berfirman, Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang-kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui di tepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya ialah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andai kata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah)
Walau bagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/ peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minimum setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 ke kotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipat ganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :
SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
pssst: jangan lupa bayo zakat pendapatan bagi yang ada gaji tu
Khamis, 2 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 zmn org suka mengomen:
Gambo-gambo aok postkan tu wat koi sedih....
Salam...
Hebatnya ikhlas dalam bersedekah di sisi Allah
zakat fitrah dan zakat harta jugak
bersusah payah nak habiskan membaca sebab terkesan sgt-sangat dengan gambar-gambar tu!Ya Allah...bantulah mereka..huhu..insyaAllah akan cuba banyakkan lgi sedekah :(
TERBARU: Aku bukan Yusuf!
nak betul2 ikhlas dalam bersedekah ni...hanya Allah SWT aje yg tahu...
Sedih tgk gambar2 tu, SubhanAllah.. besarnya nikmat Allah kpd ku
Syukran.. post yg bermanfaat :)
pernah dapat gambar dalam emaill.. sodeyy kanns
*abang cemomoi itteww, me letak link oke
teringat adik beradik kita dekat Palestin..huhu
Salam,
Terima kasih atas entri ini. Banyak info .
salam..bukan sedekah harta dan wang ringgit je..tenaga pun boleh sedekah spt membersihkan rumah Allah dari habuk2...cuci tandas rumah Allah
Salam Cemomoi.
Mudah2an kita dapat amalkannya berterusan. Pada bulan ini ganjarannya lebih digandakan.
salam tuan cemomoi,
hari tu ustaz ada citer, Saidina Ali selalu bersedekah dengan letak kan makanan (kalau tak silap) kat depan rumah sorang janda (tak sure sorang ke beberapa orang). Janda ni tak tahu sapa yang letak makanan kat rumah dia ni selama 20 tahun. Yang dia tau tiap2 pagi bukak pintu rumah mesti ada makanan. Bila Saidina Ali meninggal dunia, makanan dah takde depan rumah dia, baru dia tahu yang bagi makanan tu selama ini ialah Saidina Ali.
sedehnye tgk gambar2 tu.. tu r, kadang2 kita ni, susah skit pun dah komain merungut walhal ramai lagi yg jauh susah dai kita.:(
salam,
subhanallah, hebatnya nilai sedekah di sisi Allah..
good info..
beramal selagi boleh..
Terima kasih kerana saling mengingatkan.
assalamualaikum:
echam moga kita sokmo sedo nikmat yang Allah kurnia pada kita ni
abd razak: semoga Allah terima amalan kita sepanjang hidup ini
endiem: ramei hak lupa zakat emas yang digunakan ter
iqbal: penulisnya nak kita semua tau semua perkara, jadik siarkan semuanya... tak elok disimpan separuh-separuh
cekgu jang: moga Allah terima amalan kita ter
light of happiness: moga dapat dimanfaatkan bersama
en_me: elok le dikongsikan, tima kasih buat link tu
muhammad zahrawi: apa kabar raya ni bagi sedara kita di sana... moga Allah berikan kegembiraan untuk mereka
luahfikiran: moga dapat manfaat pada semua orang
sahrom: tul tu, buang taik cicak kat masjid pon dapat banyak pahala tu
kak werdah: moga ramadhan kali ni lebih bermakna buat kita semua
aanas: cuba la bayangkan ada orang lelaki sekarang ni buat cenggitu.. jangan nampak dek jiran janda tu dah la, skandal pulak nanti
fisha: kita ni jarang bersyukur dengan apa yang ada...
melatidaisy: moga Allah istiqamahkan amalan kita
mahira oya: agi idop agi amalan... heee
zezebel: ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan juga...
Catat Ulasan