IMAM Al-Junaid mengatakan,
“Sesungguhnya awal yang diperlukan oleh seorang hamba daripada sesuatu yang bersifat hikmah adalah mengetahui Sang Pencipta atas keterciptaan diri-Nya; kebaharuan diri tentang bagaimana kebaharuan-Nya; sifat keperbezaan Sang Pencipta daripada sifat makhluk; sifat perbezaan “Zat yang Lama” daripada “yang baru” (alam/makhluk); menurut pada ajakan-Nya, dan mengetahui keharusan diri untuk taat kepada-Nya.

Sesungguhnya orang yang belum mengetahui Zat Sang Penguasa alam, maka ia tidak akan mengetahui keberadaan kerajaan alam tentang status kepemilikan-Nya untuk siapa.”
Sedangkan menurut Abu Thayib Al-Maghribi, "Setiap unsur dalam diri seorang hamba memiliki fungsi yang berbeza-beza berkaitan dengan kemakrifatannya kepada Allah. Akal, menurutnya, memiliki fungsi pembuktian dalil secara logika, hikmah memberi isyarat, dan makrifat mempersaksikan. Kerana itu, kejernihan ibadah tidak akan diperolehi kecuali dengan kejernihan tauhid."
Imam Al-Junaid mengatakan bahwa, "Tauhid bererti pengesaan Zat Yang Esa dengan hakikat dan kesempurnaan keesaan-Nya. Tidak beranak dan tidak diperanakan. Tidak setara dengan apa pun.”
-- Disarikan daripada Risalah Qusyairiyah.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan