Isnin, 1 Ogos 2011

ketika iblis diperintahkan oleh Allah ditemu duga oleh Rasulullullah s.a.w, soklan baginda yang ke-8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sepertimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

psst: tak perlu mencederakan diri untuk taqarrub kepada Allah dan kegembiraan pertama bagi orang yang berpuasa, insyaallah tak berapa lama je lagi... so selamat berpuasa dan selamat berbuka (ok, jangan sampai membazirrrr plak!)

18 zmn org suka mengomen:

Myra Jay berkata...

Selamat berpuasa jugak..

Ngeri tengok gambaq tu semua, buat apa la nak menyeksa diri kan..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Selamat menjalankan ibadah puasa dan moga terhasil taqwa dalam diri kita..

Kakzakie Purvit berkata...

Selamat berpuasa juga. Tahun ini cemomoi bersahur akan ada satu suara yg boleh mengganggu makan sahur. Ikut bangun nak menikmati sahur...

Anaasuria berkata...

Selamat berpuasa.. ishkk, apasei buh gambo ngeri cam tu..terpaksa tutup gambo tu masa baca..

ikan emas berkata...

Selamat menjalani ibadah puasaa..

Aku Anak Pahang berkata...

Salam selamat berpuasa dan berbuka pose.. bazor ramadhan kita :)

Unknown berkata...

Memula koi ingat cam gambo memain jer yg tusuk pedang tu....rope2nya betoi plak...ish..ish..."nger" lak koi nengoknya...
#Selamat menyambut ramadhan al mubarak dr koi sekeluarga.

Miecyber berkata...

Selamat berpose..

Nizam Awang Brahim berkata...

Selamat berpuase

Woofer Storm berkata...

slmt menyambut blan ramdhan dan selamt berbuka puasa k..


semoga kita sentiasa bersyukur diatas apa yanga ada^^

ajumohit berkata...

Selamat berpuasa utk cemomoi n family

Unknown berkata...

selamat berpuasa!

nadbaptist berkata...

ee ngerinya..

syukurlah kita dilahirkan sebagai orang islam..selamat menjalani ibadah puasa

a.samad jaafar berkata...

santapan rohani pada ramadhan yg mulia.. terima kasih..

selamat menjalani ibadah puasa dari saya..

Pia berkata...

"selamat berpuasa utk cemomoi dan keluarga..jgn membazirrr..jgn tamakk hehee..kalau tamak ibadat takper kan.."

Nida berkata...

uwekkkkkk.... gelinya tengok pic tu semua..

Selamat menjalani ibadah puasa, pergi bazar Ramadan ingat ler kami di Albany ni ye

p/s: rindunya bazar Ramadan Taman Tas

sahromnasrudin berkata...

trime cemomoi krm mengingatkan kami...

selamat berpuasa di pagi 2 ramadhan ya

terokai seni berkata...

assalamualikum

moga ramadhan kali ini yang terbaek kita persembahkan kepada al-Khaliq

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak