Jumaat, 26 April 2019

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
UJUB lain dgn RIAK
Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada. Contoh:
Kita solat tahajud diam², takda siapa tahu, dan kita tak cerita orang, dengan harapan tiada riak, sebab kerana Allah. Tetapi, dalam hati berkata²,
"Hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajud, orang lain tidurrr je..." Itulah ujub, walaupun org lain tak tahu, dan tidak riak...

Penyakit UJUB ni antara penyakit hati yg paling tersembunyi.
Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.
• Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan:
" UJUB adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat."
Muthrif rahimahullah telah berkata:
“ *Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik daripada aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”*
Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah setelah selesai menjadi imam, beliau berkata:
“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat daripada orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah daripada Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

*Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:*
" Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
- *(HR Bukhari dan Muslim).*

" Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu KEDEKUT yang ditaati, HAWA NAFSU yang diikuti dan UJUB (rasa kagum dengan diri sendiri).”
- (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi).

Imam Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit UJUB. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya."
- (Syarh Arba’in).

Hanya tanpa sifat Ujub, barulah ikhlas 100%. Sifat ujub boleh dikurangkan dengan:
1. Byk² istighfar memohon ampun kepada ALLAH, setiap kali terdetik kehebatan diri.
2. Mengganggap semuanya daripada ALLAH jua, dan
3. Berdoa mohon bantuan ALLAH.
Mari kita sama2 muhasabah diri, dan cuba yg terbaik. Semoga ALLAH bantu kita mengikis penyakit Ujub, insya-Allah.
SEMOGA penulis & seluruh pembaca dijauhkn daripada sifat UJUB ini..
Aaminn..




0 orang adijauhari:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

MaKaSeH JeNgUk

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

lukisan simple semua orang ble buat sendiri