Selasa, 10 Mei 2011

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

.....

sebab kita kununnya bangsa lemah-lembut (mudah dipujuk)?
sebab kita kununnya bangsa bertolak-ansur (ditolak dan beransur)?
sebab kita kununnya bangsa bole kongsi apa aje (nama tuhan pon)?
sebab itu semua orang dah nak tunjuk taring?

21 zmn org suka mengomen:

Kakzakie Purvit berkata...

Masih lagi ramai yg angguk-angguk tu yg kakak heran. Tak boleh terbuka sedikit minda.

Tak kan nak tunggu musibah besar melanda. Banyak yg Allah dah tunjuk buat tak nampak je....:(

alin berkata...

ni dah jadi isu besar kalau dah babitkan hal agama..hmm..

Puan Nurussalwa berkata...

hmm.. menyedihkan

munna berkata...

mmg tak tau nak komen n3 ni... semoga negara kita dilindungi Allah ...

zulkbo berkata...

salam..
ermmm..tiada dalam perlembagaan ke?
tak mungkin..?rasanya ada dan boleh di pinda jika majoriti 2 per 3 di parlimen..maka bersatu hatilah wahai MP islam semua, jamgan berpolitik ,agama tergadai satu hari nanti.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Allahu Akhbar, selama ini kita asyik bertelingkah dalam soal politik. Soal agama dan aqidah jarang disentuh

Aku Anak Pahang berkata...

Terigat peribahasa bila kucing tak ada gigi, tikus pun menari-nari perlukah kita menabur racun tikus ?

cik sakdi berkata...

oh yeke federal constitution xade ckp yang agama islam agama rasmi? tapi YDPA ada kuasa untuk tidak menerima PM masa perlantikkan. entah lah xsama rupanya apa yang belajar. hehe

genit berkata...

inilah yang paling merisaukan. kita sepatutnya bersatu pertahankan agama. tapi, masih ada yang mengikut telunjuk kafir. sedangkan sudah jelas lagi terang terangan kita ni ditindas.

Miecyber berkata...

Semuga agama Islam terpelihara..

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

Ateh Nour berkata...

Sallam,

Takut jadi menang sorak,
kampung tergadai.
Dah ada tanda2 kebenaran kata-kata
orang tua dulu2. teringat kata2 aki
pawang nong dan aki seman gagah.
Satu hari Malaysia tercinta akan bergolak bukan kerana pilitik, tapi kerana Ugama.Wallahualam, semuga Allah lindungi umat Islam dan Ugama kita tercinta.

ajumohit berkata...

mcm2 hal skrg ni..mintak dijauhkanlah dari sebarang pertelingkahan yang tak diingini

sahromnasrudin berkata...

Memang ya..Islam adalah agama persekutuan bukan agama Rasmi..

Untuk pinda urusan berkaitan agama Islam, bukan sahaja kelulusan 2/3 dari semua ahli parlimen di Malaysia ( maknanya kesemua 222 ahli parlimen perlu hadir bukan 100 orang sahaja)

ia perlu dibawa ke majlis raja-raja yakni 9 raja melayu...hakikatnya, Islam terpelihara kerana ia adalah urusan raja-raja melayu...setakat pindaan 2/3 tak bawa apa-apa kesan....

Ati Masrif berkata...

salam,

bab-bab macam gini
gomen dan yg berkenaan kenalah
bertegas ...jangan lembut lembik lagi

jangan peristiwa lama berulang kembali!!

dah lah cuaca hangat...
tambah hangat pulak :(

shameel Iskandar berkata...

Pendapat majlis peguam ni amat melampau.
Tapi dlm masa yg sama tindakan utusan malaysia yg hnaya memetik penulisan blogger lalu dimuatkan dlm akhbar sebagai bahan pelaris juga amat tidak wajar. sepattunya disiasat terlebih dahulu dan bukannya pakai muat sahaja sebab ini adalah isu sensitif.

Siasatan hdklh dilakkan, jika benar ambil tindakan terhadap pihak DAP, tapi jika salah tangkap dan ISAkan blogger dan wartawan utusan ma;alysia.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

kakpun tak tau nak komen apa dah.. pada pandangan kak lah jika ada kuasa di tangan gunalah ke arah yang betul..

Tanpa Nama berkata...

jangan gugat keamanan yang ada sekarang. risau jika terjadinya perbalahan.

Tanpa Nama berkata...

kena keras sikit~~ tapi tak keras. haih

zaty luvlianncez berkata...

agama suma owg taw pndg enteng ja. benci.

hurmm

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

Kakzakie: Allah janji jika kita makin jauh dengan agama, nanti Allah gantikan dengan suatu bangsa lain pulak

rossa alina: kita aje yang dilarang perbesarkan...

cik nurussalwa: dan juga menakutkan!

munna: jangan sampai jadik cam bosnia pulak nanti

zulkbo: nak ajak pinda mungkin tak susah tapi tentangan pasti hebat, kan?

Abd Razak: kita lupa soal agama dan banyak juga yang buat-buat lupa...

akuanakpahang: tabur jangan tak taburrrr

cik sakdi: ramai yang buta undang-undang cuma dok sambung apa yang salah, kita pon hengat betui dah...

genit: malang pak kaduk nampaknya kita nih!

Miecyber: harapnya begitu le

LIPISLADY: kalo dah huru-hara sok, sapa la yang ada warisi ilmu pawang nong ter?

ajumohit: nikmat keamanan dan ketakutan akan Allah cabut bila kita lupakan agama

sahromnasrudin: harap ramei le yang jadik raja cam sultan kelantan sekarang nih

Ati Masrif: nak harapkan gomen susah juga. deme memikir naik rega aje

shameel Iskandar: ada udang sebalik batu, ada perangkap yang menunggu...

maCy: buat-buat keras aje...

zaty luvlianncezzz: sebab tak dapat duit selepuk!

Myra Jay berkata...

Adoiila, awatla leh jd cmni, ari tu kata temaktub dlm Perlembagaan Islam agama rasmi.. :)
Harap2 pihak krajaan tegas dlm hal nie

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak