Selasa, 23 April 2019


SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani pernah ditanya oleh seseorang mengenai fikiran-fikiran yang muncul di benak (khawâthir), lalu beliau menjelaskan:

“Bagaimana menjelaskan kepadamu apa itu khawâthir? Khawâthir itu datang daripada syaitan, dorongan alamiah (thabʽ), nafsu (hawâ) dan dunia ini. Kepentingan atau kepedulianmu (hamm) adalah apa saja yang paling penting menurutmu. Jenis fikiran-fikiranmu akan sejalan dengan kepentinganmu yang sedang aktif. Sebuah lintasan fikiran (khâthir) yang diilhami oleh Tuhan Yang Maha Benar hanya datang ke hati, bebas daripada apa pun selain Dia. Sebagaimana telah difirmankan-Nya,
“Aku berlindung kepada Allah daripada menahan siapa pun kecuali Dia yang padanya kami temukan harta kami."
- (QS Yûsuf (12) : 39).


Jika Allah dan ingatan kepada-Nya (dzikr) hadir dalam dirimu, maka harimu pasti akan dipenuhi dengan kedekatan-Nya, dan fikiran-fikiran yang disarankan oleh syaitan, nafsu dan dunia ini semuanya akan menjauhimu. Ada semacam fikiran yang datang dari dunia ini dan macam lain yang datang dari akhirat. Ada fikiran yang datang daripada para malaikat, fikiran yang datang daripada diri rendah (nafs) dan fikiran yang datang daripada hati. Juga ada fikiran yang datang daripada Tuhan Yang Maha Benar.
Oleh kerana itu, adalah perlu bagimu, wahai orang yang benar (shâdiq), untuk membuang semua fikiran lain dan hanya mengandalkan kepada fikiran Tuhan Yang Maha Benar. Jika engkau menolak fikiran daripada diri rendah, fikiran nafsu, fikiran syaitan dan fikiran dunia, maka fikiran akhirat akan datang kepadamu. Kemudian kamu akan menerima fikiran malaikat, dan akhirnya fikiran Tuhan. Ini adalah tahap yang terakhir.

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Jala Al-Khathir.


0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak