Rabu, 3 Ogos 2011

bulan-bulan posa ni ada orang kata bulan berehat, santai dan rileks-rileks aje. walopon ramai ustaz dok kabo, "buangkan la tanggapan negatif tu..." tapi angin dan tempiasnya tetap gak terasa. tak tau le kot ni antara barakah bulan ramadhan ke, hingga kita rasa tenang je sampai nak buat kija pon "sedey (mudah) amat..." kata orang pahang.

jadik, dalam waktu senggang yang ada tu, sesekali aku dok belek buku terjemahan 'sifat solat nabi' oleh allamah syeikh hassan al-saqqaf yang dua minggu lepas dibeli. blom pon banyak halaman dibaca, terjumpa satu masalah yang aku tak tau pon - wajib qadha solat bagi orang yang solat di atas kapal terbang!

argh sudoh!

untuk kepastian, aku pun berkelewak le dalam gugel mencari hukumnya... macam-macam yang aku jumpa tapi cukup le dua pendapat dalam blog ni untuk perkongsian kita:

(i) Adakah solat yang dilakukan dengan rukhsah (yakni dengan mengambil kemudahan dan kelongaran) tadi perlu diulangi semula? Jawapannya; tidak perlu. Ibadah yang wajib, jika telah dilaksanakan mengikut yang termampu dilakukan (walaupun dengan meninggalkan sebahagian syarat atau rukunnya kerana tidak berupaya dilakukan, bukan kerana sengaja untuk bermain-main atau mempermudah-mudahkan agama), sahlah ibadah itu dan tidak perlu lagi diulangi. Inilah pandangan Imam al-Muzani (seorang murid terkenal Imam Syafi’ie) dan disokong oleh Imam an-Nawawi

(ii) dua pendapat Fuqaha berhubung masalah ini.

1) Tidak sah solat di atas kepal terbang walaupun mampu berdiri tegak. Solat di dalam kapal terbang tidak lebih solat menghormati waktu dan wajib diqada setelah turun daripada kapal terbang. Ini pendapat Syafie.

2) Sah solat di atas kapal terbang kerana ia menyamai solat di atas kapal air. Ini merupakan kebanyakan pendapat Ulama kontemporari. Mereka beralasan kapal terbang yang ada pada hari ini terdapat syarat yang dimaksudkan fuqaha iaitu tetap di atas bumi. Bukti kepada ucapan tersebut, kapal terbang yang melalui kawasan vakum akan terhempas dan tidak mampu terbang. Ini membuktikan bersambung antara mereka yang berada di dalam pesawat dengan bumi. Juga membuktikan kapal terbang dan individu yang berada di dalamnya masih tetap dengan bumi bukan terawang-awang.

psst: sesapa yang tau, atau ada kesempatan nak bertanya kat ustaz nanti bole le kongsikan hal ini

15 zmn org suka mengomen:

Kakzakie Purvit berkata...

Setiap kali kursus Haji atau Umrah inilah juga yg selalu ditanyakan oleh para jemaah. Sepanjang kakak belajar tidak perlu di qada' setelah tiba destinasi/landing. Wallahualam....

sahromnasrudin berkata...

tak pernah naik kapal terbang ke obesi huhuhhhhhh

Anaasuria berkata...

sama ngan sahromnasrudin, tak pernah naik kapal terobang jugaks..

tapi nak gak tahu, kot ler esok lusa kena naik kapal terobang gi over the rainbow..

yang pasti kalo bangun subuh lambat dah habis subuh, kena solat gak pagi tuh tapi niat qadha`.. (sebab kadang2 terbabas)..

Nizam Awang Brahim berkata...

* Koi tak belajo bab ni.Nok juge tau....

Cik SHiNJU berkata...

Tak pernah lagi naik flight jauh2 smpai kena solat dlm flight... apepun,n3 ini sgt berguna...Tima kasih... :)

Myra Jay berkata...

Ooo kena ganti ye???

Memang kena lebih penjelasan la pasal hal nie sebab tak tau kan..

Aku Anak Pahang berkata...

Nasib kome jarang naik kapel terbang :)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Mengikut apa yang saya belajar solat itu mesti diulang kerana banyak syarat dan rukun solat itu tidak terpenuh. Kata guru saya perlu berhati-hati dalam perkara ini.

ajumohit berkata...

