Selasa, 27 Oktober 2009

mace anjing buruk telingo... oghe klate dok kecek

hampir setahun setengah berada di negeri klate, ada beberapa perkara baru yang aku blajar dan barangkali ble le dikongsikan bersama bagi sesapa yang nak kena transfer ke sana cam aku ni. pertamanya tentang 'semayang hajat'. dalam pengertian biasa kita buat solat hajat untuk memohon sesuatu dari Allah. tapi pengertian di sini ialah 'kenduri kesyukuran'. bila aku cuba blajar berbahasa klate aku guna 'bekwah' rupanya 'bekwah' itu ialah 'kenduri kahwin'. dalam keadaan biasa, kita gunakan kenduri sebagai acara jamuan makan le ni cam kenduri kesyukuran atau kenduri kawin. so perhatikanlah perbezaan bekwah, solat hajat dan kenduri itu sendiri dalam konteks oghe klate.

seperkara tentang kenduri kawin diorang ni yang menarik perhatian aku ialah penggunaan kad jemputan kahwin. korang tengok betul-betul sebelum nak pegi 'bekwah' ni. kalu kad tu tertulih 'walimatul urus', retinya itu ialah jemputan kenduri kahwin di pihak perempuan. so kalu nak datang siap sedia la dengan 'salam kaut'. tapi kalu dia tulih 'kenduri kesyukuran' atau 'majlis menyambut menantu', haa korang sediakanlah hadiah yang bereben-reben tu dan biasanya orang tak le buat 'salam kaut' dah. tang hadiah pon satu crita gak. kalu datang sorang takpe la tangan kosong, kalu datang dengan oghe pue (bukan oghe ghumah ye... bahasa standard org rumah tu ialah isteri, di kelate oghe rumah merujuk kepada si suami) kena le bawa hadiah tu tadi... sesak napas jugak aku nak memahamkan adat baru yang berlaku di negeri cik siti wan kembang ni. aku tak tau la sapa yang mula-mula mencetuskan fenomena budaya baru ni. so kalu ada penggiat budaya negeri klate ni keno lah buak kajie sikit tentang tranformasi budaya yang agak 'unik' ni...

kalu ada oghe klate hok dok baco kawe tulih ni silap, mintok maaf dan tulung perbetulkan le

4 orang adijauhari:

LanaBulu berkata...

Berkenal adat resam tu elok laahh..
tapi jange dok kenal lebih denge mek kelante udah lee..hee
Selamat merantau..

cemomoi berkata...

stakat ni dah slamat.. oghe ghoyak kalu gie klate keno skmk (nama sebuah syarikat bas ekspres) retinya 'sampai klate mesti kawin'. tapi nampaknya tak menjadik... pasal dah balik smula ke dari perantauan cuma pesan kat org yg nak g sana la pulak jange lupo mek hari-hari dok pangge abe, abe... hok tu dok jadik skmk tu

NaiLuL AwtHaR berkata...

hehehe....x pa kat na pun kita kan 1 malaysia..tapi yg penting kedah sejahtera.

cemomoi berkata...

betoi dah tu... awat kedah la ni apa crita... dah lama tak pie tak tau crita dok dengaq pepa hingag ja harap sejahtera la nuh

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong