Rabu, 30 Disember 2009

hemmm... bagi hedonisme mereka akan menyambutnya secara besar-besar hingga bersepahan sampah sarap bahkan botol arak... bagi yang menentang, mereka mengatakan tahun baru sebagai merayakan hari kelahiran Jesus so apa pekdahnya orang Islam merayakannya. hek eley, kita baru sahaja menyambut Ma'al Hijrah. juga bererti sambutan tahun baru tapi khusus untuk umat Islam bagi memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah ke kota Madinah. kontradiksi pada kedua-dua perayaan yang mempunyai persamaan untuk menyambut tahun baru ini adalah antara kelalaian dan kesyukuran. namun bagi setiap orang yang menyambutnya akan melafazkan azam baru

(terjemahan syair imam syafie ni dipetik daripada buku ibni qayyim al-jauziah)

paling menarik bila baru-baru ini ada seorang penceramah memberitahu audiens supaya kita jangan menyambut Ma'al Hijrah. sebabnya apabila disebut sahaja sambutan sudah tentulah ada majlis makan-makan dan kemudiannya akan habis begitu sahaja. yang perlu kita buat ialah majlis mengambil ikhtibar daripada peristiwa Ma'al Hijrah atau mungkin dengan lebih mudah kita sebut sebagai Penghayatan Ma'al Hijrah

fikir-fikirlah mana yang patut.

7 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Assalamualaikum sheikh. Kalau difikirkan logik juga kata penceramah tu. Kita di Malaysia ni sudah terlalu mewah dengan perayaan dan pelbagai sambutan. Jarang yang mengambil iktibar di sebalik sesuatu perayaan atau sambutan, termasuklah yang melibatkan agama, seperti raya aidilfitri & aidiladha. Hari raya yang mulia dihiasi hiburan yang melalaikan...Wallahualam.

Unknown berkata...

Teman setuju dgn pendapat ustaz tu..dan sesiapa pun yg berpendapat demi kebaikan sambutan Islam..lakukanlah selagi ada kemampuan dan selagi tidak melalaikan..
Bukan senang mahu mendekatkan umat Islam dgn ilmu/fikrah Islam..
Terlalu ramai...
Ada yg sangat sukat menghadiri majlis ilmu..surau2 atau masjid..
tapi tidak bermasalah dgn jemputan sambutan kebesaran Islam..
berilah sekadar kemampuan dan terimalah yg baik tu utk kebaikan bersama..

Nida n' Hanafi berkata...

Salam...

Sekadar perkongsian pengalaman, saya pelik kerana untuk pengetahuan semua sambutan Krismas di NZ disambut sangat sederhana.. hanya beberapa buah rumah sahaja yang pasang lampu lip lap (tak tahu ler pulak nama sebenar lampu tu).

Pukul 10 malam suasana sunyi sepi walaupun pada 25 Disember, tidak banyak banner2 "sale" yang tergantung di kedai2 dan pada 26 dis tu suasana balik seperti sediakala.. kita di Malaysia???? Lebih sudu dari kuah... (yg baik jadikan teladan.. yg buruk jadikan sempadan)

saharul berkata...

org malaysia ni kalau sambut degn hiburan menjadi satu kegeliaan, tapi kalo bab ceramah....hanya org2 tua dan insan yg biasa pegi masjid aje yg ade...tambahan pulak pemimpin2 kita....takut sgt kalo pegi dengar masjid dngr ceramah...

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, kehadiran tahun baru bukan untuk disambut dengan sukaria, tapi hari untuk memetapkan azam untuk memperbaiki apa jua kelemahan kita di tahun lepas. Penghujung tahun pula adalah hari menilai pencapaian kita pada tahun itu untuk diperbaik pada tahun baru.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

salam..
Walau apapun yang kita buat di dunia ini, hendaklah disertakan dengan kesedaran bahawa semua itu adalah sementara dan kepada Allah jugalah tempat kembali. Kita juga seharusnya menerima hakikat bahawa apa dicari dalam kehidupan ialah kebahagiaan, dunia dan akhirat.
Hayati perjuangan Rasulullah S.A.W melalui Ma'al Hijrah..

terokai seni berkata...

kengkawan blogger:

mybabah:- tul le tuh dah naik letih layan raya sepanjang tahun

lanabulu:- tepuk dada tanya iman

nida:- oo cenggitu rupanya ye... kat sini bukan terlebih kuah dah ni, ni dah tahap kuali ni (telinga kuali kabo camana pon bukan dengo, dia buat deeek je)

cekgu jang:- adat idop, nafsu memperlihatkan sesuatu yang jahat dan buruk nampak cantik dan indah aje.. tu yang ramai tergoda

lipihlady:- waa ni orang kerajaan ni, mesti ada skt dan prestasi, sekarang ni sibuk dengan kpi la pulak

shaniza:- besanya dah dekat mati baru sedo kita akan kembali kepada yang empunya alam ni, tu le problemnya

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak