Sabtu, 25 Januari 2020

MENURUT Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, beliau mengatakan:

"Sungguh, engkau dianggap sebagai orang yang celaka jika tidak merasa malu kepada Allah Subhanahu wataala, jika engkau menjadikan dinar sebagai tuhanmu dan menjadikan dirham sebagai tujuanmu, sedangkan engkau melupakan-Nya sama sekali! Sungguh, takdirmu telah dekat!

Maka, jadikanlah kedai-kedai yang kau miliki dan semua harta benda untuk keluargamu adalah semata-mata kerana perintah syariat, namun hatimu harus tetap kukuh bertawakal kepada Allah.

Carilah rezekimu dan rezeki keluargamu hanya daripada Allah SWT, bukan daripada harta benda dan perniagaanmu. Dengan demikian rezekimu akan mengalir, begitu pula rezeki keluargamu. Kemudian, Allah juga akan memberimu kurnia, kedekatan dan kelembutan-Nya dalam kalbumu. Dia akan mencukupi keperluan keluargamu dan keperluanmu melalui dirimu sendiri!

Allah juga akan mencukupi keluargamu dengan apa yang Dia kehendaki dan sebagaimana yang Dia kehendaki. Akan dikatakan kepada kalbumu, Ini adalah untukmu dan keluargamu! Namun, bagaimana mungkin engkau boleh menerima perkataan seperti itu jika seumur hidupmu bersikap musyrik?

Engkau tidak pernah merasa kenyang dengan dunia dan terus menerus mengumpulkan harta. Allah SWT menutup pintu kalbumu dan segala sesuatu tak akan boleh masuk ke dalamnya. Dia hanya menurunkan peringatan dalam kalbumu. Maka, bertaubatlah daripada amal-amal burukmu dengan sebenar2 taubat.

Hendaknya engkau menyesali rosaknya perjalanan hidupmu dan akhlakmu yang buruk, dan hendaklah engkau menangisi setiap perkara yang telah terjadi pada dirimu.

Lalu, bantulah orang-orang fakir dengan hartamu dan janganlah bersikap bakhil, sebab tak lama lagi engkau akan berpisah dengan hartamu. Ketahuilah, seorang Mukmin yang meyakini adanya pergantian di dunia dan akhirat, tentu dia tidak akan berlaku kikir/bakhil di dunia ini!"

 -- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman.

Related Posts:

  • part 1: yang warak pon bule kantoipenat balik dari kursus hampir 3 hari ni, saja la nak kongsi crita orang yang dapat dari emel ni... maklum la tinggalkan orang rumah time cuti hujung minggu... uuu Assalamualaikum, (minta admin padam nama saya sebelum releas… Read More
  • berbuka sampai ke sahur ke?jangan beli banyak sangat, kang sahur pon dok makan lagi hak yang dibeli untuk berbuka dah tiga hari posa erk? maknanya tiga ari ni aku blom lagi ziarah pasar remdhan... memang malas pon masuk tempat yang sessak gitu, jadik … Read More
  • ada aku kesah.. kalu bole nak pencen kalu tade kerja, aku akan tanam bunga kat rumah.. ala bukan susah sangat, cucuk aje.. tak idop cari bunga lain pulak... kalu susah sangat beli aje.. tapi pengajaran yang aku dapat: satu apek tu bagitau aku tentang cara jaga … Read More
  • part akhir: yang dah parak jangan terus haprak Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin (jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu k… Read More
  • jaaangan tido lagiiiiramadhan terakhir? lepas sahur malam jemaat, sambil amik port nak landing aku bagitau orang rumah, "tadi abang mimpi..." "mimpi apa?" "nenek rindu kat abang... dia nak jumpa abang!" dalam mimpi tu, kununnya aku ikut satu … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,983

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak