Jumaat, 12 April 2019


SAHABATKU, jangan pernah menganggap ujian dan cubaan hidup yang kita jalani lebih berat daripada orang lain. Kerana, pahit-getir ujian yang diberikan Allah kepada para Rasul, Nabi dan Wali jauh lebih besar daripada apa yang kita alami.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu mengatakan:
“Allah SWT selalu memberi cubaan dan ujian kepada para hamba-Nya yang Mukmin sesuai dengan kadar keimanannya. Barangsiapa yang besar dan kuat imannya serta selalu meningkatkan imannya, maka semakin besar pula ujian yang diterimanya. Seorang Rasul, ujian dan cubaannya lebih berat dan besar daripada ujian dan cubaan seorang Nabi. Hal ini kerana keimanan seorang Rasul itu lebih besar dan lebih kuat.

Seorang Nabi itu ujian dan cubaannya lebih besar daripada seorang Wali ‘abdal. Ujian seorang Wali ‘abdal lebih berat daripada ujian seorang Wali biasa. Ujian setiap orang itu berdasarkan tingkat keimanan dan keyakinannya.
Dasar daripada hal tersebut berkaitan hadis Rasulullah SAW, “Sesungguhnya kami, para Nabi adalah golongan orang yang paling berat ujiannya, lalu orang yang lebih menyerupai kami, lalu yang menyerupainya, dan begitulah seterusnya."
- (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, An-Nasa’i dan Ad-Darimi).

Allah SWT melampiaskan ujian kepada para junjungan yang mulia tersebut, sampai mereka menjadi abadi dalam ribaan Rabbnya. Dan, mereka tidak akan pernah terlalaikan daripada kesedaran mereka, kerana Allah SWT sangat mencintai mereka. Mereka adalah golongan orang yang mencintai kebenaran. Sesungguhnya orang yang mencintai itu selamanya tidak akan pernah mempunyai pilihan, selain orang yang mencintainya.”

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Futuhul Ghaib.

Related Posts:

  • LIHATLAH ALAM DAN PENCIPTA-NYA "انت من الاكوان مالم تشهد المكون فاذا شهدته كانت الاكوان معك." "KAU tunduk kepada alam selama belum melihat Pencipta-Nya. Jika kau telah menyaksikan-Nya maka alam akan tunduk kepadamu." --Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hika… Read More
  • TIDAK ADA YG KEBETULAN DI DUNIA INI Seorang petani Scotlandia mendengar jeritan anak minta tolong yg datang dari semak belukar dekat rumahnya. Secara spontan dia berlari ke arah suara itu & menemukan seorang anak laki² sedang berjuang keluar dari lumpur … Read More
  • MEMBUKA TABIR RAHSIA "فلا يبعد الا ان ينكشف حجاب النفس من وجه القلب فيحيي القلب باضافة تلك الانوار فيشاهد الروح من تلك المشكاة صفات الحق مع ان المقصود من خلق العالم كشف ذالك الكنز المخفي كما مر في الحديث القدسي (كنت كنزا مخفيا فاحببت ان اعرف فخ… Read More
  • Kenali dan sayangi Ulama Assalamualaikum.. Ulama hari ini hidup senang di sisi pemerintah... kerosakan dibiarkan maharajalela... Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya d… Read More
  • PESANAN ULAMA BESAR SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Seorang salik harus mampu menggunakan daya fikir dan daya pandang batinnya. Ahli syair berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang menggunakan daya fikir mereka, men… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,932

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak