Sabtu, 26 Mac 2011

la tahzan innallaha ma'ana

(pinjam kaki kawan yang nak terjun laut jadik model buat tepek kat blog)

errr... cam besa... alasan sibuk dan mana sempat je merayau kat blog kengkawan dan tetamu yang bertandang, tima kasih ... dan mohon maaf kalu mana yang tak sempat tu

la ni, (sejak semalam hingga isnin ni) bertapa kat cherating, sedang dipaksa memerah otak memikirkan ke mana lagi nak bawa haluan jabatan... jadik terlupa kejap pasal tanah aku yang sedang rakus dibahagi-bahagi sesama mereka bagai si hyena (dubuk) meratah habuan yang dicuri dari cheetah yang berhempas-pulas mendapatkan rezekinya.

siannnn...

tima kasih pada semua yang memberikan pandangan bernas dan sokongan moral. di samping tu, bila berkesempatan jumpa kengkawan tu kat sini, tentulah cuba jugak cari solusi dan kabel yang mungkin dapat membantu. moga akan ada hak yang kembali kepada yang berhak... ops! seblom terlupa nak terjemahkan tajuk n3 seblom ni... sian gak ada yang bertanya tu... ok, sila baca macam sudin dapat surat cinta bawah pintu dalam filem seniman bujang lapok "err sekali bahassa arrob daaa..." maknanya 'bila kamu berhutang maka hendaklah kamu tulis...' - kaitannya dengan tanah tu, daftarlah!

21 orang adijauhari:

si para para berkata...

jangan bersedih..sabar..
hutang tu tak boleh buat main main..
kalau mati dan masih belum bayar hutang, nanti roh tak di terima,,
betul kan..

iDa berkata...

pe mksd tjuk dia 2 ek?????bhasa arab kn????mst awk pndai bhasa arb....best laaaa

Yasri berkata...

Teruskan pertahankan hak sendiri..kalau tak senyum beso lembu2 tu semua....

Farhan Zulhusmi berkata...

otak tu kena perah smpai kering x??hahaha

NICK IRFAN berkata...

eh! xhbis lagi ke masalah pasal tanah tu?

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kasut jer tinggal mana pegi orangnya, dalam ombak yang menjulang tu ker?

azi nur berkata...

"la tahzan innallaha ma'ana"

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Harap2 hal tanah tu setel secara adil la yek...Lama seh x gi cherating..kalau balik pahang sempat ke pantai sepat jek..huhuh

Miecyber berkata...

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

RAM & ROM

shameel Iskandar berkata...

la tahzan innallaha ma'ana ,
jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. selagi kita berada di pihak yg benar, tewas di dunia tapi yg ptg menang di sana.

namun kita bijak merancang dan tidak berserah kpd Allah semata-mata.

Dulu kat kg saya pun ada kes, seog pakcik tua mmebli tanah tapi tidak tukar nama. hanya beradasarkan saling percaya. masa berlalu, harga tanah itu meningkat berkali2 ganda, lalu si anak kpd si penjual tanah dtg menuntut hak, katanya dulu arwah ayahnya hanya memajak sahaja dan bukan menjual. lalu dibayar dgn harga yg lama (rm20 ribu) sdgkn tanah itu mengikut harga semasa lebih kurang rm150 ribu. Disebabkan tiada rekod pembelian, akirnya si anak itu berjaya miliki tanah tersebut.

dyea irdina berkata...

wah bersiaran dr cerating....best!best! tenang kan jiwa..sambil menyelam (tp klu ombak besar tak yah cr pasal k)

akuanakpahang berkata...

Assalam ..entoh bulan bila kawan lepak disini lepak ngan awek kawan (org rumah) hehehe :)

Sham berkata...

koi harap tanah tu dapat disetelkan dengan baik...wei aok ke cerating tak usha2 clubmed ke...?he heee..

fisha berkata...

lama tak lawat sini.. sedeh blog kena virus ritu. sob..

P/s: setiap yg berlaku pasti ada hikmah kan cemomoi.

Mohamad berkata...

Pernah sekali ke Cherating... rasanya nak juga pegi lagi ke sana. Cantik pantai tersebut..

Dah lama.. barangkali banyak perubahan yang berlaku...

sahromnasrudin berkata...

mak aii..tingginya ombak tue..mcm mini tsunami la plak huhuhhhh

kiwi berkata...

kiwi x pernh smpai lg cherating..hehe..mcm best je..

Aanas berkata...

meh nak teka makna entri.. jangan bersedih, Allah bersama-sama kamu.. betoi ka... tahu la tahzan jer..

kita balik tengganu tiap2 tahun, idok ler pernah singgah kat cherating tuh.. bukan kata cherating, segala pulau kat tengganu pun tak sampai lagi.. pulau kambing jer penah gi... hehe...

p/s: moga jumpa jalan penyelesaian pasei tanah tuh..

zaty luvlianncezzz berkata...

blaja bhsa arab bshh ape kn..bhsa al quran
Ok come visit my blog
Yg menariknya~~~
zaty luvlianncezz dh da fb!!

Nida berkata...

kalau kami ada di Kuantan boleh juga tuan Cemomoi singgah rumah..

Rindu nak ke Legend..

p/s: setiap dugaan yg menimpa datang bersamanya hikmah yg tersembunyi..Insya Allah

cemomoi berkata...

assalamualaikum;

si para para: tul tu... kat akhirat tukar ganti dengan pahala, kalu tak cukup amik pulak dosa orang

iDa: tak pandai sangat tu pon dah abih lupa...

Yasri: tima kasih... sedang berhempas-pulas ni

Farhan Zulhusmi: sikit je lagi nak kering uuuih

NICK IRFAN: selagi blom dikuburkan...

Abd Razak: hiii... kat situ la gamaknya ustaz... cari damai

azi nur: semoga Allah kabulkan doa kita tu

Cik SHiNJU: harap camtu le

ooo syok kampung dekat dengan laut yerk

Miecyber: harap hikmah yang baik le

shameel Iskandar: ada dengo juga kes camtu.. orang kita dulu-dulu berpaksikan kepercayaan sedang orang sekarang berpaksikan meterialistik

dyea irdina: a'ah lupa jap segala masalah bila lawan omabk tu

akuanakpahang: jelessss

Sham: tengok dari jauh je... skudeng pon sedap juga

fisha: harap semuanya dah ok... yang tak ok nak memikirkan hikmahnya je.. banyak yang tersirat

cikgu Mohamad: memang cantik nak bandingkan dengan teluk cempedak tapi lantai lautnya bahaya sebab berlekuk

sahromnasrudin: syok cabar ombak tsunami kecik tu

kiwi: kena pegi jugak... memang best

Aanas: pandaiii cakap arab yea

cherating cam gak pantai terengganu yang lain... menarik rugi laaa

tanah tu sedang bergelut lagi ni... harap ada yang terbaik untuk semua pemiliknya

zaty luvlianncezzz: bagus kalu tau bahasa arab ni... dapat juga hayati bacaan solat kita

Nida: ala... ajak-ajak ayam ke nih? tima kasih ingat nak jemput tu pon dah satu rahmat

moga kebaikan akan ada diberikan oleh Allah kelak