Ahad, 30 Mei 2010

sebuah kisah benar yang ditokok tambah hingga nampak karut tapi terlalu banyak kebenarannya.

suatu petang yang hampir romantis;

esah (bukan nama sebenar) tersenyum-senyum, dengan suara manja memulakan sembang... "la ni, betoi dak saya lebih baik daripada tijah (bukan nama sebenar)? dia janda, tua pulak tu dan dah tak cantik lagi. mesti abang dok cinta kat saya kalu nak compare dengan tijah, kan?"

hasbennya menjawab tegas, "dak aihhh, demi Allah!"

belom sempat esah bukak mulut, suami dia sambung kata-katanya, "demi Allah, tidak! dia mempercayai aku ketika orang di dunia ni menjauhi aku, hanya dialah teman baikku."

terkesima aku baca coretan cerita ini

sebenarnya gambaran cerita ini ialah cerita ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kedudukan beliau setelah ketiadaan Siti Khadijah r.a. seperti tegas pengarangnya, apa perlunya Rasullulah s.a.w (tentunya bagi semua lelaki) untuk tidak mengambil hati Siti Aisyah dengan mengiakan sahaja jawapannya. lagipun Siti Khadijah r.a sudah tiada untuk dia berasa hati dengan jawapan Rasulullah s.a.w. tu. hebat bukan? Rasullullah s.a.w. seorang yang setia, tidak lupa pada isterinya walaupun telah tiada, bersikap al-amin dan al-siddiq - membenarkan apa yang tetap benar - "seorang yang jujur dalam perkataan, perbuatan dan pemikirannya." (Thomas Carlyle)

asal cerita..
ketika aku diurut menggunakan mesin ogawa, dengan penuh semangat, orang rumah bercerita tentang kisah sorang lelaki yang berurut dengan sorang janda. tah camana, janda tu naik syeh dia duduk atas lelaki tu dengan niat tak baik. menggelupur le lelaki tu melarikan diri dan keesokan harinya (agaknya la) kluo la tajuk di akhbar tabloid "... diperkosa... janda.. " aku pon tak ingat tajuk tu. korang cari je la.

sebagai respon provokasi, aku pon kata la, " tu semua salah pompuan"

"heh! apsal"

"ye la... kalu orang pompuan benarkan poligami... mesti la janda tu tak jadi cam tu"

"elehhhh, sudah laaaa, lelaki perangai tak semenggah (senonoh)!"

dan tak mau melanjutkan provokasi, aku pon alih crita lain.

heee mesti orang pompuan marah kat aku ni...

21 zmn org suka mengomen:

Mimie.Candy Cane berkata...

saya sokong akak . takde kena mengena dengan orang pompuan tak benarkan poligami.hehehehe

azieazah berkata...

Akak sokong jer poligami. Tarak hal. hehehe

ummu berkata...

salam Bro
:)
poligami.

Melatidaisy berkata...

err ..

sy duk tengah2.. x sokong mana2..hehe

poligami itu indah andai btol2 terjadi mengikut syari'atNya (dari segi mengapa nk berpoligami dan bagaimana melaksanakan)

saharul berkata...

koi setuju dgn aok kabo kat bini aok pasei poligami tu...hehehe

Aku Anak Pahang berkata...

Salam ziarah sahabat..semoga ceria..badan penat baru balik drp kampung hehehe...

Nur -al- Ain berkata...

betul la tu, dok kalut cita poligami pasai pa. HAHAAAA.

Kami Bantah POLIGAMI!

hihiiii ;p

tapi kalau bersebab, rasional, poligami jalan terbaik kan. itupun kalau betul sebab nye rasional ;p

noorlara berkata...

watpe le nak marah semua awak tulis tu kan ke betul hahaha

endiem berkata...

apa agak nya kena mengena dengan gambar kelapa tu.

ikan emas berkata...

marah tahap gaban cipan batman, automan, superman..popeye doaremon shinchan....


...asik-asik salahkan pompuan !

penakut !!

Saya berkata...

haish..laju ke konklusi dia pasal poligami..hakhakhak

zulkbo berkata...

salam..
ermmm..
nanti saya buat satu entri
berkenaan dengan ini..insyaallah
cik puan blog anda juga masih mengeluarkan byk malwares dan spam
bila kita masuk..kena lakukan sesuatu

piewahid berkata...

salam,
koi xheran ke pompuan yg naik syeikh tu. koi heran yg dia gi berurut dgn pompuan dlm bilik tu. kalau koi, mboh koi naik syeikh balik, hahaha...

p/s
sbb tu kita dilarang 'mendekati' zina. bila jadi gitu tak ngaku, saloh pompuan pulok kununnya. koi rasa dia dulu yg mulakan...

deena farhana berkata...

ahaha... mmg mrh pon! heeee..xla..poligami bole asal cukup syarat..mslhnye org kite xckup syarat pon nk poligami gakkk...pehh..

sahromnasrudin berkata...

hal poligami nie susah nak komen..takut ckp lebih2..bukan apa takut terkena kat bdn sendiri..mintak dijauhkan la...

