Isnin, 10 Februari 2020

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Wahai engkau yang mengabdi dengan tulus kepada Tuhan, tanpa melakukan kemusyrikan terhadap-Nya, engkau harus mendekati pintu Tuhanmu dan mengambil posisimu di sebelah-Nya.

Engkau tidak boleh mecuba lari manakala datang nasib yang malang. Apabila engkau telah mengambil posisimu di pintu-Nya, dan malapetaka mengancam untuk menyusulmu dari belakangmu, engkau harus berpegang kuat-kuat pada pintu itu, sebab dengan demikian malapetaka itu akan terusir daripadamu oleh kekukuhan tauhidmu dan sifat benarmu yang menggetarkan.

Kerana itu, manakala nasib malang mengancam akan menyusulmu, engkau harus mempraktikkan kesabaran dan ketabahan, sambil membaca firman-Nya: “Dan Allah mengukuhkan mereka yang beriman dengan ucapan yang kukuh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
- (QS Ibrâhîm (14) : 27).

“Maka Allah akan memelihara kamu dari neraka. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
- (QS Al-Baqarah (2):137).

Engkau juga harus sering mengucapkan kata-kata (Nabi Saw.):

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung (lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâhil ‘aliyyil ‘azhîm).”

Engkau harus sering memohon ampun (istighfâr), mensucikan (tasbîh) Tuhan, dan mengingati-Nya dengan ketulusan yang jujur (shidq). Jika engkau melakukan ini semua, engkau akan aman daripada tentera bencana dan bala tentera diri rendah (nufûs), hawa nafsu (hawâ) dan syaitan.

Betapa sering aku berusaha membuatmu menyedari, tetapi tetap saja engkau tidak memahami masalahnya.

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka sungguh dia adalah orang yang terbimbing lurus."
- (QS Al-A‛râf (7) :178).
“Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka sungguh tidak ada pemandu baginya."
- (QS Al-A‛râf (7):186)
“Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada orang yang akan dapat menyesatkannya.
- (QS Al-Zumar (39) : 37).

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Jala Al-Khathir.

Related Posts:

  • eelok denda diri sendiri klau tinggalkan jumaat Dari Samurah bin Jundab katanya: "Telah bersabda rasulullah saw: "Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur, maka bersedekahlah dengan satu dinar atau dengan setengah dinar bagi yang tidak mampu." Hadis Suna… Read More
  • adab bertemu Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw. beliau bersabda: "Orang yang lebih muda mengucapkan salam kepada orang yang lebih tua. Orang yang lalu mengucapkan salam kepada orang yang duduk. Orang yang jumlahnya lebih sedikit… Read More
  • sederhana dalam kehidupan Dari 'Amr ibnu Syu'aib dari ayahnya dari datuknya r.a, berkata Rasulullah saw bersabda: "Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak sombong." Hadis Sunan An-Nasai Jil… Read More
  • berlapang dadalah... Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Janganlah kamu memaki orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan (semasa hidupnya)." Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis No… Read More
  • sunnah dalam kehidupan Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. berkata: "Aturan hidup yang wajar itu ada lima: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis dan mencabut bulu ketiak." Hadis Sahih Bukhari Jilid … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,308

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak