kita kena belajo dengan mereka yang betui2 mengkaji kitab suci kita nih!
Rabu, 26 Jun 2019
Jun 26, 2019
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
Yang pertama menjawab:
"Ya tuan, jawapannya 5."
"Ya tuan, jawapannya 5."
Yang kedua menjawab:
"Ya tuan, jawapannya 5 jika kita tambah 1."
"Ya tuan, jawapannya 5 jika kita tambah 1."
Yang ketiga berkata:
"Tidak tuan, ia adalah kesilapan. Jawapan yang sebenarnya adalah 4."
"Tidak tuan, ia adalah kesilapan. Jawapan yang sebenarnya adalah 4."
Keesokan harinya, kakitangan-kakitangan di tempat kerja itu tidak menemui rakan mereka yang ketiga. Setelah diselidiki mereka mendapat tahu bahawa dia telah diberhentikan kerja! Timbalan Pengarah berasa hairan, lalu bertanya kepada Pengarah, "Tuan, mengapa tuan berhentikan pekerja yang ketiga?"
Jawab Pengarah: "Pekerja yang pertama adalah pembohong dan dia sendiri tahu dia adalah pembohong. (Jenis ini kita perlukan!)
"Dan yang kedua adalah bijak dan dia tahu bahawa dia bijak. (Jenis ini juga diperlukan)!"
"Yang ketiga adalah seorang yang bercakap benar dan dia tahu bahawa dia bercakap benar. (Jenis ini meletihkan dan sukar untuk berurusan dengannya)!"
Lalu dia bertanya kepada Timbalan Pengarah: "Sekarang kamu jawab, adakah 2 + 2 = 5?"
Jawab Timbalan: "Saya dengar kata-kata tuan, tetapi saya gagal tafsirkan. Siapalah saya untuk menafsir kata-kata orang bijak seperti tuan?!"
Kata Pengarah: "Ini pula jenis munafik. (Dan jenis ini paling disukai)!"
Kebenaran dan realiti yang pedih, Inilah akhir zaman.
Sabda Rasulullah SAW, (semoga Allah memberkati baginda dan keluarga baginda)
"Akan datang masanya apabila akan dibenarkan kata-kata pendusta,
Dan didustakan yang benar,
Dan diberi amanah kepada pengkhianat,
Dan dianggap khianat orang-orang yang amanah,
Dan berkata-kata para Ruwaibidhah."
Dan didustakan yang benar,
Dan diberi amanah kepada pengkhianat,
Dan dianggap khianat orang-orang yang amanah,
Dan berkata-kata para Ruwaibidhah."
Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah Ruwaibidhah?"
Jawab baginda: "Si bodoh yang bercakap mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada orang ramai."
Dan Allah sahajalah tempat mengadu.
Realiti yang kita hidup di dunia yang fana ini....
Realiti yang kita hidup di dunia yang fana ini....
Jun 26, 2019
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
"KELUARKAN sifat-sifat kemanusiaan yang bertentangan dengan kehambaanmu agar kau mudah menyambut panggilan Allah dan dekat dengan-Nya.
-- Syeikh Ibnu Atha'illah.
Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi maksud daripada hikmah ini adalah bahawa kita harus keluarkan sifat-sifat kemanusiaan yang tercela dari dalam hati kita dengan riyadhah dan mujahadah. Seperti sifat riya, iri, dengki, hasad, ujub, sombong, gila harta, gila hormat dan kedudukan.
Jauhkan dirimu daripada sifat-sifat yang bertentangan dengan jangkaanmu sendiri sebagai hamba agar engkau mudah menjawab seruan Al-Haq. Ketika engkau berhasil mengeluarkan sifat sifat burukmu, lalu menyisakan sifat-sifat baik, tawadhu, khusyuk di hadapan-Nya, mengagungkan-Nya, menjaga hukum-hukum-Nya, takut kepada-Nya, ikhlas dalam menyembah-Nya, maka di saat datang seruan padamu "Wahai hambaku," maka engkau pun akan menjawab "Aku datang kepada-Mu, Tuhan."
Engkau pun akan tulus dan ikhlas menjawab seruan sifat-sifat yang bertentangan itu telah hilang. Kau pun akan dekat dengan-Nya sehingga Dia akan menjagamu daripada dosa (mahfuzh) dan memudahkan segala amalmu yang kelak akan kau nikmati hasilnya.
Ada perbezaan makna antara Mahfuzh (terjaga) daripada dosa dengan lafal Ma'shum (terlindungi daripada dosa). Mahfuzh itu diberikan Allah kepada para wali, sedangkan Ma'shum hanya diberikan kepada Rasul-Nya. Bezanya adalah Ma'shum sama sekali tidak pernah menyentuh dosa, sedangkan Mahfuzh terkadang melakukan kesalahan dan kekeliruan, tapi tidak selamanya demikian. Saat keliru, seseorang yang telah Mahfuzh akan langsung bertaubat.
Ketahuilah bahawa di mata ahli thariqah, menjauhi sifat buruk dan memiliki sifat mulia merupakan hakikat dan tujuan daripada suluk. Hal itu tidak akan boleh diraih kecuali orang itu diberi taufik dan bimbingan Allah untuk mengenali dirinya sendiri dan mengetahui sifat sifat buruknya. Sebab, siapa yang mudah mengenali dirinya dan sifat buruknya, ia akan waspada dan berusaha menghindari sifat sifat itu.-- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam, syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
Jun 26, 2019
terokai seni
iman, ingatan mesra
No comments
DALAM kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Imam Al-Ghazali menuturkan bahawa Abu Sulaiman berkata, “Siapa saja yang hari ini sibuk dengan dirinya sendiri, maka besok dia juga akan sibuk dengan dirinya sendiri. Siapa saja yang hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka besok dia akan sibuk dengan Tuhannya.”
Sofyan Ats-Tsauri suatu ketika bertanya kepada Rabi’ah Al-Adhawiyah, “Apa hakikat imanmu?” Lalu dia menjawab, “Aku tidak menyembah-Nya kerana takut neraka atau berharap syurga . Aku tidak seperti buruh yang jahat — jika dibayar bahagia, jika tak dibayar bersedih — Aku menyembah-Nya semata-mata kerana cinta dan rindu kepada-Nya.”
-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha.
Selasa, 25 Jun 2019
Jun 25, 2019
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
MENURUT Imam Al-Ghazali, mengenal diri adalah kunci utama untuk mengenal ALLAH. "Man 'arafa nafsahu 'arafa rabbahu' (Siapa mengenal dirinya, maka telah mengenal Rabbnya).
Imam Al-Ghazali mengatakan:
"Sungguh, tak ada yang lebih dekat kepadamu kecuali dirimu sendiri. Jika kau tidak mengetahui dirimu sendiri, bagaimana dapat mengetahui yang lain. Pengetahuanmu tentang diri sendiri, daripada sisi lahir seperti bentuk muka, badan, anggota tubuh, dan lainnya sama sekali tak menghantarmu mengenal Rabb. Begitu juga pengetahuanmu tentang karakter fisikal, seperti pengetahuanmu; jika kau lapar, kau makan, jika sedih kau menangis, dan jika kau marah kau menyerang. Itu bukanlah kunci mengenal Rabb. Sebab, bagaimana boleh kau mencapai kemajuan dalam perjalanan batin jika kau mengandaikan naluri haiwani seperti itu?

Jadi, pengetahuan yang benar tentang diri meliputi hal berikut ini:Siapa aku dan dari mana aku.datang? Ke mana aku pergi, apa tujuan kedatangan dan persinggahanku di dunia ini? Di manakah kebahagiaan sejati dapat kutemukan?
Ketahuilah, ada tiga ( 3 ) sifat yang bersemayam dalam dirimu: sifat haiwan, sifat syaitan dan sifat malaikat. Kau harus temukan, mana di antara ketiganya kebetulan dan mana yang penting? Tanpa mengungkap rahsia ini tak akan kau temukan kebahagiaan sejati!
