seingat aku, aku melukih sejak kecik. kat sekolah tadika, aku dah ada peminat. sepanjang waktu membeso tu, tangan tak ble pegang pensel. kekadang buat gak keja vandal. aku melukih (guna arang) kat tiang atau gelegar bawah rumah aku. kekadang melukih jugak kat pembetung (guna batu kawi dengan sedikit air liur) yang kami gelar jemetung/kelebot (culvert) - longkang besar tempat kitorang selalu main air (kalu takde keja, heee kami tangkap kucing dan 'ajo' dia berenang kat situ)
ralit tul aku tengok lukisan cina ni, sempoi je nampaknya
walaupun dianugerahi bakat tu, aku tak pulak amik kelas formal (paper lukisan pon tak amik) untuk tingkatkan kemahiran. jadik aku tak brapa reti teknik menggunakan sebarang warna. ada la skali g bengkel melukih kartun anjuran pekartun (persatuan kartunis wilayah) time kat universiti dulu. tapi bengkel tu terlalu basic. walopon aku bukan pelukih amatur jauh skali profesioanl, tapi skill aku boley laaa takat kalu nak melukih kat pasar malam (uuuuiii riak ke aku ni, nauzubillah... sebenonya aku pnah meniaga lukisan spray, time skuloh dulu waktu sukan antara daerah di pahang, kira macam meniaga kat pasar malam la jugak...)
juri awam diperlukan
ada keja ada gaji! tapi ada juga keja yang takde gaji.. takde gaji sebab nak mintak tolong kengkawan tolong mengomen hasil tangan aku ni. jadik dipendekkan crita, sesuai dengan niat aku itu ari nak study lukisan cina, so nak minta tolong sesapa yang pakar melukih tu tolong tunjuk ajo camana nak improvekan skill melukih aku ni.
psst: dah beberapa kali aku lukih ni, yang awal itu ari dah bagi kat kawan, tapi yang ni takde orang nak lagi nih
Sabtu, 27 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 zmn org suka mengomen:
tangan koi memang takde seni langsung dari kecik..lukis orang lidi pun bengkok...
x sangka plak cemomoi ni pandai melukis. jangan padamkan bakat yg ada sebab ia anugerah yg amat bermakna.
Saya tak mahir melukis. Ermmm cantik juga apa yang awak hasilkan tu...!
salam...
lukisan ke dua tu
aok yang lukih ke..?
pada koi bagus sangat
dah di mata koi yang
buta lukisan nih..he he
Pergh mmg cantik nie.
Teringat masa sekaloh dulu kalau draf gambo mmg cantik bila warna aje abis lebur huhuhu :(
Jom Jalan-jalan ke akuanakpahahang "Tak kenal maka tak cinta."
hii
cempaka datang
add cempaka juga ya
ckLah kalau sketch...okeylah juga. Kalau guna water colour, failed!!!
:D
Memang tak pernah ambik Pendidikan Seni visual kerana dari tingkatan satu sudah kena ambil Bahasa Arab dan Pengajian agama tinggi...sekolah agamalah katakan.
***Buat komen semula...sebab tadi banyak salah picit aksara di papan kekunci!
;D
Seadilnya, tiada lukisan yang benar-benar cantik atau yang benar-benar hodoh.
Kerana lukisan itu adalah seni dalam kelasnya yang tersendiri.
Ianya tetap cantik di mata setiap orang yang pandai menghargai..
begitulah sebalik di mata orang yang tak tahu apa-apa...
Normal lah tu.
Salam...
Aok nak cari pakar ttg lukisan?
Bertuah aok,koi la orangnye...org yg xdok kaitan ngn pencarian aok ter..huhuh :D
salam,
subhanallah, cantik la.. serius :)
tp sy xde bakat melukis . stk lukis org lidi je boleh la..
Bakat tu ada lah sesikit. Dulu pernah lah jugak menang pertandingan melukis kat sekolah. Tapi sekarang ntah kemana dah pegi bakatnya.
paling suka lukisan yang ada unsur air. cantik sangat lukisan tu. teruskan berusaha
wooooooo...nak! nak! kasi saya la bang lukisan tu. hehehehehehehe
gurau~ cantik.
cantik
Salam cemomoi..
Bab culvert tu pernah tersangkut, hampir lemas dibuatnya, sejak tu kak tak berani lagi ulang alik dari parit besar ke parit kecil.. serik.. kecik2 dulu bermain mengalahkan bdk lelaki...
Bab nak jadi cikgu lukisan seni ni tak reti lah.. dulu ajar LK pun sekejap je.. apa-apapun memang cantik lukisan tu.. masyaAllah..
assalamualaikum Bro
masyaAllah, saudara ada bakat yang best.walaupun nampak simple, tapi dari hasil yg saudara paparkan, ia ada nilai seni yang boleh dipolishkan lagi.
p/s:saya suka lukisan tuu
Salam...
X sangka cemomoi ade bakat dan pandai melukis...
Jangan sia2kan bakat...teruskan mengasah bakat tu..=)
wah. berbakat ;D
salam..lukisan no 2 tue memang berseni sungguh
cantik la lukisan ni...
Salam cemomoi,
Tidak kurang hebatnya juga dengan lukisan cina di atas tu..hebat tu. Kalau tak ada tulisan khat jawi dan catatan nama, barangkali orang akan kata lukisan cina juga...
ingatkan cakar ayam yang boleh dimakan tuu...
salam.
orang seni ..lukis apapun
nmpk kesenian nyer..
cantikkk lukisan tu..
emm..nk beli tak mampu..huhu
salam tuan,
lawa lukisan air terjun berbatu2 tuh.. utk somebody yang 'tekak ulo' cam koi nih, sumer occay jer.. cuba tanya this girl, emilayusof.com . I like her sketches..
assalamualaikum:
tima kasih rakan-rakan yang memberikan komen membina. dan koi setuju apa yang dikatakan oleh kak azie, apa jenis lukisan pon ada kelas tersendiri dan penilaian oleh orang yang melihatnya.
koi ni termasuk dalam genre kartun. jadik tak banyak, sikit pengaruh tu mesti ada dalam lukisan... so kalu diamati betul-betul rasanya lukisan tu tak le nampak naturalnya pon
bagi yang berminat kalu ada stok lukisan ni, meh le jumpa aku insyaallah aku bagi free je. walopon pnah berniaga, lukisan tu dibuat atas jubin atau cermin dan menggunakan spray dengan cat. tapi kalu lukisan atas kertas cenggini besanya kalu ada kawan aku yang menyebut dan ada kesempatan untuk aku berkarya, amik je la sebagai tanda ingatan
pandainye akak lukis.klu mata saya yg tak pandai ni mmg dah cantik.tapi tak tau la klu org lain yg pro die komen cmne..saya plak boleh tiru je xpandai lukis sdri..
assalamualaikum
cikgushikin: heee... tima kasih atas pujian tu... lukisan orang tak masuk kelas gitu le gayanya
cuma, sedikit pembetulan, memang kebanyakan orang yang singgah kat blog ni mesti ingat pemiliknya sorang pompuan apatah lagi dihiasi dengan gambar anak-anak. bezanya blog ni dengan blog orang pompuan ialah blog ni jarang bercrita hal pribadi melibatkan kluarga sendiri.
apapon tima kasih kerana sudi bertandang kat sini walopon blog ni tenggelam timbul. yang ni penjelasan lanjut tentang 'cemomoi'
http://cemomoi.blogspot.com/2010/08/eksklusif-sempena-merdeka.html
Catat Ulasan