“Orang yang yang mencintai akan menjadi orang yang dicintai jika hatinya bersih daripada selain Allah SWT, sehingga ia tidak berharap meninggalkan-Nya. Hati akan sampai ke tingkat ini disebabkan kerana ia menunaikan berbagai ibadah fardhu, bersabar menghadapi perkara-perkara yang haram dan subahat.

Mereka yang berada di maqam ini adalah yang telah mengalami penyaksian "Laa ilaha illa Allah (Tiada tuhan selain Allah)", hingga merasakan sama antara rumah dan tanah. Orang yang benar hatinya dan bersambung kepada Tuhannya, baginya sama antara rumah dan tanah, pujian dan celaan, sakit dan sihat, kaya dan miskin, serta dunia menghampiri atau membelakanginya.

Dalam keadaan seperti ini, dia disebut sebagai seorang yang mulia di seluruh semesta, dan seluruh makhluk berada di bawah kaki hatinya. Mereka berlindung di bawah bayang-bayangnya!”
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan