Khamis, 5 November 2009

hemmmm... panas tul isu semasa ni yea... tinggalkan dulu

aku memang nakal... tapi bab cekgu aku mesti respek... sebab aku yakin cekgu kena redha bagi ilmu baru bole berkat. satu crita... ada satu ustat yang jadik guru disiplin kami masa form six dulu. dia suka buat spot check kat asrama cari bebudak yang suka mengular, memonteng atau merokok. kerap jugak le ustat ni meronda. kat asrama tu ada satu bilik khas bebudak tingkatan enam saja yang dok situ. tah apa mimpi kengkawan aku, satu hari tu diorang setting gulung bantal dan dipasangnya gebar cantik-cantik macam orang tengah tido mengerekot... kira tido mampuih le tu. pintu bilik tu cam biasa memang tak berkunci cukup le ditutup rapat-rapat.
hari tu seperti biasa ustat pon melaksanakan tugas murninya mencari kaki ponteng. dari kelas kami (form six) ni bule nampak la bilik asrama kami sebab kedudukan bukan le jauh sangat. takat sepelaung aje. jadik bila nengok ustat mula buat spot check... keadaan mula huru-hara dengan beberapa pelajar lari lintang pukang menyelamatkan diri. adegan yang mendebarkan sampai ke kemuncaknya apabila ustat mula memasuki bila form six tadi... kengkawan aku yang dok kelas atas kejang perut menahan ketawa apabila nampak ustat keluo dari bilik tu dengan marah-marah dan membebel. heh! aku tak bule bayangkan bila ustat masuk dalam bilik terus membebel mengejutkan 'budak' yang tengah tido tu tadi. agaknya respon takde, ustat mesti naik hangin punya... argh! korang cuba la try praktis bila kita membebel tapi orang buat dek je.. maunya kena belangkung sekali kot... sudahnya ustat masuk setiap kelas form six dengan marah-marah kerana mempermainkan dia. aku dengar crita insident yang berlaku dalam bilik ni daripada kawan aku yang dok nyorok dalam bilik tu bila tak sempat lari. lawak tul tapi yang pasti aku tak terlibat dalam jenayah juvana tu ye.

Related Posts:

  • muslim memangnya yang terbaek Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. menagih piutangnya. Dan orang itu menagih dengan sikap kasar. Kerana itu timbullah niat para sahabat hendak memukul orang itu. Beliau bersabda, … Read More
  • huduh laa kencing tepi jalan Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Takutilah (jauhilah) dua perbuatan terkutuk." Para sahabat bertanya, "Apakah kedua-duanya itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Orang yang berak di jalan t… Read More
  • tara mana la HEBATnya kita ni maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Abul-Ahwash memberitahukan kepada kami, dari Atha' bin Saib dari ayahnya dari Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Seseorang dari umat sebelum kamu keluar deng… Read More
  • hebatnya peribadi khalifah ar-rasyidin kita Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Bani Israel itu dipimpin (diperintah) oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khali… Read More
  • idop ini apanya Dari Anas r.a., katanya: "Beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya kepada para isteri beliau tentang amal ibadah beliau ketika sedang bersunyi diri. Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berk… Read More

10 zmn org suka mengomen:

Ateh Nour berkata...

Salllam, kesian ustat tu...kala keh jadi ustat tu abis semua pelajar dalam bilik tu keh suruh ketok ketapi seratus kali...

terokai seni berkata...

tu pasal la tak bley jadik ustat cukup le awok jadi stazoh je weiii

abu muaz berkata...

tak dapat bayangkan bila ustaz tu mengoncang-goncang badan palsu tuuuu....ha,ha, haaaaaaaaa.....jahat ya kita semua waktu sekolah dulu mesti ada cerita-cerita menarik.Tapi jahat budak sekarang ni lain pula ya.

terokai seni berkata...

betul la tu, nakal bebudak la ni dahsyat sungguh... ada yg sampai bawak mati

Mybabah berkata...

Salam Cecomoi. Babah masa sekolah dulu nakal macam peles*t, orang kata. Nasib baik tak dihantar ke sekolah Hendry Gurney. Kalau tidak gelap masa depan. Apabila sudah dewasa, sudah matang, menjadi insan yang baik (bukan perasan). Itu sebab Babah selalu berharap, guru-guru atau ibu bapa jika hendak menghukum, buatlah secara yang benar-benar berhikmah. Wallahualam.

saharul berkata...

gitulah gayanya bila pegang tanggungjawab...demi menjadikan pelajar seorang manusia, terpaksalah meluangkan masa buat spotchek..mengkala pakat palor je, rase koi ramai pelajar yg jadi bukan orang kot...hehehe

Mybabah berkata...

Salam Cemomoi. Sebelum ini, saya ada menghantar satu komen dalam entri ini tapi tak keluar. Adakah anda menapisnya?

Nida n' Hanafi berkata...

ketuk ketampi tu ringan lagi hukumannya...klu saya suh bebudak tu 10 round jalan macam ketam kat padang sekolah..bior yg lain tengok..hehe. Pastu sure jalan ngengkang....

Unknown berkata...

Kesian ustaz tu..
tapi kalau jumpa la ni mesti lagi mesra kan,,..?

terokai seni berkata...

mybabah
-: untung jadik budak nakal yag berjaya nak-nak jadik cekgu, bebudak tak bley klentong sbb cekgu lagik 'cekap' menghidu taktik dorang tu. tang entri tu dh cari tapi takde la pulak setakat ni semua dipublishkan.. tak amik ati pon kalu org nak komen... sebab jika berfikiran positif tentu komen tu dpt membantu kita perbaiki kelemahan diri

cekgu jang
-: memang berjiwa pendidik sejati le tu.. sema dianggap sebagai amanah, tanggungjawab dan cabaran yg mematangkan fikiran dan tindakan.. he he he bloger kite ni tau ke menda maksud 'palor' tu. kena khabo kat deme ni

nida
-: saya pnah cuba teknik jurus jalan itik pada bebudak ni dulu masa jadik guru sementara... sudahnya jadik pesta pulak... letih melayan bebudak darjah dua & tiga masa tu

lanabulu
-: harapnya gitu la, moga ustat tak le marah bawak ke mati, ti tak berkat la pulak ilmu dia ajar kat kami dulu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,928

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak