Jumaat, 18 Februari 2011

diceritakan sorang kawan:

member dia ni kira sorang suami yang baik le. dunia dia ialah rumah dan opis. tapi dek kecewa sangat dengan perbuatan isterinya, dia amik jalan pintas; bunuh diri. hari-hari dok bertungkus-lumus bekerja tetiba tau isterinya main kain kayu tiga... takleh nak gambar perasaan kecewanya. dia telan bahan kimia yang ada dimakmal kat tempat dia kerja. pada hari kematiannya, ramai yang kata jenazahnya berat sangat. sampaikan orang yang bawak van tu pun kata cenggitu. bila nak tanam, berlaku lagi masalah. tak muat kubur walopon dah dicuba lebarkan beberapa kali. sudahnya, tok imam kata, "kita letak kat hujung kubur. jauhkan daripada orang lain." selesai masalah.

masalah lain pulak timbul. ada orang slalu dengar dan nampak arwah di tempat kerja dia. orang mula cuak. satu ketika, ada budak baru bertukar kat situ. bila dia bekeja kat situ, pernah le bersembang dengan kawan tu. nak jadik crita, satu hari dia tanya la kat staf lain. meremang bulu roma dia (sama macam aku ketika mula dicritakan) bila tau kawan barunya tu dah meninggal dunia. dia pon tak brani datang keja. akhirnya, opis amik keputusan buat bacaan yassin beberapa hari sampai le hilang gangguan tu... tapi pobia jugak le nak keja sensorang...

bagi si isterinya pulak, asal nak masuk bilik air, bukak je pintu nampak suami tengah bertenggek atas jamban. g ke dapur tengok suami tengah minum. kat mana aja dalam rumah tu dia tengok suaminya ada... dia pon tak bole duduk lagi kat rumah tu. takut! pindah le. dengan lelaki yang ada hubungan tu pon akhirnya tak jadik nak kawin...

ya Allah, na'uzubillahi min zaalik...



Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : “Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.” (Shahih Muslim)


* dah makin ramai orang islam jadikan trend ni untuk setel masalah,

Related Posts:

  • MEMBUKA PINTU RASA HARAP & TAKUT "اذا اردت ان يفتح لك باب الرجاء فاشهد ما منه اليك فاذا اردت ان يفتح لك باب الخوف فاشهد ما منك اليه." "JIKA kau ingin dibukakan pintu harapan, lihatlah kurnia-Nya kepadamu. Tapi, jika kau ingin dibukakan pintu takut, lihat… Read More
  • SANGKAANMU SENDIRI YANG MENJADI HIJAB "ما حجبك عن الله وجود موجود معه ولكن حجبك عنه توهم موجود معه." "Bukan keberadaan benda yang menghijab dirimu daripada Allah, tapi yang menghijabmu daripadanya adalah sangkaan adanya wujud lain selain Dia." -- Syiekh Ib… Read More
  • KELUARKAN TUHAN-TUHAN KECIL DI HATIMU SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Jika engkau mengeluarkan makhluk di dalam hatimu, maka engkau akan bersama Al-Khaliq. Dia akan memberitahumu apa yang bermanfaat bagimu dan apa yang menimbulkan mudarat." "All… Read More
  • TIDAK ADA YG KEBETULAN DI DUNIA INI Seorang petani Scotlandia mendengar jeritan anak minta tolong yg datang dari semak belukar dekat rumahnya. Secara spontan dia berlari ke arah suara itu & menemukan seorang anak laki² sedang berjuang keluar dari lumpur … Read More
  • PERJALANAN KALBU MENUJU KE HADRAT ALLAH SWT SYEIKH Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya: “Sesungguhnya permulaan (bidayah) itu bagaikan cermin yang memperlihatkan akhir (nihayah). Barangsiapa yang permulaannya selalu bersandar kepada Allah, pasti akhirn… Read More

32 zmn org suka mengomen:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Kecewa di dunia dan kecewa di akhirat..moga Allah mengampunkan dosanya

Aku Anak Pahang berkata...

Moralnya jangan buat kerja bunuh diri ini roh hura-hara tak tau kemana nak tuju kata dek org. Kaco juga kalau jadi macam citer kat atas tu.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum cemomoi..trime kasih ya..akan diambil iktibar dari penceritaan ini

Relevan berkata...

Misteri nusantara...terjun sungguh2 tu..

Cik SHiNJU berkata...

Nauzubillah...
Mohon dijauhkan kita semua dari perbuatan bunuh diri nih...

Dulu maid pakcik koi pun bunuh diri..Dia gantung diri kat pokok mempelam blkg umah..sebabnye suami dia kat Indon main kayu 3...Perasaan kecewa tu boleh buat org hilang pertimbangan kan...Mcm dah xde jalan lain...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

hah itu lah bahana bunuh diri....

munna berkata...

skrg ni makin ramai yg berlumba-lumba nak bunuh diri....

semoga dijauhkanlah dari keluarga kita semua...

Asmi Asmidar berkata...

banyak betul kes bunuh diri sekarang . . .

MOMMY CGG berkata...

salam singgah:)

suri solehah berkata...

salam..moga jadi pengajaran untuk org lain..isteri curang satu hal..bunuh diri lg satu hall..dua2 pun dosa besar..

Kakzakie Purvit berkata...

Setiap yg bernyawa memang akan pergi tapi tak boleh ikut suka hati nak mencabut nyawa. Izrael pun ikut perintah Allah kalau nak cabut nyawa seseorg...

Ati Masrif berkata...

as salam cemomoi,

semoga cerita ni menjadi ikhtibar
kepada semua orang..

lately ni ..ramai sgt org islam
bunuh diri...minta dijauhkan dari
kita semua...ameen!

Adinda Amy Sensei berkata...

jalan pulang luas terbentang.....

saharul berkata...

bomohpun takleh nak tolong halau hantu bunuh diri nih....payoh gamoknyer sebab roh tak diterima bumi....

Miecyber berkata...

Sungguh singkat jalan yang di pilih...

Bank ditipu RM 19 juta

shameel Iskandar berkata...

Trima kasih cemomoi atas perkongsian yg menginsafkan. jalan pulang luas terbentang selagi hayat dikandung badan. selagi ada siang dan malam. selagi ada matahari dan bulan.

Bunuh diir besar dosanya. mengapa harus menoktahkan hidup dgn begitu hina. moga Allah menjauhkan kita semua dari semua itu.

Sham berkata...

aduh sadisnya cerita...napela pendek akal sangat...?

Tanpa Nama berkata...

subhanallah.. mintak2 la dijauhkan dari menimpa diri dan sahabat2 kita

Unknown berkata...

Pendek akal sampai bunuh diri..hanya org yg kurang iman je sanggup buat mcm tu....

Abu Aiman berkata...

bunuh diri bukan penyelesai masalah. semoga kita sentiasa dilindungi-Nya.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

takut mendengarnya.

akhir-akhir ni ramai betul orang kita yang kononnya islam mati dengan cara begini.


terus tak keluar tajuk berita lepas dapat tahu puncanya dari bunuh diri.

ikan emas berkata...

kisah benar ke ?

kes ni org kita ke ?

bunga bukan sekuntum !
semoga rohnya dicucri rahmat

CekWa berkata...

mintak dijauhkan dari perkara seperti ini...

Nizam Awang Brahim berkata...

Dunia boleh sakit.Akhirat pun boleh sakit juge.Saje cari penyakit.

So Shy Lady (SSL) berkata...

assalam,
hmmmmm...tpaku sjenak.
padahnya bila iman kurang d dada

mohon d jauhkn dr blaku kpd kita n famili

Amri Abd Rani berkata...

dosa bunuh diri balasannya neraka Jahannam, dikira xde iman..

Allahualam.

Fello Ariza berkata...

mcm2 boleh berlaku..huhu

I'm Seri berkata...

Nauzubillah...

Macam-macam bila dunia dah makin panas..

si para para berkata...

kalau dia tahu akibat peruatan dia tu..mesti dia takkan bunuh diri..

terokai seni berkata...

assalamualaikum;

semoga Allah selamatkan kita semua daripada melakukan salah satu doa besar ni. memang menyedihkan bila sejak akhir-akhir ni, membunuh diri menular dalam masyarakat islam. ia memberi mesej keruntuhan iman di kalangan orang islam semakin parah sampai tergamak memilih jalan yang tiada ruang untuk bertaubat lagi... tiada jalan pulang! na'uzubillah

"Allahumma ahyana bil iman, wa amitna bil iman..."

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

Membunuh diri (na'uzuzubillahi min zaalik) tu mengambil tugas Allah, zalim kepada Allah.. mudah2an kita tidak ikut jalan yang bengkok ini.

terokai seni berkata...

kak werdah: pada Allah jua kita mohon dimatikan dalam keadaan Allah redha pada kita... amin!

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,886

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak