Rabu, 3 April 2019

dah hampir doplo tahun kerja gomen, aku sokmo brasa nak pencen awal... ada menda yang brasa tak sronok di ati dari sudut tasaufnya... jadik aku buat keputusan insha Allah nak pencen umo 50 nanti... mudah-mudahan Allah beri keberkatan atas niat dan tujuan nak pencen tu...

bukan menolak rezki yang dah Allah berikan ni... kurang-kurang pon, kalu aku pencen awal akan ada bebudak baru yang dapat keje, kan... la ni susah nak dapat keje. aku pon pnah lalui saat-saat yang graduan lalui la ni... sedey bin azab bebeno rasanya!



ok, rentikan bebelan...



waktu senggang aku suka buat macam-macam keja... kalu tak bertukang, aku akan berkebun... tanam pokok macam-macam ketnya banyak yang tak jadik dari jadik! keh3x... try and error

untungnya rumah aku last skali, bukan corner lot tapi ada la 5 kaki tanah tepi... yang lebih rahmat lagik, masa buat perumahan, pemaju salah ukur. punya la salah ukur, ada tanah lebih bule buat sebijik rumah lagi. so pemaju buat jalan tepi rumah aku yang patutnya jalan mati. dah buat jalan pon masih berbaki hampir 5 kaki. sebelah tu pulak asalnya estet... 2017 setel urusan pindah penduduk, pemaju stat bina rumah, masih berbaki 3, 4 kaki lagi tanah kosong yang asalnya semak samun... alhamdulillah dah penuh pokok aku kejakan tanah tu...
 
ingat lagi, dalam bulan jun dan julai 2017 dorang sibuk ratakan tanah. jadik aku amik kesempatan gali anak pisang yang ditinggalkan dan kayu beluti yang tak lagi digunakan. aku punggah dan tanam pisang hingga masuk bulan remdan... jadik letih tak terkabo masa tu. kayu beluti aku buatkan pondok jadik la tempat bertapa setiap malam. petang-petang kekadang layan cekodok sambil tengok anak main bola. perghhh! romantis!

bila pokok pisang dah beso dan kluokan hasil, keja-keja pembinaan rumah makin hebat. dorang nak buat tembok tinggi untuk rumah orang kaya, hingga menyebabkan banyak pokok pisang aku jadik korban... nak marah pon ada, tapi ati melayu cepat sejuk sendirik... huuu!

kawasan tu dah pon rimbun.... bukan pisang aje, doyan pon ada tapi tunggu la jadik saka sebab tanam dengan biji. ada jiran kabo, "brasa macam dok kat kampong pulak" dan yang lebih bombastik lagik, "mir, kalu aku lalu kat sini rasa macam kat jengka je!"

ceh! melampaunya metafora ko ni
 
 

Related Posts:

  • pada wajah mereka rindu pada masa lalu, jarak, sempadan dan waktu jadi pemisah, benar kata sang seniman 'barang yang lepas hai jangan dikenang, kalau dikenang meranalah badan' SALAM KEMERDEKAAN… Read More
  • yang pertama buat tatapan kengkawan yang aku yakin memang tak simpan punya buletin nih... semoga ble dapat mengembalikan nostalgia di daerah lampau. masa bukan lagi milik kita, kaki dihayun bila tidak diperlukan lagi...… Read More
  • idea bila boring je, jangan ada pen dan kertas kat tangan mesti menconteng punya, dalam kelas ke time mesyuarat ke, kalu dah ketagih tak kira hapa mesti nak conteng gak. skali tu aku ingat kena marah dalam bilik tutorial bila lec… Read More
  • mana la letaknya kebahagiaan ni sajak aku 'Bosan" yang sebenarnya... aku tulih masa lepak atas motor nunggu awek yang rasa tak macam ada awek… Read More
  • problemnah! baringkan segala kekusutanmu di ranjang ini agar dapat kuuliti dan kurawati dalam-dalam, kurenungi ulas-ulas bibirnya bergumam-gumam merintih sedih sebelum ini engkau yang menjemputnya ahh! datangnya dengan rawan awas!… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,005

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak