terkesan dengan komen ati kat shoutbox aku pasal n3 dia yang ala-ala pengacau rumahtangga...
kerana komen yang ringkas dan barangkali tak berbaur apa-apa tentang isu tu, tu yang beliau rasa cam tak puas... tapi aku plak rasa terbawak-bawak ke mana-mana memikirkannya...
isu tu isu orang pompuan sebenarnya walopon akan ada yang kata tu memang salah orang lelaki. tapi sebagai lelaki tegar yang mempertahankan kelelakiannya (heeee orang pompuan jangan marah aaaa) aku menganalisisnya sebagai "lelaki spesis mahkluk Allah yang terancam" sama ada disebabkan kepupusannya yang sangat ketara atau dalam isu ni 'tersepit' dan rela hati terima segala-galanya.
bagi orang pompuan sila letakkan anda sebagai seorang isteri ketika membaca paragraf ini sambil gigit-gigit kuku...:
"apa salah saya? tak cukup ke kasih sayang dan pengorbanan yang saya berikan? pompuan tu pon satu hal! dah tau suami orang, nak kacaaaau juga... banyak lagi jantan lain yang bujang trang tang tang tu, pegi la hamik!"
bagi orang pompuan lagi, sila letakkan diri anda dalam keadaan blom kahwin plak:
"salahkah saya mencintai dia? dah takdir Allah saya jatuh cinta dengan suami orang, nak wat camana.. dia plak kata rumahtangga dia ada problem... jadik, saya salahkah? bla, bla, bla..." (sila nangis sikit sambil pegang bucu baju/tudung untuk mewujudkan scene yang lebih tragis)
bagi orang lelaki, sila baca dengan sifat keegoaan anda... (oooo jangan la sombong, tu selendang Allah tu, Allah murka pada orang yang sombong)
"laaa aku saja je... test market! tengok dia layan pulakkk... lentok manja semacam je. aku takde le serius tapi kalu orang nak bagi, kecik tapak tangan pipi abang tadahkannnnnn"
huh! semua orang ada saham, kan? masalah kita yang carik. dunia tak berseri kalu takde masalah. tapi masalah tetap masalah yang akan membawa masalah apatah lagi kalu tak setel masalah. percayalah, sama ada isteri, anak dara atau lelaki (suami), setiap yang berlaku hanyalah satu ujian "Dia yang menjadikan hidup dan mati sebagai suatu ujian untuk menilai siapakah yang paling baik amalannya..." (maksud firman Allah surah al-Mulk:2)
pssst: maaf le ati (tambah plak sampai buat n3 khas ni). sebenonya dalam hal peribadi orang, aku lebih suka amik pendekatan tak mau komen banyak... kalu sudi dengar pandangan tu pon dah alhamdulillah - berfikiran positif. bukan apa, sebab takut terkena batang idong sendiri kelak... maklum le ujian tu blom Allah nak bagi kat aku. macam kita tengok orang sakit atau ditimpa musibah le, "sabo la anggaplah ujian Allah bla, bla..." bila terkena kat kita maunya sumpah seranah kluo. teringat sorang member bila kata kat kawan dia supaya bersabo, "eleh ko tak kena bole le cakap sabo!" sabo je le...
Jumaat, 4 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 zmn org suka mengomen:
assalamualaikum..
tgk lirik kat pic last tue teringat kat bob lokman..nape dia mesti masuk politik utk mengatakan dia telah insaf huhuhuhhhh
Apalah salahnya kalu berkongsi kasih sayang?
Kenapa nak tamak sangat?
Jika ada orang lain yang sanggup masuk dalam kehidupan kita sebagai orang ketiga, keempat kelima... sambutlah dgn hati dan taangan terbuka.
Mata pun buka sekali.. bukan utk tengok orang tapi tengok diri sendiri. :)
Tak Baekkk Tau, Gelakkan Orang...!
Apa yg kita genggam belum tentu semuanya milik kita. Apa-apa pun hak kita semuanya tetap pemberian Allah dan jangan lupa ada juga diberi sebagai pinjaman saja. Termasuklah suami, isteri, anak-anak. Iman kena kuat. Kalau ditakdirkan pemberian/pinjaman itu ditarik mesti ada sebabnya.
Masalah besor saham suami org nie tetap naik dimata anak dara hehehe :)
paling tepat, sila lah mengadu dan bertanya pada DIA..sebab DIA lebih tahu hikmah yang tersembunyi...
kita suka, tapi DIA murka..
kita benci, tapi DIA suka..
jadi buatlah benda yang DIA suka..jangan cari murka..kelak kita jugak yang berduka...
err maaf kalau ada salah komen ye..
As salam...
Arini koi terlebih lapang..
Koi baca dari ketiga2 sudut..miahahaha...
السلم عليكم ورØمة الله
Benar apa yang kakzakie cakap tu, sebagai hamba~Nya tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu, kecuali dengan pertolongan Allah Ta'ala..
Firman Allah, "Supaya kamu tidak sedih (menyesal) terhadap apa yang terlepas dari tanganmu, dan tidak gembira atas apa yang diberikan kepadamu." (QS Al-Hadid, 57:23)
dh byk dh jmpe kes cmni..huhu
ibarat kata pepatah...lain padang lain belalang, rambut sama hitam, otak lain2....
hmmm mintak jauhkanla..mmgla m'impikan payung emas di syurga, tp biarla sebab lain utk mdptkannya tu
cantik mata itu...
salam..
setakat nih pada koi kalau yang pompuan bujang nak berkongsi kasih ngan suami orang..lumrah lagi..yang pening bini orang gila jantan bujang..adehhh..apa yang di cari?
susah mau adil tanpa bias, jadi kena lihat dari ketiga2 sudut. tapi dari sudut pandangan lelaki, kena leburkan dulu ego dapat bertindak dgn betul.
salam..tak berani nak komen..tapi sekadar nk tulis je huhu...
Salam tuan..
Hati nampak nyata.. tapi perasaan terlalu abstrak untuk dimengertikan..
Namun andai dapat kembalikan kejernihan pada kekeruhan yang melanda, itu adalah lebih baik dari luka terus berdarah.. takut kelak menjadi nanah..
ehem~ reflect diri yg paling utama..
takut juga nak komen lebih2... kalau boleh mmg taknak ada pengacau.....
leh wat tjuk pmpuan vs lelaki niiie,,hehehhehe
perempuan zaman sekarang memang daring... kadang2 kita yg seram...
Assalamu'alaikum cemomoi
Adat manusia ada pelbagai usahanya:
"Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya". (Q.S Al-Lail 92:4)
Ada yang baik dan ada yang tidak.. semoga mereka diberi hidayah petunjuk..
Dan bagi yang mengalami perkara yang membuat perasaan goyah, bimbang haruslah merasai atau ingatkan diri bahawa semuanya bukan milik kita.. kita perlu berusaha untuk kehidupan yang abadi nanti.. jika betul dikendalikan bahagialah di sana.. Allahua'lam
cantiknyer perempuan2 arab tu haaa.... kwang3 (>_<)
najwa did read this entry..tapi ntah ler x taw nk komen ape..sbb njwa masih single kot..ngeee tapi, of cos insan biasa2(wanita) mane nk sggup b'kongsi kasih sorg suami, so hard..
kalau ikut nisbah kan lelaki masih kurang dari wanita...so biasalah kena kongsi2...huhuu..
salam
hehe...betul tu...ujian tu belum kena kat batang hidung kita sendiri...org kata boleh la cakap..sabar,ujian Tuhan..tp kalau terkena..tak tau la nak cakap mcm mana
Poligami, ermmm hukum yg termaktub dalam Al-Quran mana boleh ditentang tapi kalau lelaki yg teringin nak buat kenalah juga ikut semua suruhan yg ada dalam Al-Quran tu barulah gerenti bahagia. kalau tak...sendiri mau tahu ma!!!
assalamualaikum:
sahrom: tuan empunya badan je tau... den tak minat hal politikkkk
kak azieazah: al-hamdulillah.. di akhir zaman cenggini kalu semua pompuan berfikiran camtu kurang sikit masalah lebihan wanita tak kawin... gamaknya baru bole memanjangkan sikit jangka hayat lelaki...
Kakzakie: tang pinjaman tu sokmo kita lupa dan berasa tu semua hak kita... saya pon kena ingatkan diri saya dalam tu
akuanakpahang: heh deme kata, dah terbukti dalam banyok hal!
si para para: situ le tempat sebaik-baik aduan cuma bila kita dapat nikmat kita sokmo kata kita memang patut dapat kerana usaha lebih, tapi bila dapat bakla kita tanya kenapa kita pulak yang kena? sedangkan dua-dua tu Allah bagi untuk uji kita sama ada bersyukur atau bersabar dalam ujian tu
Cik SHiNJU: koi kena reply sema komen ter
Abd Razak: tima kasih atas sumbangan ino tu. moga dapat memberi manfaat untuk semua orang
kiwi: rempah-ratus kehidupan, cuma amik le pengajaran buat pedoman kita
Cikgu Jang: ande juga yang takde otak@hilang akal
ajumohit: moga Allah pelihara kita semua daripada kemudaratan
Adinda Amy Sensei: dari kerana mata... (nyanyi sikit!)
zulkbo: emansipasi.. dorang kata kalu lelaki bole takan pompuan tak bule?
shameel: Allah je Maha Adil... buat yang terbaik untuk semua orang walopon orang lain mungkin tak dapat terima
suri solehah: memang takutttt... kakng lebih sudu dari kuah yea
Nida: kena diskus antara hati ke hati... jangan ikut emosi
cik nurussalwa: tul tu, muhasabah diri kita le paling baik dan cari kelemahan untuk dibaiki.. tayah fikirkan sangat orang lain tu sebab nanti akan tampak nyata lagi kelemahan kita
munna: takde orang yang suka diganggu sebenonya hatta pencuri pon marah kalu hartanya dicuri. ni pulak ada pencurik ati dan perasaan yea..
iDa: panaskan lagiiiii
Abu Aiman: marah lagi ompompuan ni kanggg
kak Werdah: train diri kita dengan sifat qanaah dan syukur. moga kita sokmo dilindungi Allah daripada sebarang kesusahan
n@jwamz: oooo... nak masuk laaaa
Sham: untungnya jadik lelaki, kannnn?
Kamsiah: tu yang seriau nak cakap lebih-lebih tu
kak noorlara: ngeh3x bukan je lelaki kena kuat semangat kalu dah berpoligami, isteri-isteri pon jangan la cucuk jarum, melompat kangggg
cepuk je semua2 yang gatal tu ikat kat pokok mangge. haha
cik sakdi: mak oi garangnyaaa huuuu
Catat Ulasan