Selasa, 3 November 2009


semenjak dua menjak ni gejolak semakin marak. sedih nengok bangsaku selerak. benar maksud sabda nabi s.a.w "ummatku akhir zaman bagai buih di lautan..." bangsaku ikut teroleng-oleng oleh pukulan ombak. baru reda dengan rasul melayu, kini fahaman wahabi kembali lagi walau satu ketika sekitar tahun 90-an telah muncul.

bangsaku satu tapi bersuku-suku.
berpecah kerana politik : berebut tahta berebut kuasa.
berpecah kerana harta : berdengki dalam niaga berdengki kala sama bekerja.
berpecah kerana agama : sengketa mazhab sengketa tariqat.
belum dikira yang hanyut dalam nafsu dan tenggelam dalam khayal dadah. Anime Myspace Comments
MyNiceSpace.combelum terhitung yang dihumban ke longkang atau terkaparan di dada jalan. belum terkaji remaja skinhead, black metal dan pelbagai ideologi. belum terjumlah yang memilih kerjaya penjenayah. belum diusik kaki judi dan pembelit. belum... belum... segala macam belum yang tak sanggup diluah dan tersangkut di halkum.

melayu tidakkan hilang... pesan pak tua Tuah hulubalang terbilang. kemungkinan yang benar tapi tidak mustahil menjelang

10 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Itulah bila kita tidak memahami system politik secara demokrasi dan berpelembagaan..
Tiada ketelusan dalam melaksanakan amalan demokrasi menjadikan semua memandang secara endah tak endah sahaja kpd perjalanan demokrasi yg sebenarnya..
Yg ber'cemati' ditangan sentiasa melagangkan sewenang2 kuasa yg ada..demi menjamin kesinambungan sekalipun mencarik adat dalam system politik secara demokrasi..
Kegopohan dalam mentadbir..menjadikan keadaan seperti 'retak menanti belah'..

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, Dunia dah sampai kepenghujung hayatnya, macam2lah perkara yang negatif dan pelik2 terjadi...Wallahhualam...

Nida n' Hanafi berkata...

Salam

Harap2 masih belum terlambat untuk betulkan keadaan..

saharul berkata...

dasyat..dasyat bangsaku...melayu takkan hilang di dunia, tpi hanya pd nama je...

Tanpa Nama berkata...

Adakah Wahabi itu sesat, mengapa apabila disebut Wahabi umat kita seolah-olah bergetar imannya, fahamilah bahawa Islam ini pada asalnya satu dan selidikilah mengapa Wahabi itu digelar Wahabi. Bersyukur kita pada hari ini di negara ini masih ada pihak yang ingin membawa kepada pemurnian akidah ummah. Mengapa apabila ada golongan yang cuba mengembalikan kita ke jalan yang benar sering disalah tafsirkan. Di saat kita cuba dikembalikan ke arah Tajdid yang memutihkan wujud pula golongan AlAhbash yang mula menular ke dalam agensi-agensi kerajaan. Wahai peneroka seni terokailah seni perbalahan yang menimpa umat ini dengan mengkaji pemikiran golongan-golongan ini. Adakah kita yang diberikan ilmu ini hanya mampu menafsir berdasarkan cetusan media dan perbualan semasa, Sama ada ahbash atau Wahabi aliran keras kedua-duanya menyimbang daripada aliran ISLAM.... Umat kita perlu dikembalikan kepada ajaran Salafus Soleh yang bersandarkan kepada Nas Al-Quran, hadis yang SAHIH, Adab Sahabat Nabi, Ijma' Ulama' dan Qiyas yang sahih. Marilah sama-sama kita mengkaji perbezaan UMMAH pada hari ini semoga kita dapat memberi manfaat yang berguna kepada generasi di masa depan.

terokai seni berkata...

tanpa naman
-: sama ada sesat ataupun tidak kita lihatlah ijmak ulama ahli sunnah yang kita pegang... yang sedih kita diajar menghormati manusia oleh agama... bertoleransi tanpa kompromi... islam tak pernah memaksa tapi mengapa pula jika orang tak sehaluan kita perlu menggunakan kekerasan sedangkan nabi berdakwah penuh hikmah. yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita akrabkan.. bukan bermusuhan.

terokai seni berkata...

cekgu jang
-: camana la ajar memurid supaya lebih patriotik gamaknya

terokai seni berkata...

nida
-: cuba la bantu bangsa kita supaya lebih ramai saintis dilahirkan

terokai seni berkata...

lipislady
-: pelik bin ajaib hanya kerana dunia semakin tua... pnah tengok org tua yang suka bergaya? begitu le kepelikan dunia

terokai seni berkata...

lanabulu
-: sarat tul dengan mesej demokrasi... kena berguru ni.. tapi saya betul-betul tak berminat dengan dunia politik... cukup le amik tau, ibarat kata ahli falsafah: dlm sebuah stadium tak semua orang bermain bola.. ada tukang sorak dan ada sekadar pemerhati... cukup le saya jadik pemerhati tu la..

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak