“Wahai orang-orang yang beriman mengapa engkau merasa iri terhadap tetanggamu yang hidup senang, yang memperolehi rahmat daripada Tuhannya. Tidakkah kau tahu bahawa yang demikian itu dapat melemahkan imanmu, mencampakkanmu di hadapan Tuhanmu dan membuatmu dibenci oleh-Nya?
Tidakkah engkau sedar sabda Nabi bahawa Allah SWT berfirman: “Kedengkian adalah musuh rahmat-Ku.” Tidakkah engkau dengar juga sabda Nabi, “Sesungguhnya kedengkian melahap kebajikan sebagaimana api melahap kayu bakar.”
Lalu, mengapa kau iri dan dengki kepadanya?
Jika engkau iri hati terhadapnya, kerana kurnia Allah baginya, maka bererti kau tak reda dengan firman-Nya, “Kami kurniakan di antara mereka rezeki di kehidupan duniawi ini.”
- (QS Az-Zukhruf [43]: 32).
Bererti kau benar-benar zalim terhadap orang ini, yang menikmati kurnia Tuhannya. Itu merupakan kurnia khusus untuknya, yang tidak diberikan-Nya sedikit pun daripada bahagian itu kepada orang lain. Maka, siapa sebenarnya yang lebih zalim, serakah dan bodoh?
Jika engkau dengki terhadapnya kerana bahagianmu, maka kau bererti telah bertindak sangat bodoh, sebab bahagianmu tidak akan diberikan kepada orang lain, juga tidak akan berpindah daripada tanganmu ke tangan orang lain. Allah SWT bebas daripada kecacatan dan kelemahan hal semacam itu.
Allah SWT berfirman, “Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku.”
- (QS Qaf [50]: 29).
- (QS Qaf [50]: 29).
Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut daripadamu segala yang telah ditentukan-Nya bagimu dan tak akan memberikannya kepada selainmu. Ini adalah bentuk kebodohanmu sendiri dan kezalimanmu pada saudaramu.”
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa At-Tawassul ila Manazil Al-Muluk.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan