Khamis, 15 April 2010

bebaik simpan, esok-esok anak cucu nak tengok

ada ke orang yang dah kawin tapi masih simpan surat-surat cinta dengan bekas awek dia dulu-dulu... diceritakan sorang kawan aku, dia penah baca surat cinta bapaknya yang terputus di tengah jalan (dengan izin bapaknya le). emmmm... dokumen ini menjadi bukti sejarah setelah masa berlalu. sejarah itu ditafsirkan pula oleh orang yang membaca atau mengkajinya. dalam kes ini anaknya le, iaitu kawan aku ni tadi.


cerita sebenar nak cuma nak bagitau. alhamdulillah aku berkesempatan pergi ke pulau yang jadi rebutan ini, Pulau Sipadan. pada november 2005, kebetulan ada program di semporna, kami diberi peluang untuk ke sana dengan iringan pegawai polis. untuk pergi ke pulau tersebut, kalo tak silap, hanya 100 orang sehari dibenarkan. pulau tu berbentuk cendawan, gamaknya tiang pulau tu bole patah la kot kalau ramainya yang dok kat atas tu. dok kat atas aje pon dan rasa kagum dengan ciptaan Allah yang Maha Hebat ni... cantik kawasannya. jernih airnya. rasa nak terjun bermain dengan ikan kat situ.

(sempat gak singgah pulau mabul)

kita berjaya memperoleh hak atas pulau in antaranya disebabkan ada dokumen yang membuktikan bahawa urusan cukai terhadap kutipan telur penyu dibayar di Kota Kinabalu. itu le dokumen yang menegaskan pulau berkenaan milik negeri Sabah.

jadik, kalo ada dokumen penting simpan le bebaik. barangkali akan jadi bukti pada suatu hari kelak, yang pada hari ini kita rasa tak bernilai pon.

8 zmn org suka mengomen:

Aku Anak Pahang berkata...

Saya dedulu ada juga dokumen cinta hehehe..keknya dah nikoh org rumah x minat nak nengok sudah kawan bakar aje..maka abis terpadamlah segala nostalgia dulu setelah abis maraknya api.. drp membakar warkah cinta itu...huhuhuhu...

Unknown berkata...

Surat cinta dgn kekasih lama tu tak yah lah disimpan..
Yg lalu biarkan lepas..
Ikat dgn sungguh2 pada yg ada dalam dakapan tu..
Buat apa nak simpan kisah putus yg lama..sedangkan ex-gf tu dah bahagia bersama family..bercicit piut pun dah...

mr.kordes berkata...

kome tkde simpan...keciwa bl tgk..huaa...

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

Alhamdulillah dapat tengok gambarpun dah cukup seronok.. tambah2 pula dgr dapat tengok ikan mesti best sangat, cuma masalah keselamatan je lagi kan! tu tahun 2005 kalau sekarang bagaimana ya.. perlu polis kawal lagi ke?

ummu berkata...

salam tuan rumah
mak ayah kawan tu sportingnya...tak kecik atike dia erk?

wah bestnya dapat jejalan kat pulau tu..

azieazah berkata...

Yang penting simpan surat nikah.. hehehehe....

piewahid berkata...

nengok barang2 lama ni mmg rasa syg blake. buku2 tulis skoloh anokpun kalau boleh koi nok simpan. (1/2 buah adalah..)masalahnya tempat nak menyimpannya tu lah yg tak ande...:(

terokai seni berkata...

assalamualaikum bapak-bapak, ibuk-ibuk (adik-adik ada ke):

akuanakpahang: blom ada kekuatan la bang yasin... tapi betui nyimpan dia ni jadi api kemarahan aje

abglanabulu: dakap kuat-kuat, erat-erat sebab hanya yang itu milik kita...

pakcik kordi: huwaaa jangan nangis ti aku pon nangissss

kak werdah: kongsi minat yang sama ke, suka tengok ikan... layan ikan buat hati tenang melihat dia berenang

la ni tak tau la. ok kot, dengo crita orang dari filipina mudah ngat ceroboh kawasan tu

qaseh mas: barangkali sekadar berkongsi sejarah dengan anak-anak kot... maknya tahan sabo je la yea

pulau jauh dah g, yg dekat tak sampai lagik

kak azieazah: ada rasanya ni.. t check balik... hee adaaaa

abangpie: sama le kita, tengok ke hasil kerja bebudak ni mana la tau satu masa sok dorang plak mencari. saya jumpa sijil sekolah tadika terlekat kat dinding yang tinggi, panjatttt

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak