Selasa, 14 Mei 2019

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan,

"Syarat cinta adalah engkau mempunyai keinginan bersama Zat yang kaucintai. Lalu, engkau tak berpaling daripada-Nya, baik kerana dunia, akhirat ataupun makhluk. Kecintaan kepada Allah bukanlah sesuatu yang ringan sehingga boleh dituntut oleh setiap orang.

Betapa banyak orang yang menuntut cinta kepada Allah, tetapi justeru jauh daripada-Nya? Begitu banyak orang yang tidak menuntut cinta kepada Allah, tetapi justeru ada di sisi-Nya?

Maka, janganlah meremehkan seorang Muslim pun, sebab berbagai rahsia Allah tersebar pada mereka. Bersikap tawadhulah dan jangan bersikap takabur atas hamba-hamba Allah. Sedarilah kelalaianmu!

Sebab engkau tidak lain kecuali berada dalam kelalaian yang sangat parah; seolah-olah shirat benar-benar telah terperikan dan tergambarkan pada dirimu dan seolah-olah engkau telah melihat tempatmu di syurga . Ini sebuah keterpedayaan yang sangat luar biasa!"
 

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak