Khamis, 29 Oktober 2009

masa belajar kat universiti dulu, kami pernah berpakat dengan beberapa pelajar dari pelbagai jurusan untuk mewujudkan kelab kartunis di UKM. selepas gedebak gedebuk menyediakan paper, akhirnya kami dibenarkan menubuhkan kelab tersebut. nak cari nama kelab pon sikit punya susah... sama susah dengan mencari bilik operasi. kami mohon supaya diberikan sebuah bilik di Pusaneka sebab kebanyakan persatuan mempunyai bilik operasi di situ. tambahan pula di situ menjadi pusat tumpuan pelajar. malangnya kami hanya diberikan sebuah bilik di bangunan DECTAR, paling atas lak tu. punyo la sekso momanjek tanggo... bila pegi mesti sunyi sepi tempat tu. barangkali nak cari ilham untuk orang yang banyak termenung tu sesuai le kot.

Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com
dengan kemudahan yang terhad dan jauh dari pandangan, kelab tu bagaikan mati sebelum dihidupkan. bayangkan le... beberapa kerat dari kami ni bila datang je situ, tengok kosong je bilik. lomah raso somangat... dulu-dulu bukan ada henpon untuk kontek member bley datang ke tak. untuk permulaan, kami kumpulkan setiap koleksi ahli untuk ditampalkan dalam bilik operasi. aku dengan berat hati sumbangkan juga kalu tak silap 2 halaman kartun aku yang setiap satu mempunyai 3 segmen kartun yang berbeza (kira kartun 3 kolum macam zunar slalu buat tu la). aku lak takde le copy kartun tu. satu hari dengan semangat api lilin yang meliuk-liuk, aku naik le ke bilik kelab. tetiba... dengan rasa terkejut beruk bin gorila, aku tengok bilik operasi dah bertaburan bagai dipecah masuk. segala koleksi kartun yang ada di dinding telah ghaib semuanya. aik! aphal? bila berkesempatan jumpa pengerusi kelab... puf! ati rasa setengah masak bila aku dibagitau, bilik tu dah diserahkan kepada kelab lain dan barangkali masa mereka masuk segala harta kepunyaan kitorang abih dilelong tah ke mana... sedey tul aku ngingatkan koleksi aku yang lebur tu. tah camana satu hari tu, aku terbaca kartun sapa lukih dan dalam media mana aku pon dah tak ingat... idea dan cerita yang sama keluo... aik macam idea aku je.. tak tau la kalu kartunis tu bley terfikir menda yang sama kot... tak apa le...

6 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

Cerita tak habih ni cemomoi..
Lagu mana jadi kelab tu lastly..
dan laa ni lagu mana pula masih bergerak atau tamat setelah kome tmat pengajian..?

Nida n' Hanafi berkata...

Salam

Sedihnya membaca entri ni, dapat saya selami hati yang setengah masak tu.... bersabarlah... Bab kartun tu, redakan je ler, Insya Allah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik dan idea mencurah2.

Dulu saya merupakan ahli Kelab Teater Rimba, dan kami punya bilik pun di tingkat atas Dectar..bila naik tangga tu rasa seram jer.. cuma nasib baik saya ada motor, so rajin ler menyinggah kat situ... (tahun 3 berhenti...fokus tesis).

p/s: Cik Cemomoi di UKM tahun bila ek? dan fakulti serta kamsis mana (banyak tanya lak saya ni :-) )

saharul berkata...

mengkala dah ade bakat terpndam tu...bolehlah lukis komik kat blog awok...buat cerite merapu sikit...koi gerenti pasti ramai jadi folowernya....dengan koi sekali ikut...hehehe

abu muaz berkata...

Salam perkenalan .

terokai seni berkata...

- buat lana bulu : kelab tu dah gelap... abih blajo bawa haluan masing-masing... macam entri sebelum ni saya mlukih sekadar suka-suka dan simpan untuk koleksi je

- buat nida : dah lebih 10 tahun tinggalkan ukm... yang lain takleh bagitau lagik. ada entri saya bwh 'diari hidop" tentang mural di kamsis dato' onn pon dah hilang la ni

- buat cekgu jang : koleksi banyak .. tang kartun tu blum fikir utk expose, layan je la dulu mana yg ada

tima kasih atas sokongan

terokai seni berkata...

ahlan wa sahlan abu muaz... salam bersambut ucapan tima kasih

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak