Sabtu, 29 Mei 2010


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
3. Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;
4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;
5. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun yang dimakan ulat. (maksud Surah al-Fiil)
ikut kepercayaan orang kampung, perkataan 'gajah' tak boleh disebut ketika di dalam hutan, apatah lagi diseru atau dicabar... dia dengar. jadi untuk lebih bersopan, ada yang panggil datuk je. ada crita daripada kawan tentang rakannya yang bercakap besar tentang gajah. akibatnya, rumahnya disondol gajah pada malam hari. malah, kami waktu kecil dulu (mungkin secara kebetulan) kena tempiasnya apabila memanggil gajah berulang kali di tepi hutan. tetiba gajah tu melaung menyebabkan kitorang lari lintang pukang.
kuala gandah, lanchang


tak tahan dengan n3 abg piewahid dulu, dan dengo kabo member dari kl nak datang sini... aku pon segera usulkan untuk beraya (wesak day) kat sini.



(sesi santai, sambil makan cekodok pisang dan minum air tebu)


rasa tak munasabah la plak, orang dari ostrolia dah sampai, kita yang dok kat sini, jalan nak pegi pon tak tau...


singgah semayang dulu kat kampung sokmit, kami tiba lepas solat jumaat. uiii, rupa-rupanya dah ramai yang berimam kat situ.

(yang tak merasa lagi, ni cuba le korang pejam mata dan bayangkan tengah menunggang haiwan terbesar di atas darat ni)


aku tak le kesah sangat sebab kecik-kecik dulu pnah tengok perhilitan tangkap gajah dan gajah pon pnah mengamuk kat kampung kami sampai ditembak dek seorang penduduk situ. sudahnya, lekat le nama dia dengan gelaran Mat Gajah! so trip ni, cuma nak bawak bebudak je (alasan!)


gajah ni kira salah satu haiwan kebesaran diraja Melayu zaman dulukala. kalu korang pnah tengok n3 ni, gajah digunakan dalam upacara penyampaikan watikah, khususnya apabila duta dari negara luar singgah kat Kerajaan Melayu dulu-dulu.


(sesi mandi air gajah, mak oi bau dia melekat, seminggu tak hilang naya g pejabat bau gajah)


sekarang dorang banyak lepak kat zoo je la, pasal duta datang jumpa YDP Agong naik bmw bawak sendiri watikah tu. heh, gajah pon menganggur jugak.


cuba le prahati maksud ayat 'sejenis tanah yang dibakar keras' dalam surah tu... barangkali ada rahsia yang tak tersingkap lagi

9 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

teringin nak naik gajah ni..tapi ...

azieazah berkata...

Dulu Kak Azie pernah pergi tengok sambutan apa ntah kat Dataran Merdeka waktu malam, ada pertunjukan gajah. Tapi gajah tu mengamuk sbb terkejut bunga api...

Sejak tu seriau nak dekat, takut tetiba jer mengamuk.

Papa Hero berkata...

salam bro...aku rasa blog ko mungkin ada masalah..laptop aku menjerit2 bg tau ade virus...pastu dah hanged..tp, aku gagahkan jugak masuk blog ni...virus mgkn datang dari widget ko yang terlalu banyak...laptop aku amik masa 5 minit nak bukak blog ko...lama tuu...aku penah kena macam ko, last2 aku buang sumer template & gadget...minta maaf kalau ko terasa tp inilah yang berlaku...search enjin carian m'sia pun macam dah kena...aku dah buang badge dia...skang dah ok balik...aku tak nak ping kat shoutbox ko nanti org ramai tahu plak..., so aku ping kat sini jer..mintak maaf sbb tak amik badge ko...anyway, thx for the invite..

deena farhana berkata...

comei la kakak tepi gajah tu..tu ke org umah?? hee

Rafi Harumin berkata...

gajah kecik pun saya dah seram... yang besar apatah lagi... hehehe

Papa Hero berkata...

aku la yang bg tau ko dulu...aku rasa, elok kau format balik template ko...download template baru, install gadget baru...follower ko takkan hilang tapi widget & FB badge ko akan hilang..dulu FB fan club aku ada 100lebih, skg kena start balik..baru ada 3 org like..hu hu hu

endiem berkata...

gajah faham bahasa orang..kalau gajah malaya.. paham cakap melayu, kalau gajah siam faham bahasa siam..gitulah gaya agaknya.

Acik berkata...

Salam..
Dok tengok gajah dlm zoo Taiping saja. Tak pernah lg naik...tua2 ni 'gayat' sikit.

terokai seni berkata...

assalamualaikum rakan blog:

abg lanabulu: ada kesempatan cuba le.. kat sini free je buat masa ni

macam-macam gaya ada, ada yang gaya menunggang dan ramai gak yang gaya ala-ala menonggeng

kak azieazah: haaa rasa cam pnah dengo je majlis tu, mesti jabatan kerajaan yang anjur tu

boyachillies: tima kasih atas perkongsian maklumat. dah cuba beberapa nasihat tu, tapi tang beberapa lagi tu macam ko kata tu la... sayang la pulak anyway tima kasih bebanyak

deena farhana: yapsss.. kembang kalu dia baca tu

ashrafi: jangan takoottt, aku puas memujuk anak supaya join naik, "ko lelaki mesti brani!" pon tak jalan jugakkk

endiem: memang tul pon... masa demo tu ada dia speaking bahasa siam dan melayu... selamba dekk je gajah tu ikut... kome juge hok tak paham menda dema ter kabo

kak acik: jangan tunggang gajah, mantan pm kata naik kuda untuk kesihatan

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak