Isnin, 27 Mei 2019

Hijab atau tabir yang menghalangi kamu itu tidak akan terbuka, sekiranya kamu tidak keluar dari mahluk dan membebaskan hati dari mahluk dalam semua keadaan dan kedudukan hidup. Hijab itu juga tidak akan terbuka, sekiranya hawa nafsu kamu tidak hancur lebur, begitu juga tujuan dan kerinduan kamu kepada mahluk serta kepada dunia dan akhirat.

Hendaklah kamu menjadi seperti bekas yang bocor yang tidak berisikan air. Hendaklah kamu mengosongkan hatimu dari apa saja selain Allah dan hendaklah hanya kamu penuhi dengan Allah semata-mata. Sehingga kamu akan menjadi penjaga pintu hatimu dan kamu akan diberi pedang Tauhid, kekuatan dan kekuasaan.

Apa saja selain Allah yang hendak merasuk ke dalam hatimu, hendaknya kamu penggal dengan pedang Tauhid, agar tidak ada lagi diri kamu, nafsu kamu dan kerinduan kamu kepada dunia dan akhirat. Hendaklah Allah saja yang bersemayam di dalam hatimu itu.

Jadilah kamu hamba Allah yang sejati dan janganlah kamu menjadi hamba manusia, atau hamba pendapat mereka, atau hamba perintah mereka dan atau hamba apa saja selain Allah.
 
 

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani رضي الله عنه

Related Posts:

  • posa tak posa? "Ya, akhi. Duduk, duduk, duduk. Kita makan bersama" Ujar seorang Syeikh Arab yang jernih wajah nya kepada aku dalam bahasa arab yang aku faham sikit sikit. Manakala seorang lagi menarik tangan aku supaya aku duduk. Aku li… Read More
  • kotornya hati kita … Read More
  • perindahkan adab … Read More
  • MEMAHAMI HAKIKAT UJIAN "ليخفف الم البلاء عليك بانه سبحانه هو المبلي لك." "PEDIHNYA cubaan yang menimpamu menjadi ringan saat kau tahu bahawa Allahlah yang mengujimu." --Syekh Ibnu Athaillah, Al-Hikam. Engkau merasa ringan di tengah ujian, kera… Read More
  • 30 TANDA-TANDA HATI KOTOR* 1. _Gelisah walaupun tiada masalah._2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._4. _Tidak amanah dan mungkir janji._5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebar… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,975

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak