Khamis, 9 Mei 2019

RASULULLAH SAW bersabda:
إن هذه القلوب تصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء ” قيل : يا رسول الله وما جلاؤها ؟ قال : ” كثرة ذكر الموت وتلاوة القرآن ” روى البيهقي
"Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air. Lalu beliau ditanya: "Apa pembersihnya?"
Sabda baginda: 
"Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” 
- (HR: Al-Baihaqi).

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh hati itu berkarat. Beningkan ia dengan membaca Al-Quran, mengingati mati, dan menghadiri majlis zikir atau majlis ilmu."
- (HR. Syihab dan Baihaqi).

Hati itu berkarat. Jika si pemilik hati melakukan apa yang diajarkan Nabi SAW, maka ia akan bening kembali. Jika tidak, hati akan menghitam. Ia menghitam kerana memang jauh daripada cahaya; ia pekat kerana kecintaannya yang berlebih kepada dunia tanpa warak. Kerana, jika hati seseorang didominasi oleh cinta dunia, waraknya akan hilang. Ia himpun harta dunia, baik yang halal mahupun yang haram. Tak ada lagi upaya memilih-milih antara yang halal dan yang haram dalam mengumpulkan kekayaan. Rasa malunya kepada ALLAH pun pudar; ia lupa bahwa ALLAH sentiasa mengawasinya (muraqabah ALLAH).

Wahai kaumku, ikutilah petunjuk Nabi kalian, Muhammad SAW. Beningkan kembali hatimu yang berkarat dengan ubat yang telah dijelaskan Rasulullah SAW kepada kalian. Kalau seorang di antara kalian sakit, lalu ia diberi resepi oleh doktor, ia tidak akan merasakan nikmatnya hidup (penyakitnya takkan sembuh) sebelum ia meminum ubat tersebut. Tanamkan kesedaran bahawa ALLAH sentiasa mengawasimu dalam khalwah (saat engkau menyendiri) dan jalwah (bersama dengan orang lain).

Jadikan ALLAH sebagai pusat perhatianmu sehingga seakan-akan engkau melihat-NYA. Bila engkau tak dapat melihat-NYA, ketahuilah bahawa ALLAH melihatmu. Siapa yang ingat kepada ALLAH dengan hati, dialah pezikir sejati. Dan siapa yang ingat kepada ALLAH tidak dengan hati, ia belum boleh disebut pezikir. Lidah itu pelayan dan pengikut hati.
 
Biasakanlah menyemak mesej dan nasihat, kerana hati yang tidak disirami mesej dan nasihat akan buta!"

-- Syeikh Abdul Qadir dalam Mawa'izh karya Shalih Ahmad Asy-Syami.

Related Posts:

  • berjemaah berkasih sayang Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan bahagian saja yang diturunkanNya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang sat… Read More
  • bersabar dengan musibah Mewartakan kepada kami 'Imran bin Musa; mewartakan kepada kami 'Abdul-Warits bin Sa'id; mewartakan kepada kami 'Abdul'Aziz bin Shuhaib, dari Anas, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah salah seorang di anta… Read More
  • jangan putus silaturrahim Dari Abu Ayyub al-Ansari r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Seorang laki-laki tidak boleh bermusuhan dengan saudaranya lebih daripada tiga malam. Kalau mereka bertemu maka yang ini memalingkan mukanya dan yang itu pun m… Read More
  • selidikilah apabila datang suatu berita Dari 'Abdullah bin 'Amr r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada empat sifat bila terdapat pada diri seseorang, maka dia adalah munafik, sehingga ditinggalkannya sifat-sifat itu: (1) Apabila berbicara, dia dus… Read More
  • ringankan beban seblom ke Mahsyar Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a.. keduanya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada suatu cubaan yang menimpa orang mukmin seperti sakit biasa, kesusahan, sakit berat, kesedihan dan kecemasan, melainkan Alla… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,930

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak