![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj47igYyJtfm3b3zNbmOTm-s-Ya_Fdu09lBJBFgqoAhg008WiFNb63sgbnPNVrhaFdLsr2PMG8IPEtDHSggneJgp_YQxoEgw2Hojr4hA496Jnfera9H-66CCtlZQ1KXCLZZWRymntARua0/s320/20180526_103422.jpg)
Menurut Syeikh Abdul Qadir, pertama adalah dengan terbukanya keagungan dan kebesaran tersebut akan melahirkan rasa takut, tidak tenang, gelisah, dan cemas, serta akan melahirkan kekalahan terbesar dalam hati dengan perilaku yang nampak daripada anggota tubuh. Sebagaimana diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, bahawasanya terdengar dari dada beliau suara berdesis seperti mendesis dan bergolaknya air mendidih dalam cerek. Ini terjadi ketika baginda sedang mengerjakan solat, kerana baginda merasa sangat takut (khauf). Hal itu terjadi kerana baginda melihat keagungan Allah SWT dan terbukanya kebesaran-Nya kepada baginda. Peristiwa yang semisal pun-menurut Syeikh --- terjadi seperti yang berlaku pada Nabi Ibrahim a.s. dan Sayyidina Umar bin Khathab r.a..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiClf2sKEgwm5CTqZzNSGmDaivx0Qgxq1TIth2nJWfZyDDHz-fZUwnQevZkiCjeCSHd4ulgdViC-LZh_5gDPWSrf2PN1KSRhCpCwBwpoB1v51bVyNCYWlr5MYnhRfjyrxfBsujkZrLviWI/s320/20180526_103557.jpg)
Tentu saja, semua itu adalah hal-hal yang hanya diketahui oleh Allah SWT, dan pena-pena akan kering kerana tidak mampu menulis bahagian-bahagian mereka sepanjang masa, sebagai bentuk anugerah dan kasih sayang daripada Allah SWT. Serta sebagai bentuk ketetapan Allah SWT kepada mereka di dunia ini sampai datangnya ajal, yaitu waktu kematian yang telah ditentukan.
Tujuannya agar tidak tersia-sia kecintaan yang disebabkan besarnya kerinduan kepada Allah dan pada akhirnya hanya akan menyia-nyiakan keteguhan perasaan mereka kepada Allah SWT. Hal itu juga akan menyebabkan mereka menjadi binasa dan lemah untuk melaksanakan ibadah sampai mereka didatangi kematian.
Allah SWT memperlakukan seperti itu kepada mereka kerana bentuk kelembutan daripada Allah, kasih sayang, dan ubat bagi mereka. Selain itu, juga untuk mendidik hati mereka dan tempat berpijak bagi mereka. Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, Maha Lembut kepada mereka, Maha Belas Kasih dan Maha Kasih Sayang kepada mereka semua.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahwasanya baginda SAW pernah berkata kepada Bilal, “Wahai Bilal, berikan istirahat kepada kita dengan iqamah, supaya kita semua dapat melakukan solat.”
Baginda mengucapkan itu kerana terbuka penyaksiannya (musyahadah) pada keadaan yang telah disebutkan sebelumnya. Kerana itu pula, baginda SAW bersabda, “Telah dijadikan penyejuk mataku dalam solat.”
--- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Futuhul-Ghayb.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan