Rabu, 26 Jun 2019

SEORANG pengarah bertanya kepada tiga kakitangan di tempat kerja, "Bukankah 2 + 2 = 5?"
Yang pertama menjawab:
"Ya tuan, jawapannya 5."
Yang kedua menjawab:
"Ya tuan, jawapannya 5 jika kita tambah 1."
Yang ketiga berkata:
"Tidak tuan, ia adalah kesilapan. Jawapan yang sebenarnya adalah 4."

Keesokan harinya, kakitangan-kakitangan di tempat kerja itu tidak menemui rakan mereka yang ketiga. Setelah diselidiki mereka mendapat tahu bahawa dia telah diberhentikan kerja! Timbalan Pengarah berasa hairan, lalu bertanya kepada Pengarah, "Tuan, mengapa tuan berhentikan pekerja yang ketiga?"

Jawab Pengarah: "Pekerja yang pertama adalah pembohong dan dia sendiri tahu dia adalah pembohong. (Jenis ini kita perlukan!)
"Dan yang kedua adalah bijak dan dia tahu bahawa dia bijak. (Jenis ini juga diperlukan)!"
"Yang ketiga adalah seorang yang bercakap benar dan dia tahu bahawa dia bercakap benar. (Jenis ini meletihkan dan sukar untuk berurusan dengannya)!"

Lalu dia bertanya kepada Timbalan Pengarah: "Sekarang kamu jawab, adakah 2 + 2 = 5?"
Jawab Timbalan: "Saya dengar kata-kata tuan, tetapi saya gagal tafsirkan. Siapalah saya untuk menafsir kata-kata orang bijak seperti tuan?!"

Kata Pengarah: "Ini pula jenis munafik. (Dan jenis ini paling disukai)!"

Kebenaran dan realiti yang pedih, Inilah akhir zaman. 

Sabda Rasulullah SAW, (semoga Allah memberkati baginda dan keluarga baginda)
"Akan datang masanya apabila akan dibenarkan kata-kata pendusta,
Dan didustakan yang benar,
Dan diberi amanah kepada pengkhianat,
Dan dianggap khianat orang-orang yang amanah,
Dan berkata-kata para Ruwaibidhah."
Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah Ruwaibidhah?"
Jawab baginda: "Si bodoh yang bercakap mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada orang ramai."

Dan Allah sahajalah tempat mengadu.
Realiti yang kita hidup di dunia yang fana ini....

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak