Rabu, 3 April 2019

MENURUT Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, keihkhlasan merupakan pangkal diterimanya ibadah. Kerana itu, pada setiap kali majlis pengajian beliau di madrasahnya di Baghdad, tema ikhlas dalam beribadah menjadi pokok bahasan utama.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Kalian harus ikhlas dalam beramal. Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian kerjakan. Jangan pernah berharap ganti daripada pemberian kalian itu. Beramallah kerana Allah. Dan, jadilah orang yang mengharap reda-Nya.
Ketika kalian berbicara, maka bicaralah dengan niat yang tulus. Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus. Kerananya, setiap amal yang tidak diawali dengan niat, amalnya akan sia-sia.

 
 
Di antara tanda atau ciri-ciri ikhlas adalah, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain. Ikhlas juga bermakna membuang kesombongan dalam diri. Maka, sedikit pun kalian jangan pernah berasa sombong dengan amal kalian! Kerana kesombongan dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian.”
Maka, marilah memohon kepada Allah agar kita diberi pertolongan dan keikhlasan hati dalam mengerjakan amal soleh. Kita tidak akan pernah boleh bersabar melaksanakan solat dan puasa, jika kita tidak meminta pertolongan-Nya.

-- Disarikan daripada kitab Fathu Rabbani karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak