

dari situ terus ke tampin dan mengambil teksi ke kuala sungga. kalu ada bas bole le ke batang melaka (kampung mak) dan terus balik ke kampung jus, selandar (kampung ayah). kalu nasib tak baik, pnah gak aku berjalan kaki dengan abang dari simpang jalan tampin-gemas ke tebong... aduyai menapak tengah panas sejauh 2 km ketika tu sangat melelahkan. begitu juga bila naik bas ke kampung jus, berjalan kaki masuk ke kawasan kampung sangat bergerutu jiwa.

kalu ada wayang pacak, kami mengaji cepat-cepat dan mintak izin balik awal. slalu gak ada pentas lawak jenaka yang dipersembahkan oleh yahya sulong, r. jafar, param pendek, hamid gurkha dan ramai lagi. semuanya berpusat di skolah rendah cemomoi. heran juga, walopon jauh nak masuk ke cemomoi nih, mereka tetap sampai ke sini. sayangnya coverage aktiviti mereka ni rasanya tak pernah kelihatan di mana-mana majalah hiburan waktu tu... kalu tak mesti cemomoi dah lama glamer, tak payah le susah2 aku nak menjajanya termasuk menamakan blog ni sebegitu rupa kikiki...
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan