Isnin, 9 November 2009


menjernihkan hati memang sukar.
mengenepikan hak dan kepentingan diri suatu kerja gila. memberikan keutamaan kepada orang lain berbanding anak isteri dan keluarga adalah suatu kerja bodoh. gila dan bodoh itu menjadi label bagi orang yang berhati mulia.
kerja gila dan bodoh inilah yang telah dilakukan oleh kaum ansar terhadap muhajirin yang diikat oleh satu akidah dan satu persaudaraan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w. hasilnya lahirlah ikatan ukhwah yang sangat luar biasa. sebab itulah apabila seorang wanita islam cuba diganggu oleh sekumpulan yahudi maka bangkit seorang pemuda islam menyelamatkannya sehingga beliau syahid mempertahankan maruah islam.

kenapa? kerana jernih hatinya melaksanakan kerja gila dan bodoh tadi. jika perkara sama berlaku di depan mata kita... wallahu a'lam
sangatlah sedih di kalangan kita, malangnya masih bercakaran kerana tidak bersedia melaksanakan kerja gila dan bodoh tadi. hasilnya... buatlah apa yang kamu suka janji jangan ganggu aku punya.
kita selalu bertanya kepada diri, "kenapa kita lemah? kenapa kita tidak menjadi muslim yang hebat sebagaimana muslim pada zaman awal islam dulu?" kita sebenarnya ada jawapan tersebut tetapi kita tidak tahu dari mana patut ia bermula.

Related Posts:

  • Akhlak yang Mulia Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih di anta… Read More
  • keistimewaan Rasulullah SAW Jabir bin Abdullah mengabarkan, bahawa Nabi saw. bersabda: "Aku diberi (Allah swt.) lima perkara yang tidak pernah diberikan-Nya kepada seorang pun sebelumku. Iaitu: 1. Aku dimenangkan dengan perasaan gentar pad… Read More
  • Bertolak-ansur Dalam Hal Jual Beli Daripada Jabir RA bahawasanya Nabi SAW membeli daripadanya seekor unta, lalu Baginda Rasulullah SAW membayar harganya melebihi daripada harga yang ditentukan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) … Read More
  • cintai Rasulullah SAW untuk dekat di Mahsyar Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun se… Read More
  • syafaat Rasulullah SAW Dari Anas r.a. katanya: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila telah terjadi kiamat, aku diberi hak untuk menolong. Lalu aku memohon: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah ke dalam syurga orang yang dalam hatinya ada (iman)… Read More

6 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Kita mengkhatam kitap Imam Ghazali tapi ta dapat mengamalkan sepenuh hati..
Yg jelas kita semua masih terlalu cintakan dunia melebih yg lain terutamanya Ugama dan Akhirat..
Astaqfirullah..
yaAllah ampunkan dosa2 kami..

saharul berkata...

semoga kite tidak bodoh dalam pandai...atau pandai dalam bodoh atau bodoh dalam bodoh...semoga kite jadi pandai antara terpandai....

tinta kasturi berkata...

fuh, dalam ni bang!

Rasanya kalau asshafie yang menulis begini rupa, memang la style sinis minis ni jadi salah satu kaedah dakwah juga.

Alquran juga penuh dengan teguran sinis ni.

salah satu contoh yang saya ingat

" Maka bergembiralah dengan azab pedih..."

**kena belajar-belajar terima teguran sinis!

Nida n' Hanafi berkata...

Salam

...ianya bermula sedari benih.. benih yang baik akan menghasilkan hasil yang baik...

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, sesuatu yang baik harus dimulai dari sekarang, semua orang harus ada kesedaran ini..insyaAllah.

terokai seni berkata...

mulakan dari diri kita la kot... heh... kata bijak bestari, senang diungkap tapi memang payah nak buat...
lanabulu ; hubbud dunya...
cekgu jang ; pergh, manusia 4 kategori tu...
tinta kasturi : petikan syair imam syafei tu tang 'ayo' tu je...
nida ; tul tu, asal benang jadi kain... kalu sutera tentu kain tu bermutu
lipislady ; emmm harap belum terlambat le ye...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,931

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak