Rasulullah s.a.w. bersabda : “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau misk (minyak wangi kasturi). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"kenapa ngah?" bila maknya tengok angah berjalan sambil pegang seluo kiri dan kanan.
"seluo ni ha dah beso..." bila dia lepas, sluo tu tak semena-mena terlondeh.
"takpe ngah... lepas abih bulan posa, ngah makan banyak-banyak yea..."
(lena diulit mimpi, tu yang ngigau tu)
aiseh, miss lagi sahur ari nih. cuma lebih baik dari kelmarin, semalam sempat juga minum dua tiga teguk air. yang jadik masalahnya ialah dah dua ari tak makan nasi ni. besanya, lepas berbuka yang ringan (kuih ke, cekodok ke) atau sederhana berat (kelmarin dengan bihun goreng dan sedikit pulut), aku tunggu sahur baru bule masuk nasi. maklum le tangki kecik.
semalam dah pekena bubur pulut hitam dengan tauhu sumbat orang rumah buat, dah tak larat. tambah dengan hujan lebat. mula la orang lalu pon tak nampak kelibat. cuma masih sedo kat mana arah kiblat. tido pulak lambat. asyik dok jenguk blog sahabat. sedo-sedo, sahur pon dah terlewat. apa ada balun je asal sempat. harap-harap hari ni masih kuat. lagipon apa la sangat. nak banding sedara kita yang posa dalam bencana banjir dan perang yang hebat. kan? kan? ...
ok, chayyuk, teruskan sisa-sisa ramadhan yang masih ada.
Ahad, 5 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 zmn org suka mengomen:
Tak payah sahur pun boleh puasa. Cuma tensen lar sikit terlepas sahur. hehehehe...
hehehe..chaiyok2..insya allah sampai berbuka..
selamat hari raye pakcik cemomoi...
hihi...itu dia..penangan raya :)
selamat 'merdeka'..insyaAllah~target nak merdeka!
TERBARU: Bayyinat-penjelasan
Salam ramadhan.. salam hari minggu semoga ceria sokmo.
Alhamdulillah dapat juga seteguk dua buat alas perut.
Setkan minda, tanpa sahur puasa mesti tetap berkualiti.
*Syukur, kami setakat ini belum pernah terbabas sahur. Maklum kesian anak2 yang masih kecil tapi semangat nak puasa.
Sedih dgn ramadhan yg akan berlalu ..
moga kita bertemu lagi dtahun-tahun yg mendatang..insyaAllah
raya kena gembira ..orang melayu suka sedih sedih
eh! en cemomoi ni umor 30 kan? dah ada anak kan? jd maaf la sy pggl uncle cemomoi boleh x? sbb selalunya blogger lelaki yg umor 30an ada anak mmg sy pggl uncle... hehehe
salam..sy mmg jarang besahur cuma bangun jugak jam 5.15 pagi tue utk minum dan agar tidak terlepas sunat kan
assalamualikum:
zezebel: tul tu, sahur tu sunnah, makan kurma pon dah kira ok untuk mengambil pahala sunnah
mimie: cayyuk, bile naok balik ganu? slamat raya le
iqbal: merdeka rohani dan jasmani? lepas ramadhan takut kena jajah balik dek nafsu dan setan
akuanakpahang: alhamdulillah ceria ander lagi ketnya kelat juga pasei gaji + duit raya lebur nak cover insurans, time gini la dia kiok
kak azieazah: koi bangun sahur pasal bbudak nak posa le, kalu dak padan dengan minum air je
abg lanabulu: adat pertemuan ada perpisahan, moga berkesempatan pada tahun depan, insyaallah
brutalsolo: tul tu, menyambut kemenangan dalam nada sedih, apa barang yea...
nick irfan: lebih dari itu, umo je tua, body menten lagi... heee, 'aku tak kesah' (arrow)
Catat Ulasan