Biasa pjlnan dlm negara Jamak je, lom pernah jauh2 lg...

shameel Iskandar berkata...

Salam ramadhan cemomoi.
Hassan as-saqaf tu ulama besar di jordan dan buku tu rasanya diterjemahkan oleh anak muridnya yg bernama ust zamihan mohd zain al-ghari.

Sejujurnya sblm ni saya pun x prnah bersolat atas kapal terbang dan ambil kesempatan utk qada dan jamak di airport.Dan dlm satu risalah bersolat ats kapal terbang, yg dikeluarkn oleh ihak tabung haji, solat ats kapal terbang itu dianggap sebagai solat hormat waktu. apap un elok kita sama2 rujuk balik perkara ni sbb ia melibatkan hukum

dyea irdina berkata...

baru ku tau....bgs la info ni...bnyk lg perkara yg tak berapa tau...kn belajar bnyk lg ni

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

Kakzakie: hemmm banyak perkara lagik yang nak kena blajo saya nih

sahromnasrudin: cuba la tips saya ni, bila tengok kapal terbang lalu kat rumah, dok tanya "bila la aku nak naik kapal terbang lagi ni" tup! tup! kena outstation dengan flig pulak... hoh! tanak buat dah la.

Anaa: now everyone can fly, kata dek airasia...

subuh memang penuh cabaran

Nizam: bab solat kena blajo weh!

Cik SHiNJU: insyaallah ada kesempatan kena la gi jauh lepas nih!

Myra Jay: kalo ikut pendapat yang kuat gitu la gamaknya

akuanakpahang: heee naik bot pon ande juga disebut gone gaya nok semayang dalam bot ter

Abd Razak: tima kasih atas info tu.

tul la, kena berhati-hati. kalo ikut buku tu awal-awal lagi dah warning sapa yang amik fatwa mazhab yang paling mudah sebenonya mengikut hawa nafsu

ajumohit: ambil maklum je dulu... sok nak g aji senang...

shameel Iskandar: tepat skali tentang murid dan gurunya tu

banyak manfaat buku tu, terima kasih atas ingatan

dyea irdina: kita ni kadang-kadang hanya dengo-dengo aje tentang hukum tu, jadik ikut atau beramal atas ikutan je takde la pulak nak kaji sampai mendalam. bila jumpa isu tu, tu yang dok gelabah...

Don Balon berkata...

Salam perkenalan cemomoi..

Sepanjang koi termengaji memanc koi ander dengor dua-dua pendapat te..
Molek kita ambik yanc kontemporari, sebab pertimbangan diambil hingga jenis kenaikan (bahase oranc lame kuikui) yanc terkini..

Lagipun, ini untuk mengelakkan menyusahkan ummat, dalanc kape terbanc pun belambok air, ambik sikit, lurut je ke anggota wuduk, InsyaAllah..
Agama itu mudah.

a.samad jaafar berkata...

sayangnya n3 ini tidak memberikan kesimpulan perbincangan.. pemahaman saya sama dgn pandangan shameel iskandar..jadi rasanya tak perlu ulang balik ye.. biasanya, bagi perjalanan yg singkat.. mudah dijamakkan saja..

terokai seni berkata...

assalamualaikum

don balon dan a. samad jaafar:

kalo dok ikut buku tu, awal-awal lagi dah diperingatkan secara tegas dengan beberapa pendapat ulama bahawa sesapa yang mengmbil jalan mudah mengikut pendapat/ijtihad yang paling mudah sebenonya hanya mengikut hawa nafsu.

koi tak brani nak mengulas tentang hukum kerana bukan selayaknya untuk berfatwa. jadik ada benarnya kalo kita mengambil pendapat bahawa solat itu kena ulang balik kerana kita melaksanakan dalam keadaan yang mungkin tidak sempurna seperti duduk ketika solat, arah kiblat yang tidak pasti dan sebagainya. mungkin atas sebab itu dikatakan solat diatas kapal terbang sekadar solat menghormati waktu

dan jika mengikut hadis yang dikemukakan dalam buku berkenaan, nabi s.a.w hanya bersolat sunat sahaja di atas kenderaan, bila datang waktu solat fardhu nabi akan berenti dan turun dari kenderaan untuk tunaikannya. wallahu a'lam

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak