emmm... bila ziarah kengkawan punya blog, tengok ...
banyak menda menjadi bualan
ada crita semasa
ada crita keluarga
ada crita bangsa
ada crita sengsara
ada crita ria
ada segala-galanya.
meriahnya dunia dengan seluruh perasaan
gembira kecewa
suka duka
bahagia derita
bersatu dalam jiwa
tak terungkap dengan kata-kata
cukuplah wajah jadi cerminan
senyum
ketawa
murung
menangis
ke manakah sudahnya
segala yang terhimpun ini...
Jumaat, 30 Oktober 2009
Oktober 30, 2009
terokai seni
identiti, seni
11 comments
Related Posts:
tempat bertapa dan bermesra ogos 2017 ogos 2018 bermesra dengan alam bertapa setiap malam … Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 3 waktu kecik-kecik dulu aku memang kaki bertumbuk... kira budak yang slalu buat family susah ati... kekadang sampai jiran pon dok cari sebab blasah anak dia... huuu tu zaman kanak-kanak punya crita. gist dari crita… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 2 13 Disember 2013, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar satu ketika diberi peluang mengenal lebih dekat dengan budaya kita dalam pembuatan seramik, ati bagai digaru.... dah lama tak main tanah liat. … Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 1 duniaku memang cacamerba Allah bagi beberapa kelebihan pada aku tapi aku tidaklah polish sesetengah bakat yang ada.. biarkan ia sekadar suka-suka atau terendam dalam bilik air je... dalam kerjaya camtu juga... bidang yan… Read More
manusia makhluk pelik kau! idop ini suatu perjalanan musafir kalau musafir menuju matlamat kenapa kau kutip segala barang di sepanjang jalan bukankah kelak menjadi muatan batu digalas sementelah tiada beban? idop ini suatu perlu… Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 zmn org suka mengomen:
semuanya dipotong2 halus
ditabur atas mangkuk atau pinggan
disiram kuah kacang..
menjadilah ia rojak kehidupan
disuap
dimakan
dikunyah
ditelan
diasimilasi
menjadilah ia zat2 untuk tubuh berkembang
matang!
Itulah istemewanya ada blog ni....ada tempat nak kite nulis, nok pulak kalau nulis bab yg sensitif lagilah cepat org tahunya...
Koi ikut dan aje ape koi nok tulis....deraslah datang purun ni, boleh koi belanja awok ngeteh....hehehe
Sallam, cemomoi, yee..dunia ini penuh dengan cerita, bermacam cerita...dan pelakun cerita itu adalah kita...
Kenangan lalu menyedarkan kita tentang sejarah silam kita dan masa hadapan kita...
indahnya dunia bermacam warna
bosan dan kusam andai satu warna
kumpulkan semua gembira, suka, duka, bahagia, derita
potongkan halus2,
simbahkan kuah kacang,
merojaklah dia dgn nama khusus..
rojak kehidupan
Makanlah ia,
dikunyah2, diasimilasi,
yg baik diserap menjadi otot,
yg tak baik buangkan sahaja, melalui tinja atau urin,
himpunan itu kelak mematang nafsi
menelusuri lorong sempit kehidupan
**
tetiba rasa macam nak makan rojak pula
kalu dah bercampur-aduk tentulah rojak, dalam rojak pon ada mcm2 rojak mamak, rojak petis, rojak buah dan tah hapa2 rojak lagi. dalam rojak kehidupan, ada ketawa ada nangis... yang peliknya dalam tangis pon ada mcm2 nangis sedih dan nangis gembira... kompleks tul la idop ni ye kasturi
btui2 itu cekgu jang, koi dulu nulih dalam deri je, lpaih tu koi buat dalam biografi udah ada blog ni koi balun le nak cughoh perasaan dan prasan... nunggu koi ke purun lambat le... koi lalu je kat bera bila nok ke tmeloh... tima kasih le atas jemputan ngeteh tu
koi nyinggah ke lipislady tengok gambo kubur... memang pelakon tu kita... tapi sedeynya mcm entri koi selut hayat (ogos09) kebanyakan pelakonnya dah pergi meninggalkan kita
cik lam.. pesan orang 'menyusur akar sejarah membentuk jati diri'. teringat koi kat motto dalam majalah sekolah dulu2 'toleh ke belakang untuk tengok hari depan'
Boleh..buat film nih..
tahniah..
Kenangan mengusik jiwa..
lanabulu... ada gak g kusus editing filem dulu, saja nambah pengetahuan
Catat Ulasan