Rabu, 1 September 2010

brapa orang kena tangkap khalwat semalam? brapa ramai pulak perempit yang membingitkan malam merdeka? sibbaik sambut merdeka time bulan remdhan. kalu tidak mesti ada letop, letop nak bagi meriah, kan? bebudak dilarang main mercun, orang tua takpe plak... ajar anak jalan lurus, mak bapak ketam sendiri jalan senget... sian!!!

dua tiga ari lepas, ustaz kat surau crita dalam kuliah singkatnya ketika waktu senggang solat tarawih. dalam satu kajian oleh sebuah universiti kat selangor ni, daripada 400 pelajar yang ditemu bual, 300 mengakui pnah berzina. 85% daripada dorang menganggapnya sebagai perkara biasa, takde yang luar biasa melainkan biasa-biasa aje... "nak salahkan sapa ni?" tanya ustaz. "kalu disebut kang panjang pulak..." ustaz kata lagi, "bila kita hilang keyakinan terhadap perkara ghaib; tauhid kepada Allah, kepada para malaikat dan kepada hari pembalasan, kita tak akan rasa apa-apa lagi."

perubahan budaya kita sangat teruk. daripada yang baik kepada yang buruk. yang teruk-teruk tu dulunya dah berjaya dibuang tapi kembali meresap semula. cam crita-crita hantu yang diidopkan semula, berjaya mengembalikan kepercayaan tahyul, sihir dan amalan kurafat ke pangkuan masyarakat. dulu-dulu orang bertertib dengan budaya, tapi yang tinggal kini 'apakan daya' je. teringat masa part time keja kfc waktu blajar dulu. sorang manager pompuan tu kata, dia dah bertunang. tapi kengkawan yang level makcik-makcik ngan aku bagitau, "heh! bbudak sekarang... bertunang sesama dia je. sarung cincin sendirik dah kira bertunang." eeesok, macam orang kristian aje. nak kawin g jumpa tok kadi, nikah tanpa kesahkan mak dan ayah lagi dah...

sedihhhh

11 zmn org suka mengomen:

Abd Razak berkata...

Salam..

Kawan-kawan pernah cerita malam selepas sambut tahun baru atau malam kemerdekaan atau yang sewaktu dengannya, penyapu sampah menjumpai begitu banyak sekali condom bersepah..

Unknown berkata...

Salam,
Sekarang ni keadaannya teruk, 10 tahun akan datang tak tahu macam mana? Bermula di rumah, sekiranya mahu menangani isu sosial ini. Suasana rumahtangga Muslim perlu diwujudkan. Peranan masyarakat, sekolah dan pemerintah tidak kurang pentingnya.

Unknown berkata...

huhu...mengerikan..
saya dah la masih bujang...mesti susah nak cari pompuan baik2..huhu

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

Mimie.Candy Cane berkata...

sehari sebelum merdeka tu pun koi ade bincang pasal ni ngan kawan2..ape nak jadi dunia...

sahromnasrudin berkata...

salam...sukar nak diungkapkan akan situasi zaman sekarang..amat mencabar...cube lihat facebook..remaja wanita galak menayangkan gambar yg mendedahkan aurat..sungguh tak dpt digambarkan...

Zezebel berkata...

Waaaaa....
teruknya. mungkin dunia ni dah balik ke zaman jahiliyah kot?

en_me berkata...

sodeyy kanns..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Risau rasanya..

Masing2 ada anak. Semoga anak2 kita dijauhi dari perbuatan macam ni..

saharul berkata...

mengundang maksiat semue tu.....kerajaan mboh ke tanggung?

azieazah berkata...

Ya.. sedihhh...

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

abd razak: tiap tahun memang crita tu femes sangat tapi yang jelas botol arak memang berterabur, tanda kita masih merayakan kemerdekaan secara jahiliyah

luahfikiran: setuju, cuma kekadang sebaik manapun kita didik anak, bila mereka kluo tu yang kita risaukan tu, maklum le jiwa muda...orang tua pun ramai yang tewas dek pengaruh negatif ni kan pulak bbudak yang sentiasa ingin mencuba

iqbal: insyaallah, ingat janji Allah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitu le sebaliknya... tapi kot tak berlaku seperti tu, mesti ada hikmah yang Allah aturkan

mimie: alhamdulillah kalu ada generasi muda yang sokmo ingat menda cenggitu. ada semangat untuk baiki keadaan, insyaallah Allah akan tunjukkan jalannnya nanti

sahrom: tak reti nak kabo... kita ada anak-anak yang kena jaga agar tak ikut perkara 'lagha' (sia-sia) tu. moga Allah selamatkan keluarga kita

zezebel: orang yang yang memilih jalan sesat tu le yang terbalik setelah ia diberi petunjuk oleh Allah kerana dok ikut perkara yang dah lama ditinggalkan dek manusia yang diberi hidayah oleh Allah

en_me: moga kita terjauh dari kemurkaan Allah

azrina: tul tu, moga Allah beri petunjuk dan bimbingan taufik dan hidayah dalam mendidik anak-anak

cekgu jang: g ke kerajaan sudohnya berbalik ke kita juga... sebab tangan kita yang memilihnya

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak