Rabu, 29 Januari 2020

"اذا اردت ان يفتح لك باب الرجاء فاشهد ما منه اليك فاذا اردت ان يفتح لك باب الخوف فاشهد ما منك اليه."
"JIKA kau ingin dibukakan pintu harapan, lihatlah kurnia-Nya kepadamu. Tapi, jika kau ingin dibukakan pintu takut, lihatlah amal yang kau persembahkan untuk-Nya."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Jika kau ingin Allah membukakan pintu harapan (raja') untukmu, maka rasakanlah dalam dirimu kehadiran nikmat-Nya kepadamu, baik yang berupa manfaat maupun perlindungan-Nya daripada bahaya sejak engkau masih dalam perut ibumu sampai waktu kau hidup sekarang ini.

Jika kau merasakan hal itu, maka kau akan dihiasi harapan besar dan tak pernah putus asa daripada Rahmat-Nya, walaupun saat kau terjerumus ke lembah dosa sekalipun.

Jika kau sudah dikurniai rasa harapan dan kau takut hal itu akan membuatmu melanggar perintah Allah kau akan merasa ingin dibukakan pintu takut (khauf) kepada-Nya agar boleh menjagamu daripada yang kau takutkan.

Oleh kerana itu sedarilah apa yang sudah kau berikan kepada-Nya, baik berupa kesalahan, pelanggaran, maksiat, mahupun kekurangan-kekurangan di hadapan-Nya. Jika kau merasakan hal itu, maka kau akan dikuasai rasa takut kepada-Nya sehingga kau pun akan berhenti melanggar perintah.

Harap dan takut merupakan dua kondisi yang timbul daripada dua (2) kesedaran di atas; kesedaran atas nikmat Allah dan kesedaran atas amal perbuatan yang kau persembahkan kepada-Nya!



-- Syeikh Ibnu Atha'illah Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • tido pon dah mula lenarasa selera tido bertambah semenjak piala dunia tamat... takde le asyik nak tersengguk-sengguk tido, maklum le takut terlepas siaran langsung... sesekali ada juga terkejut tengah malam, bila buka tv... "eh! takde bola ke mala… Read More
  • amacam? betul ke pindah?dah brapa hari ma'al hijrah berlalu ye? kebetulan untuk tahun ni takde plak aku join orang lain memperkatakan tentang ma'al hijrah. barangkali hanya bibir berkata, hati tak turut serta, tindakan pulak jauh tak tentu hala. ben… Read More
  • kita tak sama dan sama sekali berbezaaku tak layak untuk membahaskan isu kalimah Allah. cuma peringatan bahawa isu perkongsian nama Allah takan selesai kerana mereka memilih untuk terus bermusuhan dengan kita, umat islam. kalaupun ada ulama islam yang berpendapa… Read More
  • masa bukan lagi milik kita"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad dalam perjalanan balik dari pulau pinang, kami… Read More
  • kalu cenggini, sapa pulak nak bela kita lepas nihemmm cam biasa sekali lagi kita beralah.. sudah la tiap kali pilihanraya kita beralah, orang lain dapat tanah kita pulak terus berpecah, kelahi tak sudah.. nah! kali ni kita beralah lagi bila PAS kata dia menghormati prins… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,970

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak