Jumaat, 16 Julai 2010

baru dapat emel ni hari ni, dek perlukan tindakan segera elok le dipanjangkan...

1) Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah

Kepada semua KAWAN – KAWAN / Dear Friends

Saya ingin menyampaikan permohonan bantuan oleh Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah, Batu 13, Puchong untuk membantu mereka membayar bil elektrik yang tertangguh dari tahun lepas. Detail adalah seperti dilampirkan.

Puan Azuana, penjaga rumah tersebut memberitahu yang pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah mengeluarkan notis pemotongan sehingga 3 Mei ini. Jumlah tertunggak lebih dari RM5000. Pihak TNB meminta rumah tersebut membayar sekurang-kurang 1/3 dari jumlah tersebut.

Minta jasa baik pihak kawan2 semua untuk membantu seberapa mampu. Sekurang-kurangnya kita dapat mencukupkan 1/3 yang diperlukan.

2) Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH

Bantuan anda semua amatlah diperlukan bg menyelamatkan seramai 400 org pelajar Sekolah Agama Rakyat (KAFA INTEGRASI) AL WAHIDAH, Taman Bukit Indah Ampang kerana pada masa ini bangunan sekolah mereka sedang dilelong oleh pihak bank berkemungkinan daripada pemilik bangunan tidak mampu membayarnya.

Harga yang ditawarkan adalah RM 550,000 yang pihak sekolah tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membelinya walaupun Pengetua sekolah tersebut sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan wang yang dikehendaki.

Pihak sekolah diberikan masa selama 6 bulan oleh pihak bank bg menyediakan wang tersebut. Setakat email ini ditulis pada 09/05/2010 pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 20,000 dan mereka menpunyai masa lebih kurang 5 bulan lagi.

Oleh yang demikian, pihak sekolah sedang menjual saham sebanyak RM50 seunit bagi sesiapa sahaja yang ingin membeli bagi membantu pihak sekolah menyediakan wang yang secukupnya. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan kepastian mengenai keadaan sebenar, tuan2 dan puan2 bolehlah menghubungi sendiri Pengerusi Sekolah tersebut seperti butir2 di bawah.

HJ MOHAMED BIN SAHARUDIN - 0162953756 / 0199476844

Sumbangan tuan2 dan puan2 bolehlah dimasukkan ke dalam akaun bank seperti di bawah
Akaun : KAFA INTEGRASI AL WAHIDAH
Maybank :: 562209609000

3) Pusat Jagaan Siraman Kasih ,Rawang

Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera

Pusat Jagaan Siraman Kasih merupakan sebuah PUSAT KEBAJIKAN yang menaungi seramai lebih 60 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat. Pusat ini telah diasaskan oleh Pn Hajjah Kamariah Yaakob,seorang bekas guru sekolah kerajaan yang berhasrat menjadikan PJSK sebagai pusat membela kelompok anak-anak kecil yang sebegini.

PJSK juga berperanan sebagai Pusat Pengumpulan dan Agihan Bantuan berupa makanan asas, pakaian serta barangan lain untuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, terutama kepada anak-anak miskin, ibu tunggal, warga emas dan lain-lain.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sebarang bantuan untuk sama-sama menyumbang dan berkhidmat kepada mereka yang sangat memerlukan ini. Sebarang bentuk bantuan kewangan boleh di buat atas nama RUMAH SIRAMAN KASIH. Akaun Maybank 562012003129. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Pn Hajjah Kamariah Yaakob: 016-331 3546 atau fakskan ke nombor 03-6733 1690.

"Semoga usaha kita ini dinilai oleh Allah serta menjadi amal jariah yang berkekalan dan mendapat balasan yang terbaik di akhirat nanti."

psst: sesapa yang dok di kawasan berhampiran boleh le tolong kompomkan maklumat ni agar sekurang-kurangnya membenarkan maklumat berkenaan dan orang yang nak membantu pon lebih konfiden...

9 zmn org suka mengomen:

Abd Razak berkata...

Salam, terima kasih untuk info ini

Aku Anak Pahang berkata...

Jom sesama menyumbang utk kebaikan.
Sekumtum doa dihulurkan semoga anak2 yatim tersebut terus di rahmati.

Tanpa Nama berkata...

kalaulah maCy mmpu bntu..

Unknown berkata...

Saranan saya kawan-kawan yg ada main nuffnang kat blog,gunakan duit tu utk sedekah..saya bukan kata sumber tu duit tu haram,cuma syubhah sahaja.Lagi pun iklannya pun iklan nestle(kebanyakannya) sedangkan nestle menyumbang kpd Zionis! dan yg klik pun bukan org lain,tp pemilik blog tu sendiri...tak jujur!Jd saya cadangkan duti tu guna utk sedekah..sbb jumhur ulama berpendapat,harta yg was-was takleh dimakan sendiri,tapi boleh digunakan utk sedekah...ni skdr pendapat saya je la...

Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

shameel Iskandar berkata...

Terima kaSih cemomoi krn memaparkan ruang utk 'membeli. AMANAH SAHAM AKHIRAT(ASB) kt cni. semampu yg boleh kita hulurkan bantuan.

Bagus juga krn disertakan akaun maybank, skrg ada mesin deposit cash, jd senang utk bank-in w/pun seberapa. Dlm sebuah hadis, Nabi s.a.w da bersabda(lebih kurang maksudnya) Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma."

sebiji tamar mungkin berapa sen sahaja jika ikhlas dpt bebaskan kita dari neraka, maka apatah lagi jika lebih banyak yg dihulurkan.

Acik berkata...

Salam..
Terima kasih atas maklumat.. semoga Allah mempermudahkan urusan mereka dan melapangkan beban yg ditanggung.

Unknown berkata...

InsyaAllah..yg baik tu kita sama ambik...
Semoga masalah yg mereka hadapi akan segera diatasi..

Nizam Awang Brahim berkata...

Molek amat ter.Tapi pastikan tangan kiri tidok mengetahui perbuatan tangan kanan

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

buat rakan semua... semoga dengan sedikit ingatan dan usaha kita untuk membantu saudara muslim kita, Allah akan memberi keberkatan terhadap rezeki yang diangugerahi-Nya...

sebutir gandum yang kita tanam kemudiannya akan membuah hasil tujuh biji gandum lagi dan akan terus bertambah dan Allah redha kepada kita insyaallah saham tersebut terus berkembang dan tak akan susut

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak