racist?
27 Jun 2010
hujan lebat tak membantutkan program kami pada hari terakhir. destinasi pagi ni, g ke chinatown herritage centre.
jauh panggang dari api, bagai langit dan bumi. mereka menghidangkan sejarah yang menyentak perasaan pengunjung.
bermula dengan tema kesedihan dan kesengsaraan - sejarah suka-duka mereka datang ke sini, sebahagian wanita yang menjadi pelacur, kesukaran idop sehingga membawa kepada kejayaan yang diperoleh.
pencapaian dalam segala lapangan - perniagaan, makanan, sosial dan budaya - mereka benar-benar berjaya menampilkan persembahan yang menarik dengan kreaviti yang unik dan dibantu oleh banyak persembahan multimedia. jauh berbeza dengan apa yang ada di galeri melayu.
lepas tu, kitorang ke national muzium. sesuai dengan kedudukannya, muzium ni sangat besar dan luas.
masuk je, kita akan dibekalkan dengan peralatan elektronik seperti pemain linguaphone. sambil berjalan, kita hanya perlu menekan nombor lokasi untuk mendapatkan maklumat sejarah pada foto/artifak/objek yang dipamerkan. maknanya tak banyak kapsyen disediakan pada bahan pameran.
6.oo petang, kami menaiki teksi nak ke lapangan terbang.
(seblom balik, sempat gak tinjau pasar barangan terpakai, tapi barang antik tak banyak. harganya bole tahan murah, jauh lebih murah dari tempat kita walaupun dikira dalam duit kita)
"kalu saya pencen, saya mau duduk di malaysia!" ramah dan rancak pemandu teksi berbangsa cina itu bercerita. "apsal?" aku gatal mulut melayannya. "malaysia bagus apa!" "lu tau ka, berapa interest epf singapura bagi? cuba teka!" dia sambung lagi dengan penuh semangat selepas dia bagitau kitorang, roadtax (tak masuk insurans lagik tuuu...) kereta untuk 2000 cc setahun lebih kurang SD1800. "malaysia bagi brapa?" aku cuba ingat-ingat, maklum la tanya kat orang yang pilih skim pencen, "lebih kurang 12% le." "singapura bagi 0.01... (apek tu ulang dua kali nak stresskan fakta) bla, bla, bla.... u tau apa tu? itu maknanya talak interest maaa..." "saya ada manyak rumah di malaysia... saya mau duduk di penang... penang bagus!"
hem... untung memang untung. sebab tu gamaknya dulu pnah akhbar singapura berura-ura kalu dapat menakluki malaysia, pahang akan jadik negeri pertanian.
dekat 12.00 malam, aku sampai rumah dengan berbaur rasa, haduiii esok nak g keja ke dak?
Isnin, 28 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 zmn org suka mengomen:
mcm best je keje mcm cemomoi..leh jalan2..hehe
luas pmandangan g jalan2 tmpt org..hehe :)
cemomoi kije ape? saya pun mau duduk di malaysia. eh? hehe
depa kata makanan kat kota singa nie ada yg halal dan prk free?? betoi ka???
bestnya jalan2..muzium mane tuh..
bestnye.
jauh berjalan luas pandangan:)
salam Tuan Cemomoi...
sekarang ni kalau nak beli barang2 antik through online banyak... sediakan duit je
assalamualaikum:
melatidaisy: bab jalan memang syok, tang kejanya kekadang tak larat dibuatnya
fello ariza: sayup mata memandang tengok orang...
macy: keja ngabihkan bogheh je... semua orang suka dok kat malaysia, kita je takkkk
sahrom: ye le kot, takat ni tengok orang mlayu makan kat kdai cina ke india totok ke, slambe je
mahira: ikuti n3 seblom - singapura!
miezhanim: luas jugak poket dibuatnya, sibbaik bule claim mana yang patut
nida: kat ostolia mahal gila barang antik, kat singapura cam dorang tak minat tu yang murah kot
Catat Ulasan