Abd Razak berkata...

Salam..:)

Saya setuju dengan pendapat deena farhana, kena ikut syarat yg Allah dah nyatakan dalam al_quran, “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan(lain) dia, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka(berkahwinlah) seorang sahaja…”- (Surah An-Nisa’ 4:3)

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

mimie: wuii garangnyeee

kak azieazah: ha contohi kak kita ni, at least kaki payung mas ada dah tu

melatidaisy: berkecuali yerk... takpe dah kawwin sok baru bule buat keputusan

ummu: heee saja nak test.. sambil nyelam minum air.. jangan tersedak kena ketuk dengan mesin ogawa sudah le

cekgu jang: oak memang lelaki sejati.. brani kerana 'nak kebenaran'

akuanakpahang: hee penat beno ke balik, ikut mana, bera ke kuantan..

ain: heee gurau senda di kala petang...

noorlara: pewwit.. ada gak wanita solehah yang sentiasa menjaga kebajikan kaumnya... nak harap orang lelaki 'tak semenggah'

endiem: gini le koi nak perjelaskan

kelapa tua: tanpa merujuk kepada lelaki atau pompuan dari kalangan janda dan juga untuk lelaki tua atau belum setengah masak macam koi ni

hok putik tu macam si esah tu le... tapi tak termasuk orang lelaki yang berurut dengan janda ter

ikan emas: jangan marah tahap otromen kang abih beteri kang susoh nak kena panggil doktor...

ada satu artikel ditulis oleh sorang pompuan yang berkata "musuh pompuan ialah orang pompuan sendiri" lelaki buat salah sikit je tapi pompuan banyak buat salah beso. lelaki ngorat sikit je.. pompuan walaupun dah tau lelaki tu ada isteri dia nak juga... jadi le dia musuh sesama dia

saya: hekkk lelaki... pantang ada ruang mesti dia nak terbang

zulkbo: koi nantikan le n3 tu

tak spam koi dah cuba buat ikut beberapa nasihat blogger tima kasih atas info ter

abgpie: koi taknok lawan sifu koi iyee ke je menda abg pie kabo

deena farhana: isu sejak manusia wujud ni takkan abih kalu nak debat sebab tu aku saja tukar topik lain bila dah berapi tu... heee test market je

sahrom: orang kabo yang bercakap berdego-dego (lebih) ni jarang, tapi yang senyap tu yang slalu jadik tu.. takat ni saje je la tapi kalu terkena jugak, heee ingat le setiap yang berlaku adalah ujian, Allah nak tengok siapakah paling baik amalannya

abd. razak: betul tu ustat. paling penting jangan amik dua tiga dan empat sekali gus.. lagi parah, kununnya bersandar pada quran


aaa kesimpulannya seperti diduga aku mesti kena marah kat orang pompuan tapi aku sengih aje

Tanpa Nama berkata...

pologami? hurm~

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, poligami tu halal, dan dah termaktub didalam Al Quran, perempuan yang baik sepatutnya tidak akan membantah kalau suaminya hendak berpoligami. Itulah saham kami orang peremuan untuk ke akhirat, yang perempuan lain tak adan mendapatnya...

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

Lama kak tak jengok sini.. dah ada kelapa muda n kelapa tua pulak.. sekarang ni kak kena pantang minum air kelapa muda sebab tengah ambil ubat homopati.

Fasal nak pasang lagi satu tu, kena kaji dulu boleh adil ke tak sebelum berkahwin, jika rasa-rasa tak boleh jangan menyiksa diri. Bukan kahwin dulu baru nak tengok adil ke tak..(tak boleh cuba-cuba) nnt senget.. tu pesan ustaz kak, sbb ayat tu diturunkanpun asalnya orang yg bertanya tu tanya fsl nak kahwin dgn anak yatim yg banyak harta.

terokai seni berkata...

macy: hiii no komen? sensitif tul

kak lipislady: alhamdulillah ada orng yang boleh berkongsi hidop... bukan apa kesiankan kaum hawa kalu dah lelaki tak bule harap pada sapa pulak nak mengadu

kak werdah: air kelapa muda memang sedap buat minum tapi yang tua dah lemau.. adat le masa tengah elok semua orang suka

tang poligami ni sebenarnya bukan topik penting nak diperdebatkan sebab tiada kesudahan dengan pelbagai pandangan pro dan kontra. yang paling penting, benarkah kita telah layak untuk melaksanakannya mengikut ciri-ciri yang ditentukan oleh agama. macam nak mintak keja kalu tak layak buat apa nak rebut dah tentu banyak masalah timbul nanti

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak