Khamis, 11 Mac 2010

aku amik dari emel buat perasmian antara muka blog baru;

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami terhadap isteri dan kuasa ibu terhadap anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak-anak terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar
menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung di dalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir, membesar, menjadi dewasa dan membawa sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

(sodap kalu mak masak nih!)

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya tidak akan mendapat berkat dan sebagainya. Akhirnya anak akan mendapat pelbagai balasan buruk dari Allah di dunia lagi.

Cerita - Kita sering diperingatkan oleh para ustaz tentang cerita tentang dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah pada zaman nabi s.a.w. Seorang daripadanya menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi, TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-duanya diseksa oleh Allah sehingga nabi s.a.w memerintahkan kedua-dua ibu tadi mengampunkan anaknya.

Ustaz kata, cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajarannya. Sebahagian lagi ialah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM sama ada anaknya meminta ampun atau tidak dan begitu juga SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM sama ada isteri meminta ampun atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar terhadap anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindungan-Nya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

fikir-fikirkan.

6 zmn org suka mengomen:

tinta kasturi berkata...

terimakasih cemomoi

demi kebaikan zuriat penerus, panjangan bahan dari emel amat baik untuk dihayati dan diterapkan dalam kehidupan

"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (25:74)

saharul berkata...

betoi dgt la ape yg hok aok tulih tu...

piewahid berkata...

cantik kulit baru blog ni. cantik juga entry ni. kira tepat ngatlah kombinasinya.

Unknown berkata...

Salam Cemomoi. Perkataan taat selalu dianggap serong apabila dikatakan suami juga patut taat kepada isteri. Bukan terus diistilahkan sebagai tunduk atau dayus. Apa yang baik, kita patut taati kerana sebagai manusia, lelaki juga ada kelemahan.Banyak kes suami perlu bimbingan isteri dan suami perlu taat, khususnya dalam Hal ehwal agama. Nampak kita seakan-akan 'double standard' dalam hal ini. Wallahualam.

Sent by BlackBerry.

mazru berkata...

salam weh..

Terima kasih kongsi ilmu..sama ingat mengingati..terbaeeekkk!

terokai seni berkata...

assalamualaikum,

tinta kasturi: moga kita termasuk dalam kalangan imam 9ketua keluarga) yang bertakwa tu.

cekgu jang: doh dapat untuk kita, kita kongsi kebaikan untuk orang rumoh pulok

abgpie: tima kasih... ala sema pinjam orang punya tu

abgbabah: betui tu... kan ke kita ni suami/isteri pakaian (libasun) kepada pasangan masing-masing, kena bertolak ansur le

mazru: yap, terbaekkk untuk sema

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak