bila di tengah laut, rupanya kita terlalu kerdil dan nak mampu berbuat apa-apa...
4 ogos 2010
lebih kurang 4.00 petang slesai keja, kitorang siap-siap naik bot. aku dok kat belakang skali nak menikmati pemandangan air di hujung dua buah enjin berkuasa kuda 400. seronok melihat dua alur yang memutih melompat dan saling menerjah membentuk lonjakan air yang terpancut tinggi. bila ditoleh di sebelah tepi, laut yang terpukul di dinding bot menghasilkan percikan air. beberapa saat seblom ia hilang bersatu dengan ombak, muncul pula pelangi yang malu-malu alah...
perjalanan petang ni pada awalnya baik mula berombak kuat. ombak setinggi tiga kaki mula berubah hingga mencapai lima kaki dan kekadang lebih. ketika mula melawan ombak, masing-masing teruja dan sedikit terjerit bila dilambung gelora. bila makin kuat dan berada semakin jauh di tengah laut, setiap orang mula terdiam. keadaan angin tidak le kuat sangat tapi ombak agak luar biasa. ketika ini, aku terfikir, barangkali inilah punca bot luluh. bila ditimang tinggi dan terhempas, blom sempat bernafas bot akan dipukul semula badai keras. sudahnya tenggelam le jawabnya...
pemandu bot memerah segala kemahiran yang dia ada. sesekali dia memecut tapi bila berhadapan dengan lopak ombak yang dalam, dia segera membrek. bot terdengar bagaikan nak pecah bila dijulang dan dihempas laut. bila dilambung, aku menahan suara dan bila bot menjunam, aku pulak yang menggunakan teknik meringankan badan... bukan ada pekdah pon tapi tu le refleksinya. ketika tu, jauh sedikit di sebelah kanan kelihatan hujan telah turun. untuk mengelakkan hujan tu le, pemandu bot berhempas-pulas mencilok di tengah laut yang baru belajar menggila. kuatnya ombak membadai menyebabkan besi di hadapan bot tercabut dan hilang ditelan laut. tak cukup dengan itu, laut sekali lagi mencekup penutup dek yang berada di muncung bot menyebabkan bot terlopong. keadaaan ini membuatkan pembantu pemandu bot sedikit pucat. ia berisiko menyebabkan air masuk dan bot boleh karam. dia bebrapa kali mendail henpon untuk memberikan makluman kepada pihak di darat... malangnya usaha tu tak berhasil. ketika itu terasa masa terlalu panjang dan perjalanan terlalu jauh...
alhamdulillah, pengalaman tu dah berakhir bila kami selamat tiba di jeti. memang masa yang diambil melewati waktu berbanding ketika kami bertandang ke pulau tersebut pada pagi hari.

17 zmn org suka mengomen:
salam weh..
bot pun ada brek yek?
koi tak tahu puloks..
goner la agaknya??
koi memang fobia laut ni
nampak je rasa nak terjun
bahaya..sebab koi tak
pandai berenang..he he
kalau pasang khemah tepi pantai pula?heheee
Latest post:trip Pulau Pangkor,bahagian 3 dah!!
Salam...
Moga sdra sihat hendaknya..
Sungguh, masa tu tiada apa yang diingatkan hanya berharap pertolongan dari Allah...
oh.. owner blog ni laki ke? thnkz! hehe sbb slama ni pening jgk sbb kat profile x tulis pun? hehhe ape2pun best la aktiviti ko ni... bila baca mcm aku pun ade kat sana skali...
Sungguh cemas tapi pengalaman ini sangat mahal. Ombak memang cantik tapi bila mengganas, terasa nyawa di hujung..
Dah balik kerr...
Salam ziarah sahabat semoga sihat ceria dipagi ini hendaknya.
salam..
apa khabar yee..
sihat?
uishh bahaya rumah di tepi pantai..
tsunami dtg..now u see now u dont..nanges!!
erkkk. tak suka pantai, sebab pantai menakotkan, lagi takot bila diarik ombak. huhu!
la igt cite tgkp udang ke hehehe... mcm cemas je gayenye. klu mabuk laut mau muntah....
hebat sungguh pengalaman tu... kecut perut dibuatnya.
Sangat jeles dengan gambar itu lobster... :p
salam,
mencabar btul tu tapi yg penting jaket keselamatan tu kena pakai sentiasa..
geram aku tgk udang dlm gmbr ni... grr.. gr... tp yg sdihnye aku elergic seafood... :(
cemomoi..hee cute sikit lagu man boat tu break? haa.
Kalau teman rasanya mau muntah dlm laut tu..kalau lagutu punya gaya..
Laut tak berape cekok koi weh...
Salam..
Mesti waktu tu hati jadi besar kuman. Pernah juga naik bot ke langkawi, hujan dan angin bersatu menguji iman dan ketahanan diri (ada yg mabuk).Tapi alhamdulillah kerana ujian tu kita lebih ingat pd Allah kan?
assalamualaikum:
aiseh dah jawab tapi hilang plak dia nih...
zulkbo: koi jenuh memikir sama macam kapal terbang, pon bley brek juga
iqbal: yang sama waktu dengannya, asalkan 'kalo takut, jangan le...'
abd razak: tima kasih atas doa tu... sungguh kita terlalu kerdil
nick irfan: pueh ati...
yang tak syok tang allergic tu, hilang satu nikmat Allah tu
kakazieazah: rasanya ombak tu tak le beso ngat tapi penangan dia...
akuanakpahang: alhamdulillah sama le kita wehhh
cik amy: koi sihat alhamdulillah, moga oak pon gitu juga
mahira oya: uuuu ombak setinggi pokok kelapa!
ketingting: cuba dengar nyanyian pantai... mengasyikkan
missxyz: huuu udang tak mboh pulak mabok laut yea...
abu aiman: koi first time pekena lobster tu, sibbaik orang blanja...
penjejak maya: pakaiiii... tapi dorang pesan, kalo karam kena tanggal semua baju n sluo, pakat bogel la nanti pakaian tu akan menyebabkan kita berat dalam air...
abg lanabulu: tak tau le teman gone gaya dia membrek, taunya boat ble brenti bila tengoh laju
mabok free sapa nak rasa bule le ke laut
jejaka desa: sesekali syok juga...
kak shaniza: huuu tul tu, awal-awal lagi nak mengucap syahadah
Catat Ulasan