Langkah pertama mengenal diri adalah menyedari bahawa dirimu terdiri atas bentuk luar yang disebut jasad, dan wujud dalam yang disebut kalbu atau roh. Kalbu yang dimaksudkan bukanlah segumpal daging yang terletak di dada kiri, melainkan tuan yang mengendalikan semua fakulti lainnya dalam diri, serta mempergunakannya sebagai alat dan pelayannya.
Pada hakikatnya, ia bukan sesuatu yang inderawi, melainkan sesuatu yang ghaib. Ia muncul ke dunia ini sebagai pelancong dari negeri asing untuk berdagang, dan kelak akan kembali ke negeri asalnya. Pengetahuan tentang wujud dan sifat-sifatnya inilah yang menjadi kunci mengenal ALLAH.
Mengenai hakikat kalbu atau roh dapat diperolehi seseorang dengan menutup matanya dan melupakan segala sesuatu di sekitarnya selain dirinya sendiri. Dengan begitu ia akan mengetahui keterbatasan sifat dirinya itu."

-- Imam Al-Ghazali, Kimiya As-Sa'adah.
Jun 25, 2019
terokai seni
ingatan mesra, kiamat
No comments
Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya. Di tengah perbincangan dengan para sahabat, tiba-tiba Rasulullah SAW tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya.
Umar r.a. yang berada di situ, bertanya : "Apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah ?"
Rasulullah SAW menjawab : "Aku di beritahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala di hadapan Allah SWT. Salah seorang mengadu kepada Allah sambil berkata : ‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku'.
Allah SWT berfirman : "Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun ?"
Orang itu berkata : "Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya".

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca. Rasulullah SAW tidak mampu menahan tetesan airmatanya. Beliau menangis. Lalu, beliau Rasulullah berkata : "Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya".
Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya. Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi : "Sekarang angkat kepalamu". Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata : "Ya Rabb, aku melihat di depanku ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas perak bertatahkan intan berlian. Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb ? Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb ? Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb ?"
Allah SWT berfirman : "Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya".
Orang itu berkata : "Siapakah yang mampu membayar harganya, ya Rabb ?"
Allah berfirman : *"Engkau pun mampu membayar harganya".*
Orang itu terheran-heran, sambil berkata : "Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb ?"
Allah berfirman : *"Caranya, engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku".*
Orang itu berkata : "Ya Rabb, kini aku memaafkannya".
Allah berfirman : "Kalau begitu, gandeng tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu".
Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah Saw. berkata : "Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan. Sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin".*

(Kisah di atas terdapat dalam hadits yang di riwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih).
Saudara dan sahabatku tercinta, Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah *meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan. "Maafkan diriku ya saudara dan sahabatku tersayang sekiranya pernah menyakitimu dalam perkataan dan perbuatan. Semoga kita bersama-sama masuk syurga nya Allah SWT".
Salam persaudaraan dan persahabatan.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن.....
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن.....
Jun 25, 2019
terokai seni
tasawuf, zikir
No comments
ALLAH SWT mengabadikan doa Nabi Yunus ini dalam Al-Qur'an sebagai pelajaran bagi kita. Allah mengabulkan doa Nabi Yunus saat ditimpa musibah dan kesulitan hidup yang paling dahsyat.
“Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: “Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin.”
(Ertinya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau (ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat zalim/aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya.”
- (H.R. At-Tirmidzi).
Allah berfirman,
"Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya
daripada kedukaan, dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”
- (Q.S. Al-Anbiya’ [21]: 87-88).
"Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannyadaripada kedukaan, dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”
- (Q.S. Al-Anbiya’ [21]: 87-88).
Rasululah SAW pun menyebut betapa mustajabnya doa Nabi Yunus ini dalam mengatasi berbagai kesulitan hidup. Baginda bersabda:
دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
“Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: “Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin.”
(Ertinya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau (ya Allah), Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat zalim/aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya.”
- (H.R. At-Tirmidzi).
Langgan:
Catatan (Atom)