
Ketika wanita itu sampai di depan pintu rumah Al Imam Fakhrul Wujud, maka penjaga pintu bertanya, “puan mahu kemana?”
Wanita itu berkata, “Aku ingin menghadiahkan semangkuk bubur ini kepada Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim.”
Maka penjaga itu berkata, “Wahai puan, lebih baik makanan ini anda sedekahkan saja kepada para fuqara, kerana setiap hari di dapur Al Imam selalu dipenuhi dengan sembelihan kambing dan berbagai macam makanan yang dimasak setiap harinya.”

Tiba-tiba saja beliau keluar dan berlari untuk mengejar wanita yang tadi mendatangi rumahnya, seraya memanggil, “Wahai puan! Apa yang engkau bawa?” Penjaga pintu itu terkejut dan kehairanan kerana baru pertama kali ini ia melihat Al Imam Fakhrul Wujud berlari.
Maka wanita itu berkata, “Wahai Imam, aku membawa semangkuk bubur ini, yang kubuat semalaman hanya untuk ku berikan kepadamu... Namun penjagamu mengatakan bahawa semangkuk bubur ini, tidaklah bererti untukmu, kerana di dapur rumah mu telah dipenuhi banyak sekali makanan yang lebih baik. Maka sebaiknya bubur ini ku sedekahkan saja kepada fakir miskin.”
Beliau berkata: “Wahai puan, maafkanlah penjaga pintu itu, kerana ia tidak tahu kesukaanku. Ketahuilah! Tidak ada hadiah yang lebih membuatku gembira, selain hadiah bubur darimu ini, semoga Allah membalas kebaikanmu.”

Maa sha Allah Tabarakallah...betapa banyak hikmah yang dapat kita petik. Usaha dan kesusah-payahan kita dalam beribadah dan ta’at kepada Allah SWT, tidak akan pernah sia-sia. Meskipun Allah SWT tidak memerlukan sama sekali dengan ibadah kita, namun ingatlah bahawa kita adalah hamba yang sangat berkeperluan dan berhajat kepada Allah SWT dan Allah SWT adalah Zat Yang Maha Bersyukur dan tidak suka mensia-siakan amal ibadah hamba-Nya.
*والله اعلم بالصواب..*
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan