sambil lipat baju, layan blog. hari ni ponteng, letih gila. ada meeting, minta tolong member ganti. dia tak sanggup sebab takde maklumat lengkap. aku pon sebenarnya diminta hadir gantikan bos. takpe, nanti aku jawab la.
(kopi special gelam)
26 Jun 2010 9.30 a.m
(galeri melayu, istana kampung gelam)
aku dah jejakkan kaki kat singapura dengan dua orang lagi kawan sepejabat. jumpa sorang prof. yang kami hantar awal sehari kat hotel ibis, di bengcoolen. patutnya kitorang datang skali, tapi tiket flig abis. kabonya, tiket dan hotel fully booking sebab ada function di sini.
pusing-pusing cari hotel bajet takde, kitorang pegi cari di geylang dengan bantuan teksi. dapat pon, tapi yang ada hanya family room. heee, keputusan darurat diambil, aku tido sebilik dengan dorang pompuan. hanya langsir yang memisahkan antara bilik ke bilik. pada malam tu jugak baru tau, hotel yang kitorang duduk tu ibarat di kawasan lorong haji taib. woooo.... sibaik takde pencegah maksiat!
selesai masalah bilik, kitorang terus ke kampung gelam.
bersembang dengan salah salah sorang melayu singapura, "nak buat apa ke sana? ntah, pada saya takde apa pon yang menarik!"
walaupun tak cukup menggambarkan keseluruhan jiwa orang melayu, lawatan ke galeri istana kampung gelam benar-benar menunjukkan bangsa melayu di sini seolah kehilangan semangat patriotik. di mulai dengan gambaran awal tentang masyarakat yang mundur, tinggal di dalam perahu, kemudian bila Inggeris datang barulah mereka menetap di daratan. lekehnya sejarah kita.
malam, kami datang bertandang lagi. cari makan. suasana cukup meriah dengan pelbagai bangsa terutamanya dari timur tengah. banyak juga meja makan dipenuhi oleh peminat candu arab 'sisya'.
secara kebetulan, masjid sultan ada menganjurkan ceramah agama. dan barangkali tidak sampai dua puluh langkah dari masjid itu, ada 'malam muda mudi' di istana kampung gelam.
gamaknya berpegang dengan prinsip pendatang - bekerja hanya untuk cari makan. membiarkan keadaan berlalu begitu sahaja, jangan ganggu kami dan biarkan kami hidup aman - sudah memadai...
sila pilih: singa pura-pura atau menjadi mangsa todak?
Isnin, 28 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 zmn org suka mengomen:
baik jadik pari-pari di bawah angin dari menjadi melayu singapura
Bila tak di buka kain masakan nampak panaunya, bila buka kain rupenya bukan panau aje macam2 ada.. indah kabar drp rupa tidak melayu itu sia-sia tapi melayu yang lupa asal-usulnya.
salam..
begitulah bila kita dah jadi minoriti di bumi sendiri..
hidup dalam kelompok cina yang besar di smaping india yang bertambah dari sehari ke sehari..
agaknya boleh tak kita???jadi sayangi lah melayu malaysia dan sesamalah kita bersatu..jangan berdengki sesama bangsa kita takut jadi macam melayu singapura..hidup terpaksa membesarkan diri sendiri kerana mahukan muka sahaja..setidaknya semua singaporean ada atitude tersendiri mereka baik melayu,cina maupun india yakni sifat "kiasu" mereka itu..[mau muka kalau bahasa lainnya..]
wallahualam..
barang dijauhkan Allah ia terjadi kepada bangsa kita di Malaysia.
ohohoho!!
den btoi2 xbaca lg entri ni ms buat entri den tuhh
huuuuuuuu..plagiat yoo... :P
itulah namanya kebetolan yg xdsangka.okeh. :P
no plagiat2..kih3x
rele jadi mangsa todak ,
ain sokong zulkbo ;), sayang la bangsa kite di malaysia, jadikan mereka di sane pengajaran buat kita ;)
semoga Allah memelihara saudara seagama kita walau di mana pun mereka..
akan datang hanya keturunan je melayunye....identiti ilang dah kot...
wahahaaa...nak kena gi tengok sendiri ni!heee
Latest post:Bagaimana mahu menyatakan sayang yg sebenarnya?
ape kate suh jerung je langgar s'pore.. xpn paus..
org melay usingapura amat liberal. kebanyakkannya hanya islam pada nama9 saya tak nafikan ygmasih setia dgn kehidupan beragama).
Ambil contoh perkahwinan Rima melati adam (seorg ppuan islam) dgn marcell(pnyanyi indonesia yg beragama budha) telah diterima oleh org melayu di singapura.
Salam..
Semoga umat Islam terpelihara semuanya tak kira di mana mereka berada..
assalamualaikum:
sahrom: hoh di luar jangkauan minda le tu
akuanakpahang: heee tinggi falsafah di balik kain ni...
zulkbo: betui, mereka mampu berdikari tak macam kita cuma seolah matlamat idop hanya sekerat je... moga mereka berjaya 'mengaum' semula
al-lavendari: moga makbul le doa tu, tapi kalu kita hanyut dalam nafsu, janji Allah akan digantikan dengan suatu kaum yang lain
deena farhana: hee jangan gelabah, ada sorang lagik crita pasal singa, tu sahrom... pelik jugak, jangan kita jadik 3 ekor singa yang dikabo dek sahrom tu dah le
melatidaisy: amin, moga Allah lindungi kita semua dari sengketa dan perpecahan juga
ain: pnah tengok ikan todak? kalu kena tak sakit le kot
cekgu jang: ntoh la, kat sini pon rupa melayu dah macam-macam
iqbal: ye, nak pasti ke tengok dengan mata kepala sendiri
the godfather: maunya dorang dalam aquaria je...
shameel: cerita natrah tak jadik igauan pada dorang dahhh
abd razak: harap makbul doa tu untuk semua saudara seislam kita
Catat Ulasan