DAN (ingatlah) ketika Ibrahim berkata:
"Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati."
Allah berfirman:
"Belum yakinkah kamu?"
"Belum yakinkah kamu?"
Ibrahim menjawab:
"Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian daripada bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
- (Qs Al-Baqarah : 260).

Dalam menafsirkan ayat ini sebahagian ulama sufi menjelaskan bahawa kita (hati) akan hidup kembali jika membunuh empat ekor unggas yang mencerminkan diri kita atau egoisme kita. Keempat ekor unggas yaitu itik yang mencerminkan kerakusan, kedua ayam jantan yang melambangkan nafsu, ketiga merak melambangkan keangkuhan yang terakhir gagak yang melukiskan keinginan.
Menurut tafsiran sebahagian sufi, unggas-unggas itulah yang selama ini selalu mengendalikan jiwa kita sehingga mereka selalu merosakkan kemesraan kita dengan Tuhan sehingga kita keluar daripada fitrah kemanusiaan kita.
💚 Semoga bermanfaat!