penat balik dari kursus hampir 3 hari ni, saja la nak kongsi crita orang yang dapat dari emel ni... maklum la tinggalkan orang rumah time cuti hujung minggu... uuu
Assalamualaikum, (minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuatnyer. tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah ke atas kamu!!!).
95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan ke arahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah seranah nak meredakan nafsu. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...
Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu. tutup setutupnyerrr. kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. aku bukan orang warakk. aku bukan orang alim ulamak. aku hamba Allah yang biasa. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..
http://www.zaharuddin.net/
Isnin, 20 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 zmn org suka mengomen:
Salam cemomoi
Yang halal jelas dan yang haram juga jelas.. jalan untuk bermujahadah memang sukar.. namun untuk dapat kemanisannya kena sabar melawannya..
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga..." (Al-Israa' 17:7).
Salam, bergitulah bila dunia sudah berada diakhir zaman. Kita org lelaki mmg terpaksa menerima dugaan yang amat besar. Sesamalah kita berdoa semoga kita tidak diduga dgn dugaan seperti ini.
Assalamualaikum...
Dunia kini amat sukar, keluar sikit dari rumah dah dapat dosa...
as salam..berpuasalah..ia boleh hindarkan nafsu serakah kita
salam..
kesian ke rodong..muge dia banyok bersabor..
saya yg perempuan ni pun malu nak tengok.
apalah nak jadi kann..
assalam..
mudah2an..sy dijauhkan dr menjadi slh seorang penyeksa lelaki..
ameen..
dunia akhir zaman, makin ramai yg tak jumpe jln pulang...
cemomoi.. begitukah
ni la hasil bile dah terpengaruh dgn budaya luar..
salam..
setan besor menggoda tu..?
kadang-kala warak hanya pada
nama dan pangkat..realiti hati
ngalah yahudi pun ramai..tak
giru bang?
lagi tebal iman
lagi byk godaan
mmg byk godaan sekarang ni
pokok pangkal hati org itu
moga di jauhkan....
salam tuan cemomoi,
tak tahu nak kata apa.. nak buat camna, nampaknya hari2 ler kena puasa, kasi penjara sama itu nafsu..
pst: seksi gambo..
kadang2 malu dengan kaum sendiri yg tak tahu malu. .sekrang niy fesyen bertudung dan hijab lebih sopan dan menarik. . .mungkin la , ada yg kata yg berpurdah pun kena rogol buat maksiat tapi sekurg2nya tidak menaikkan syahwat yg memandang. .
sedih melihat keadaan yg kian menjadi-jadi sekarang ini. bukan taka tahu dosa. tapi mata hati telah tertutup utk menghayati iman. Sedih....
merenung kejap lepas bace entry ni. rase nak share je link ni. humr.. tapi betul la.. pmpuan skrg seksi2.. :(
memang susah nak cakap, celik je mata dah standby dosa kering menunggu, dari tv, radio apatah lagi bila kluo rumah ... teruk le ... sama ada lelaki atau pompuan, kedua-duanya tetap berperanan menyumbang kepada maksiat...
Catat Ulasan