Jumaat, 30 Oktober 2009

emmm... bila ziarah kengkawan punya blog, tengok ...

banyak menda menjadi bualan
ada crita semasa
ada crita keluarga
ada crita bangsa
ada crita sengsara
ada crita ria
ada segala-galanya.

meriahnya dunia dengan seluruh perasaan
gembira kecewa
suka duka
bahagia derita
bersatu dalam jiwa
tak terungkap dengan kata-kata

cukuplah wajah jadi cerminan
senyum
ketawa
murung
menangis

ke manakah sudahnya
segala yang terhimpun ini...

Related Posts:

  • sunyi buat aku rindu DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada ALLAH SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah. Suatu har… Read More
  • KETAATAN ADALAH TANDA MAKRIFAT SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Perbaikilah hubunganmu dengan Allah. Engkau perlu takut terhadap hukum-hukum-Nya. Kemudian, tunaikanlah hak-hak-Nya. Jika engkau beramal atas dasar hukum-hukum Allah, bererti en… Read More
  • budak cemomoi journey to china baru ada kesempatan nak edit... seblom aku buang sume pic ni, insha Allah t aku tulih detail pengalaman tu … Read More
  • MARI BELAJAR MAKRIFAT SYEIKH Ad-Daqqaq mengatakan:  "Makrifat itu memastikan datangnya ketenteraman pada hati, seperti juga ilmu membawa ketenteraman pada akal. Siapa bertambah nilai makrifatnya, bertambah pulalah rasa tenteram pada hat… Read More
  • DuNiaKu CaCaMerBa 19 dah hampir doplo tahun kerja gomen, aku sokmo brasa nak pencen awal... ada menda yang brasa tak sronok di ati dari sudut tasaufnya... jadik aku buat keputusan insha Allah nak pencen umo 50 nanti... mudah-mudahan Allah ber… Read More

11 zmn org suka mengomen:

tinta kasturi berkata...

semuanya dipotong2 halus
ditabur atas mangkuk atau pinggan
disiram kuah kacang..

menjadilah ia rojak kehidupan

disuap
dimakan
dikunyah
ditelan
diasimilasi

menjadilah ia zat2 untuk tubuh berkembang

matang!

saharul berkata...

Itulah istemewanya ada blog ni....ada tempat nak kite nulis, nok pulak kalau nulis bab yg sensitif lagilah cepat org tahunya...
Koi ikut dan aje ape koi nok tulis....deraslah datang purun ni, boleh koi belanja awok ngeteh....hehehe

Ateh Nour berkata...

Sallam, cemomoi, yee..dunia ini penuh dengan cerita, bermacam cerita...dan pelakun cerita itu adalah kita...

alam berkata...

Kenangan lalu menyedarkan kita tentang sejarah silam kita dan masa hadapan kita...

tinta kasturi berkata...

indahnya dunia bermacam warna
bosan dan kusam andai satu warna

kumpulkan semua gembira, suka, duka, bahagia, derita

potongkan halus2,
simbahkan kuah kacang,
merojaklah dia dgn nama khusus..
rojak kehidupan

Makanlah ia,
dikunyah2, diasimilasi,
yg baik diserap menjadi otot,
yg tak baik buangkan sahaja, melalui tinja atau urin,

himpunan itu kelak mematang nafsi
menelusuri lorong sempit kehidupan

**

tetiba rasa macam nak makan rojak pula

terokai seni berkata...

kalu dah bercampur-aduk tentulah rojak, dalam rojak pon ada mcm2 rojak mamak, rojak petis, rojak buah dan tah hapa2 rojak lagi. dalam rojak kehidupan, ada ketawa ada nangis... yang peliknya dalam tangis pon ada mcm2 nangis sedih dan nangis gembira... kompleks tul la idop ni ye kasturi

terokai seni berkata...

btui2 itu cekgu jang, koi dulu nulih dalam deri je, lpaih tu koi buat dalam biografi udah ada blog ni koi balun le nak cughoh perasaan dan prasan... nunggu koi ke purun lambat le... koi lalu je kat bera bila nok ke tmeloh... tima kasih le atas jemputan ngeteh tu

terokai seni berkata...

koi nyinggah ke lipislady tengok gambo kubur... memang pelakon tu kita... tapi sedeynya mcm entri koi selut hayat (ogos09) kebanyakan pelakonnya dah pergi meninggalkan kita

terokai seni berkata...

cik lam.. pesan orang 'menyusur akar sejarah membentuk jati diri'. teringat koi kat motto dalam majalah sekolah dulu2 'toleh ke belakang untuk tengok hari depan'

Unknown berkata...

Boleh..buat film nih..
tahniah..
Kenangan mengusik jiwa..

terokai seni berkata...

lanabulu... ada gak g kusus editing filem dulu, saja nambah pengetahuan

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,976

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak